Assalamu a’laikum wrth
Salam
Mahabbah
TITIK POSITIF HARI 31 2019
31 Jan 2019
25
J.Awwal 1440H
Khamis
Orang yang hebat, mereka tidak
selesa berada di ‘zon keselesaan’.
Untuk berjaya dalam hidup, baik
untuk kehidupan di dunia mahupun di akhirat kita mesti keluar dari ‘zon
keselesaan’.
Sebenarnya, ‘zon keselesaan’ itu
ada baik dan buruknya.
Secara negatif, ‘zon keselesaan’
mendorong kita berasa sudah berpuas hati kerana berasa hebat dan tidak ada
siapa yang boleh menandingi kehebatan kita. Kita tidak perlu bersaing lagi,
tidak mahu lagi menghadapi tekanan hidup memburu kejayaan mengejar kehidupan
duniawi dan tidak mahu berhadapan dengan cabaran. Sebaliknya menerima takdir
hidup ini seadanya dengan penuh keredaan dan bergantung kepada nasib baik atau
buruk yang ditakdirkan Allah SWT untuk kita.
"Zon keselesaan"
membuatkan kita bersikap negatif, ambil mudah dan malas hendak berusaha.
Menjadi orang yang banyak beralasan.
Secara positifnya, orang yang
berada dalam "zon keselesaan" juga akan merasai cukup atau memadai
dengan apa yang sudah kita miliki, dan mula memikirkan memperuntukkan masa
untuk mencari bekalan akhirat pula. Mereka tidak mahu tercicir akhirat kerana
terlalu mengejar duniawi.
Atas sebab itu, jom audit diri
kita, berada dalam "zon keselesaan" yang positif atau negatif?
Lakukan refleksi diri, kalau kita berada dalam "zon keselesaan" yang
negatif, hijrahkan diri kita ke dalam "zon keselesaan" yang positif.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif