* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 6 April 2019

TITIK POSITIF HARI 96/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 96/365 2019
6 April 2019
30 Rejab 1440H
Sabtu

Hidup bukan tentang mendapatkan apa yang kita inginkan.
Tetapi tentang mebghargai apa yang kita miliki dan bersabar menanti apa yang akan menghampiri.
Ada sesuatu yang Allah SWT rahsiakan. Terokailah dengan penuh kesabaran dan bertawakkal.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI 95/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 95/365 2019
5 April 2019
29 Rejab 1440H
Jumaat

Orang yang hebat sentiasa ceria walaupun hati terluka.
Orang yang hebat menyapu air matanya dengan senyum tawa.
Orang yang hebat selalu reda bahawa dugaan itu adalah kasih sayang Allah Yang Maha Pencipta.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

PROSEDUR KEMASUKAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1/2019

Reaksi :  


Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam:
  1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan? Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dibuat dalam laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan.
  2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?
    Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak dari laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan. Maklumat tawaran termasuk lain-lain maklumat yang berkaitan akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dimuat turun.
  3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?
    i)Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah Lulus Sijil      Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
    ii) Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2019.
    iii)Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM.
  4. Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?
    Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia
    Gred Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK) Tahap
    A+ 1 Cemerlang Tertinggi
    A 1 Cermelang Tinggi
    A- 2 Cemerlang
    B+ 3 Kepujian Tertinggi
    B 4 Kepujian Tinggi
    C+ 5 Kepujian Atas
    C 6 Kepujian
    D 7 Lulus Atas
    E 8 Lulus
    G 9 Gagal
  5. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?
    Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Permohonan  Rayuan Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang moe.gov.my. Selepas lengkap diisi semua borang mesti mendapat pengesahan Pengetua sekolah asal. Alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat' dan seumpamanya tidak diterima. Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.
  6. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
    Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan  Ke Tingkatan Enam Tahun 2019 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) yang diisi dalam laman sesawang moe.gov.my. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:
    (a) Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
    (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
    (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
  7. Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/  sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?
    Lepasan SPM dari calon persendirian/  sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2019 Bagi Calon  Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:
     (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
    (b)Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
    (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
  8. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya. Bagaimanakah caranya? 
    Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin dimohon itu berada.
    (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
    (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
    (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
  9. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan Enam?
    Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN. Pastikan segala butiran diisi dengan lengkap. Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta pasport murid, ibu dan bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan. Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan.
  10. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya lakukan?
    Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.
  11. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?
    Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).
  12. Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam?
    Calon yang menolak tawaran Universiti Awam /IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.
  13. Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
    Calon tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada 24 Mei 2019. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.
  14. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan kerana  kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?
    Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Semester Satu (1) setiap tahun. Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.
  15. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?
    Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.
EN. ABD RAHIM BIN ABDUL RAHMAN PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN TINGKATAN 6
Khamis, 4 April 2019

TITIK POSITIF HARI 94/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 94/365 2019
4 April 2019
28 Rejab 1440H
Khamis

Pandai dan Bodoh. Kedua-dua sikap ini ada dalam diri kita.
Kadangkala kita boleh jadi pandai dan kadangkala juga kita boleh jadi bodoh.
Semuanya bermula daripada bagaimana kita memandang pandai dan bodoh itu sendiri.
Kesalahan orang-orang pandai ialah selalu menganggap orang lain bodoh.
Kesalahan orang-orang yang bodoh ialah menganggap lain pandai.
Fahamilah pandai dan bodoh dalam sudut pandang yang lebih luas dan di luar kotak pemikiran biasa. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 3 April 2019

TITIK POSITIF HARI 93/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 93/365 2019
3 April 2019
27 Rejab 1440H
Rabu

Setiap orang ada masa lalunya yang tersendiri. Ada yang baik dan ada yang buruk.
Janganlah kita melihat masa lalu dengan penyesalan sehingga sikap putus asa mengatasi segalanya dan menghentikan langkah-langkah seterusnya.
Jangan pula kita melihat masa depan dengan ketakutan, tapi lihatlah sekitar kita ini dengan penuh kesedaran.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 2 April 2019

TITIK POSITIF HARI 92/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 92/365 2019
2 April 2019
26 Rejab 1440H
Selasa

Berhati-hatilah apabila kita bersahabat. Bersahabatlah dengan orang-orang yang soleh... Bersahabatlah dengan orang-orang hebat, tapi janganlah memandang hina kepada orang yang jahat kerana yang jahat itu perbuatannya, kerana yang jahat itu syaitan yang menghasutnya, bukan dirinya.
Janganlah kita menzalimi mereka sebaliknya bawalah mereka ke arah kebaikan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI 91/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 91/365 2019
1 April 2019
25 Rejab 1440H
Isnin

Kalau kita melihat kebahagian itu di badan yang sihat, maka malanglah orang yang sakit.
Kalau kebahagian itu hanya ada pada orang yang tampan, maka malanglah orang yang tidak tampan.
Kalau kebahagian itu letaknya di harta, maka malanglah orang yang miskin.
Kalau kebahagian itu hanya ada pada yang mempunyai kuasa, maka malanglah orang yang tidak mempunyai kuasa.
Kalau kebahagian itu hanya ada pada yang berpangkat, maka malanglah orang yang tidak ada pangkat.
Tapi.... sebenarnya... kebahagian itu letaknya di hati. Semua yang memiliki hati berhak untuk bahagia.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif