* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 26 Januari 2019

TITIK POSITIF HARI 26 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 26 2019
26 Jan 2019
20 J.Awwal 1440H
Sabtu

Orang yang hebat sentiasa bersedia dengan kekuatan mental dan emosi untuk bersabar dan tidak mudah kecewa dan mengalah.
Mereka menyedari bahawa jalan menuju kejayaan itu bukanlah mudah, sebaliknya berliku-liku dan penuh cabaran, kerana harga sesuatu kejayaan itu sangat mahal.

Sebaliknya mereka sentiasa menerima segala dugaan, cubaan dan halangan sebagai satu pengorbanan sebelum berjaya menggapai kejayaan.
Mereka perlu mengorbankan masa, kewangan, harta, tenaga, kepentingan diri dan kepentingan keluarga demi memastikan kejayaan berada dalam genggaman mereka.

Mereka sentiasa cekal, kebal dan berdaya tahan emosi untuk menempuh segala kemungkinan, terutama terhadap sesuatu yang berlaku di luar jangkaan dan sasaran mereka. Mereka sentiasa memberikan respons positif biarpun berhadapan dengan situasi dan peristiwa negatif. Mereka mempunyai matlamat lain yang sedang menanti, dan mempunyai jangkaan yang positif tentang apakah yang akan mereka tempuhi seterusnya.

Mereka tidak lemah semangat apabila berhadapan dengan masalah, bahkan masalah dianggap sebagai cabaran yang perlu dihadapi dengan tabah.
Apabila berhadapan dengan masalah, mereka tidak fikirkan masalah sebagai halangan, tetapi mereka fikirkan jalan untuk keluar daripada masalah tersebut.
Maknanya masalah, bukan batu halangan, tetapi sebagai batu loncatan atau peluang untuk berjaya.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Jumaat, 25 Januari 2019

TITIK POSITIF HARI 25 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 25 2019
25 Jan 2019
19 J.Awwal 1440H
Jumaat

Orang yang hebat mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mempunyai sasaran masa untuk mencapainya.
Mereka bercita-cita dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Mereka "tahu" dan "mahu" berjaya.

Kesedaran untuk berjaya itu datang daripada fikiran/minda sedar (tahu) dan datang daripada hati/roh/jiwa/minda bawah sedar/minda segar (mahu), maka mereka memang bersungguh-sungguh berusaha dan sanggup bekerja keras untuk menempa kejayaan.

Rasa "tahu" dan "mahu" berjaya itu, membuatkan perasaan/semangat dan tindakan mereka senada, iaitu untuk menyemai kejayaan yang bakal mereka tuai pada masa hadapan (apa yang mereka fikir dan rasakan itulah yang mereka lakukan). Maknanya mereka sudah "tahu" apa yang mereka "mahu" lakukan dan tidak boleh lakukan pada masa kini, untuk membolehkan mereka menikmati kejayaan pada masa akan datang.

Jadinya… Mersing juga boleh menjadi sebuah daerah yang hebat.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan/puan
Bersama-sama ini disertakan surat Arahan Memproses Kutipan Hasil Jenis Terimaan Tunai Oleh Pejabat Pemungut Di Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Johor untuk makluman, perhatian dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Sekian, dimaklumkan terima kasih.
LAMPIRAN
 ARHN MMPROSES KUTIPAN HASIL (Surat)
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Tuan / Puan
Bersama-sama ini disertakan Surat Unit Akaun,Jabatan Pendidikan Negeri Johor: JPNJ.AKN.400-3/17/1(9) untuk tindakan pihak tuan / puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih
LAMPIRAN
PEMAKLUMAN PERUBAHAN PERATUS PENYALURAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2019 (Surat)

KELULUSAN PERBELANJAAN MENGGUNAAN WANG SUWA

Reaksi :  
Salam Sejahtera
Tuan / Puan
Bersama-sama ini disertakan Surat Unit Akaun,Jabatan Pendidikan Negeri Johor: JPNJ.AKN.400-1/2/4(79) untuk tindakan pihak tuan / puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih
LAMPIRAN
 KELULUSAN PERBELANJAAN WANG SUWA 2019 (Surat)
Assalamualaikum dan Salam Mahabbah

Bersama-sama ini disertakan surat Unit Akaun, JPNJ: JPNJ.AKN.400-12/4/1(10) bertarikh 6 Januari 2019 untuk tindakan pihak tuan / puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih

LAMPIRAN
 SURAT MAKLUMAT BBTP (Surat)

MAKLUMAN PERMOHONAN BERSARA PILIHAN GURU BAGI SESI DISEMBER 2019

Reaksi :  
Merujuk perkara di atas, berikut dilampirkan surat untuk rujukan dan makluman.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ketua Pembantu Tadbir Unit Pencen di talian 07-2311409.
Sekian untuk makluman,
Terima Kasih
LAMPIRAN
SENARAI SEMAK BPS GURU (Surat)
BPS-DISEMBER (Surat)
BORANG BPS (Borang)

PENERIMAAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Mahabbah

Bersama-sama ini disertakan surat Unit Akaun, JPNJ ; JPNJ .AKN.400-12/4/1(2) bertarikh 16 Januari 2019 dan surat Bahagian Audit Sekolah Negeri Johor, KPM; KP.1383/JB/TAD/8/JLD3 bertarikh 8 Januari 2019 untuk tindakan tuan / puan selanjutnya.
Sekian , terima kasih
LAMPIRAN
SURAT PENYATA KEWANGAN SEK 2018 (Surat)
SURAT PENYATA KEWANAGAN SEK 2018 (AUDIT) (Surat)

TITIK POSITIF HARI 24 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 24 2019
24 Jan 2019
18 J.Awwal 1440H
Khamis

Kita bukanlah orang yang hebat… Tapi kita mahu belajar daripada orang-orang yang hebat.
Kita adalah orang biasa,.. tapi kita ingin menjadi orang yang luar biasa.
Kita bukanlah orang yang istimewa,… tapi ingin membuat seseorang menjadi istimewa.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 23 Januari 2019

TITIK POSITIF HARI 23 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 23 2019
23 Jan 2019
17 J.Awwal 1440H
Rabu

Ramai orang memilih untuk berdiam diri bila dia terluka.
Kadang-kadang kita tidak tahu betapa sakitnya dia bila dia mula malas melayan sesiapa.
Ada masanya, menyendiri itu satu pilihan yang terbaik.
Luangkanlah sedikit masa untuk kita berfikir tentang diri kita di celah pengorbanan yang kita perlu lakukan demi sesebuah organisasi dan ummah.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 22 Januari 2019

TITIK POSITIF HARI 22 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 22 2019
22 Jan 2019
16 J.Awwal 1440H
Selasa

Lihatlah diri kita pada saat ini. Keperibadian kita akan mencerminkan seperti apa yang akan berlaku di masa depan kita nanti.
Keperibadian adalah magnet kesuksesan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Isnin, 21 Januari 2019

TITIK POSITIF HARI 21 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 21 2019
21 Jan 2019
15 J.Awwal 1440H
Isnin

Melakukan kesalahan itu adalah salah satu sifat manusiawi.
Namun dalam diri manusia mungkin ada sikap iblis yang sudah salah, tapi tidak mahu mengakui kesalahannya. Malah terus bongkak merasakan dirinya benar sehingga menjadi sombong.
Kembalilah kepada yang hak. 
Berpesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Ahad, 20 Januari 2019

TITIK POSITIF HARI 20 2019

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 20 2019
20 Jan 2019
14 J.Awwal 1440H
Ahad

Malaikat tidak pernah salah. Syaitan tidak pernah benar.
Tapi manusia boleh jadi benar dan boleh jadi salah.
Maka kita disarankan agar saling ingat mengingatkan, bukan saling salah menyalahkan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat