* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 16 Februari 2019

TITIK POSITIF HARI 47/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 47/365 2019
16 Feb. 2019
11 J.Akhir 1440H
Sabtu

Orang yang bijak akan bertemu kebijaksanaannya melalui kerasnya kehidupan.
Sebiji permata tidak akan bersinar tanpa gesekan dan manusia tidak akan sempurna tanpa ujian. Tempuhilah cabaran dengan bijak dan reda. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Jumaat, 15 Februari 2019

TINJAUAN PEMANSUHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN BAGI MURID TAHAP I DI SEKOLAH RENDAH KPM MULAI TAHUN 2019

Reaksi :  
up Semua Guru Besar Daerah Mersing
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah.

TINJAUAN PEMANSUHAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN BAGI MURID TAHAP I DI SEKOLAH RENDAH KPM MULAI TAHUN 2019

Keputusan Mesyuarat JK DTP Negeri Johor Bil. 1 2019 pada 11 Februari 2019 adalah dirujuk dan berkaitan.
Sehubungan itu, kami memohon kerjasama semua Guru Besar agar dapat memanjangkan 'google forms" di bawah kepada semua guru di sekolah masing-masing untuk dilengkapkan.
Kerjasama Tuan/Puan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.
Wassalam.

#TPPD.
#bpPPDMersing
Pautan Tinjauan : https://bit.ly/2X38w4a

TITIK POSITIF HARI 46/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 46/365 2019
15 Feb. 2019
10 J.Akhir 1440H
Jumaat

Permata kehidupan yang kita cari tidak berada di puncak gunung atau di tengah belantara, tapi sebenarnya ia tersembunyi di dalam relung hati yang paling dalam diri. 
Apa yang kita perlukan ialah menggalinya dalam diri kita sendiri dengan bersungguh-sungguh. Seterusnya berserahlah kepada Yang Maha Esa. 
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Khamis, 14 Februari 2019

Kenyataan Media KPM_ Keselamatan Murid Ketika Cuaca Panas

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI 45 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 45 2019
14 Feb. 2019
9 J.Akhir 1440H
Khamis

Seorang bijaksana pernah menulis “ Mengecilkan hati orang adalah satu kesalahan dan dosa, berkecil hati jua adalah satu dosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati. “

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 13 Februari 2019

TITIK POSITIF HARI 44 2019

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 44 2019
13 Feb. 2019
8 J.Akhir 1440H
Rabu

“ Hati bagaikan cermin,sedangkan nafsu seperti nafas,.
Cermin suram setiap kali kau bernafas padanya.
Hati seorang fasik tak ubah seperti cermin milik lelaki tua yang tak lagi digunakan, lebih-lebih lagi dibersihkan.
Sebaliknya hati yang mengenal Allah bagaikan cermin milik pengantin wanita.
Setiap hari ia melihat cermin tersebut sehingga tetap berkilat,.
Perhatian utama seseorang yang zuhud adalah bagaimana memperbanyak amal, sementara perhatian utama orang yang arif adalah bagaimana meluruskan keadaan jiwa,.
Hati adalah tempat tatapan Tuhan,.Nabi SAW bersabda,.
" Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian,tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kalian,.”
(Kitab Taj Al-‘Arus, Syekh Ibnu Atha’illah)

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 12 Februari 2019

TITIK POSITIF HARI 43 2019

Reaksi :  

Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 43 2019
12 Feb. 2019
7 J.Akhir 1440H
Selasa

Kita sering mendengar Istilah “jaga hati”.
Jaga hati kawan bukanlah jaga hatinya supaya tidak terasa kalau kita tegur. Tapi istilah “jaga hati” kawan ialah jaga hatinya supaya dia jauh daripada kemaksiatan dan kelalaian. Kalau betul kita sayangkan kawan kita, sentaplah macam mana pun.
Yang penting buatlah apa pun untuk dia berubah. Kemudian berserahlah kepada Yang Maha Mengatur Segalanya.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Isnin, 11 Februari 2019

TITIK POSITIF HARI 42 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 42 2019
11 Feb. 2019
6 J.Akhir 1440H
Isnin

Org yg pandai (berakal) bila dia buat salah dia akan meminta maaf,manakala orang yang bodoh bila dia buat salah dia akan berfalsafah (mempertahankan kesalahannya).
-Imam syafie-

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Ahad, 10 Februari 2019

TITIK POSITIF HARI 41 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 41 2019
10 Feb. 2019
5 J.Akhir 1440H
Ahad

Kita akan berpaut kuat pada dahan yang kukuh ketika memanjat pokok. Untuk apa ?
Sebab kita takut jatuh kalau kita berpegang pada dahan yang rapuh. Kita tahu, kita akan sakit seandainya jatuh.
Begitulah kehidupan kita … kita perlu ada pegangan yang kuat .. yakin dengan kewujudanNya. Kerana kita tahu, Dia tidak akan mengecewakan kita.
Kembalilah kepada Yang Maha Esa.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif