* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Jumaat, 27 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 361 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 361 2019
27 Dis. 2019M
30 Rabi'ul Akhir 1441H
Jumaat


أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ

"Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? "[Surah al-Alaq 14]

Ayat ini memberitahu kita bahawa setiap percakapan, perkataan, gerak geri, tingkah laku dan kerja buat kita sedang di awasi oleh Allah SWT...  baik dalam perkara zahir mahupun yang tersembunyi.

Oleh itu, kita hendaklah mengawal diri agar tidak terjebak dengan dosa dan kemurkaan. Hendaklah sentiasa ingat akan Allah SWT. 

Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, Rasulullah saw bersabda:

اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن

"Bertaqwalah kepada Allah di mana pun engkau berada, dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan mampu untuk menghapuskan keburukan. Serta bergaullah dengan orang lain dengan akhlak yang baik‘” (HR Ahmad dan at-Tirmizi. Hasan sahih)

Allah melihat dan mengetahui segala-galanya.. Bersembunyilah atau larilah ke manapun, Allah tetap mengetahui apa yang kita lakukan. Tidak ada selembar daun pun yang jatuh ke bumi tanpa Allah melihatnya. Tidak pula daun kering atau basah kecuali Allah melihat dan mengetahuinya. 

Firman Allah swt:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata" [Surah al-An'am 59]


Jika kita ingin berbuat jahat seperti meninggalkan solat, curi tulang, menipu, rasuah, mencuri, bermaksiat dan sebagainya, Awas!! meskipun tidak ada orang yang tahu, tapi Allah melihat perbuatan kita. Allah melihat kita setiap saat. Allah melihat kita di setiap waktu. Bertaqwalah!!

#1TP1H

#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

0 komen ::

Catat Komen