* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 30 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 89/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 89/365 2019
30 Mac 2019
23 Rejab 1440H
Sabtu

Mustahil untuk kita menjadi kuat setiap masa.
Ada waktunya kita perlu bersendiri dan membiarkan air mata merawat hati kita.
Air mata yang jujur ialah air mata yang keluar kerana rasa rendah diri di depan Allah SWT.
Tidak ada air mata yang keluar kerana ego yang melata. Kembalilah kepada yang Hak.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Jumaat, 29 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 88/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 88/365 2019
29 Mac 2019
22 Rejab 1440H
Jumaat

Keburukan kita lebih mudah orang ingat walaupun sejuta kebaikan yang telah kita hulurkan.
Kebaikan kitalah yang lebih mudah untuk dilupakan orang dengan hanya satu kesilapan.

Teruskanlah membuat kebaikan yang kita yakin ianya satu kebaikan di sisi Yang Maha Esa. Biarkanlah pertimbangan manusia berlalu dengan fahaman mereka sendiri. Utamakanlah kebaikan seperti apa yang telah digariskan oleh Tuhan dan Rasul kita.
Terus pandang ke hadapan. Malu apa kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Khamis, 28 Mac 2019

Pemerkasaan PT3 2020

Reaksi :  
Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Pemerkasaan PT3.





TITIK POSITIF HARI 87/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 87/365 2019
28 Mac 2019
21 Rejab 1440H
Khamis

Antara Kebaikan dan Kelemahan.
Jika kita marah kepada seseorang, jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya.
Begitu juga jika kita suka kepada seseorang, jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya.
Carilah kebaikan di celah kelemahan. Perbaikilah apa yang di bawah kawalan kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

Keputusan KKQ 2018

Reaksi :  

Rabu, 27 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 86/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 86/365 2019
27 Mac 2019
20 Rejab 1440H
Rabu

Kita makluk terbaik ciptaan Ilahi. Jagalah diri kita dengan baik.
Jangan kita kehilangan diri kita sendiri sehingga orang tidak mengenali lagi siapa kita.
Binalah watak yang baik untuk mencipta potensi yang hebat, tapi jangan lupa asal usul kita.
Jangan lupa siapa yang mencipta kita. Jangan lupa dasar utama pegangan kita. Jangan lupa apa tujuan sebenar kita berada di sini. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 26 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 85/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 85/365 2019
26 Mac 2019
19 Rejab 1440H
Selasa

Penantian atau menunggu sesuatu akan membuatkan kita jadi rimas dan stres. Tambahan pula sekiranya  banyak masa terbuang begitu sahaja hanya kerana menunggu perkara yang rutin. 
Rancang dan gunalah masa yang ada dengan baik. Elakkan pembaziran masa kepada perkara yang sia-sia. Ciptalah sesuatu yang berguna di celah penantian yang di luar kawalan kita. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Isnin, 25 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 84/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 84/365 2019
25 Mac 2019
18 Rejab 1440H
Isnin

Lidah boleh terjebak dengan jenayah.. Ada ketika ia terpenjara dan adakala ia terbebas oleh gigi.
Jika kita bebaskannya ketika marah, macam-macam boleh berlaku di luar kawalan kita atau banyak hati manusia akan terkorban.
Jagalah lidah, gunalah dengan sebaiknya dan jangan kufur dengan nikmat lidah.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Ahad, 24 Mac 2019

TITIK POSITIF HARI 83/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 83/365 2019
24 Mac 2019
17 Rejab 1440H
Ahad

Kita kadang-kadang banyak membazirkan masa kerana tercari-cari seseorang yang terlalu sempurna. Mungkin kesempurnaan yang dicari itu, hanya pada persepsi dan sudut pandang kita yang terhad.
Cukuplah dengan kebahagian yang kita perolehi daripada orang yang dekat dengan kita. Kadang kala kita lupa orang yang terhampir dengan kita. Merekalah orang yang sentiasa menyokong kita tanpa kita menyedarinya.
Dampingilah mereka kerana mereka adalah teman setia yang sejati.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif