* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 13 April 2019

TITIK POSITIF HARI 103/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 103/365 2019
13 April 2019
7 Syaaban 1440H
Sabtu

Menyedari kekurangan diri adalah jauh lebih baik daripada berbangga dengan kelebihan yang kita miliki. Kelebihan yang ada akan lebih bermakna sekiranya dapat dimanfaatkan kepada diri sendiri dan orang lain.
Jariahkanlah kelebihan yang kita ada.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Jumaat, 12 April 2019

TITIK POSITIF HARI 102/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 102/365 2019
12 April 2019
6 Syaaban 1440H
Jumaat

Sedikit berbicara adalah sebuah hikmah yang amat besar . 
Oleh karena itu , banyakkanlah berdiam diri. Ini kerana banyak diam adalah satu ketenangan hidup dan satu faktor yang dapat meringankan dosa.

Diam juga adalah suatu kebijaksanaanm namun sedikit orang yang melakukannya.  Kebanyakan dosa anak Adam adalah karena lidahnya . 
Peliharalah lidah kita. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Khamis, 11 April 2019

TITIK POSITIF HARI 101/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 101/365 2019
11 April 2019
5 Syaaban 1440H
Khamis

Kemuliaan itu diukur dengan banyak mana ilmu seseorang.
Kemuliaan itu bukan diukur dengan kegagahan atau kekuatan, kerana sekiranya kemuliaan itu diukur dengan kegagahan atau kekuatan pasti gajah itu lebih mulia.
Kemuliaan juga bukan diukur dengan kekayaan, kalau ianya diukur dengan kekayaan pasti qarun itu lebih mulia.
Jagalah kemuliaan kita. Mulianya manusia kerana amalnya.
Bertindaklah sealim kata.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 10 April 2019

TITIK POSITIF HARI 100/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 100/365 2019
10 April 2019
4 Syaaban 1440H
Rabu

Dunia ini sebenarnya hanya tiga hari.
Kelmarin - yang tidak berulang ceritanya.
Esok - yang belum tentu menemuinya.
Hari Ini - tempat menabung amalan kita
(Hasan Al-Basri)

Jagalah ketiga-tiganya.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 9 April 2019

TITIK POSITIF HARI 99/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 99/365 2019
9 April 2019
3 Syaaban 1440H
Selasa

Banyak penemuan yang berlaku semasa kita menjalani kehidupan.
Belajarlah menjadi seorang yang pemaaf. Berhenti jadi pembenci.
Berhenti menyalahkan orang lain sebaliknya mulalah membertulkan diri sendiri.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI 98/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 98/365 2019
8 April 2019
2 Syaaban 1440H
Isnin

Kita pernah mendengar para ulamak berbicara : 
"Aku menuntut ilmu supaya aku dapat mengejar dunia, tetapi setelah aku memperolehi ilmu, ia meminta untuk aku abaikan dunia."
Ilmu sepatutnya mendekatkan jurang dunia dengan akhirat. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Kehidupan di akhirat adalah hasil daripada apa yang kita bina semasa hidup di dunia.
Perbaikilah dunia untuk kesejahteraan akhirat.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif