* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 23 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 82/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 82/365 2019
23 Mac 2019
16 Rejab 1440H
Sabtu

Kita sering diuji dengan kerenah manusia yang munafik.
" ... dan mereka berkata-kata dengan mulut mereka sesuatu yang tidak ada di dalam hati mereka.."
(Surah Ali Imran : 167)

Apa yang kita temui itu adalah sebenarnya mesej Allah SWT untuk tegur kita. 
Hadapilah mereka dengan penuh hikmah. Jadikan ia sebaga pengajaran kepada diri kita sendiri. Jauhilah sikap tersebut.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Muat Turun Teks Ucapan Di sini
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Pusat Tanggungjawab
Negeri Johor
 
Tuan/Puan,
 
Format Surat Iringan Dan Senarai Semak Bagi Permohonan Cuti Sakit, Cuti Kecederaan, Cuti Separuh Gaji, Cuti Tibi/Kusta/Barah, Cuti Tanpa Rekod dan Kebenaran Mendapatkan Rawatan Bukan Yayasan Kerajaan Di Bawah Kuasa Tertentu.
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Untuk makluman  Tuan / Puan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui surat  KPM.BPSM.S.500-1/2/70(13) bertarikh 28 Februari 2019 telah mengeluarkan  contoh format surat iringan dan senarai semak bagi permohonan cuti sakit, cuti kecederaan, cuti separuh gaji, cuti tibi/kusta/barah, cuti tanpa rekod dan kebenaran mendapatkan rawatan bukan yayasan kerajaan di bawah kuasa tertentu. Mulai 1 April 2019 setiap permohonan di bawah Kuasa Teretntu hendaklah dikemukakan kepada BPSM dengan menggunakan format yang disediakan.
3.         Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat dan format tersebut untuk makluman dan rujukan Tuan / Puan.
Sekian, terima kasih
 
MUAT TURUN

Lampiran :

TITIK POSITIF HARI 81/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 81/365 2019
22 Mac 2019
15 Rejab 1440H
Jumaat

Orang yang berakal dan waras akan menyesal bila melakukan kesilapan.
Orang yang tidak berakal akan berfalsafah apabila tersalah. Sikap mempertahankan diri dengan menyalahkan orang lain, memutar beli kenyataan dan fakta dan sebagainya.
Elakkanlah daripada berdalih itu dan ini secara berterusan. Kembalikan kepada kebenaran dengan memperbaiki diri kita dan meletakkannya di tempat yang terbaik. Kita adalah makhluk terbaik yang dicipta. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI 80/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 80/365 2019
21 Mac 2019
14 Rejab 1440H
Khamis

Bekerja keras untuk perkara yang kita peduli atau perkara yang kita tidak suka, itu namanya stress.
Tapi sekiranya kita bekerja keras untuk perkara yang kita suka, itu adalah "passion".
Kita juga tidak boleh menyukai semua perkara, tapi kita kena belajar untuk menyukai tanggungjawab dan amanah kita. Itu wajib.
Belajarlah untuk menyukai amanah kita... Insya Allah kita tidak akan stres di dunia dan di akhirat.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

Logo Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu 2019

Reaksi :  

GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI
Logo Ini Memberi Maksud:
  • Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.
  • Icon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat.
  • Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru - jasa guru tidak ternilai.
Rabu, 20 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 79/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 79/365 2019
20 Mac 2019
13 Rejab 1440H
Rabu

Berwaspadalah dengan kerenah diri kita sendiri.

"Jiwa-jiwa itu (tabiat dasarnya) suka mengetahui kebaikan-kebaikan dirinya dan mengetahui keburukan-keburukan orang lain." 
(Jami'ul Masail, Jilid 3 Halaman 87)

Gemarkan diri kita dengan menjadikan keburukan-keburukan yang berlaku di depan kita sebagai pengajaran dan sempadan hidup bukan menjadikannya sebagai buah mulut untuk menceritakannya kepada orang lain.
Penceritaan sesuatu keburukan perlu didasarkan kepada objektif untuk memperbaiki, bukan untuk membenci dan menghukum.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

PEMERKASAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) DI SEKOLAH MULAI TAHUN 2020

Reaksi :  


Selasa, 19 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 78/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 78/365 2019
19 Mac 2019
12 Rejab 1440H
Selasa

Sikap suka bertangguh banyak menyebabkan kita tertinggal dan terus tertinggal.
Sikap ni memang semua orang ada. 
"Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok je... bukan nak ke mana pon".
Tindakan yang lambat maka hasilpun lambatlah.
Bersegeralah..

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Isnin, 18 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 77/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 77/365 2019
18 Mac 2019
11 Rejab 1440H
Isnin

Merasakan diri tidak layak atau mungkin bercelaru dengan perasaan yang bercampur baur antara hendak atau tidak atau hendak melarikan diri.
Belum cuba lagi, dah fikir macam-macam. Rasa diri tidak layak. Ini mungkin kerana kita sering mendengar kata-kata negatif daripada orang lain atau mungkin terbit sendiri daripada perasaan kita sendiri.
Buatlah keputusan yang terbaik.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Ahad, 17 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 76/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 76/365 2019
17 Mac 2019
10 Rejab 1440H
Ahad

Kadang-kadang kita tidak yakin dengan kebolehan dan potensi diri sendiri.
Kita juga kadang kala dibelenggu oleh rasa tidak yakin dengan apa yang kita sedang dan telah lakukan.
Atau nakkan kepastian sesuatu kemenjadian, baru nak yakin. Rasa tak yakin nak buat sesuatu. 
Apa yang biasapun tak berapa yakin, apa lagi nak buat perkara yang luar biasa.
Jadinya .. positifkan dengan keyakinan dengan pertolongan yang maha esa.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif