* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 20 April 2019

TITIK POSITIF HARI 110/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 110/365 2019
20 April 2019
14 Syaaban 1440H
Sabtu

Orang bijak menganggap nasihat itu menyembuhkan.
Orang angkuh menganggap nasihat itu menyakitkan.
Jadilah orang yang bijak. Terokailah kebijaksanaan di celah rahsia Allah SWT.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI 109/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 109/365 2019
19 April 2019
13 Syaaban 1440H
Jumaat

Buah yang jenis berbau tidak boleh diselindungkan. 
Apabila ia sudah masak, ia akan mengeluarkan baunya dan lendir, ketika itu ia tidak dapat disembunyikan lagi. 
Sesuatu keburukan dan kebatilan itu tidak boleh diselindungkan kerana akhirnya kebenaran akan mengambil tempat. 
Teruskanlah berbuat baik.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Khamis, 18 April 2019

TITIK POSITIF HARI 108/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 108/365 2019
18 April 2019
12 Syaaban 1440H
Khamis

Kepercayaan adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan organisasi dan sosial.
Ketika orang mempercayai kita, pertahankanlah, jagalah dalam hati kita.
Hargailah dan rawatlah kerana bila kepercayaan tersebut hilang, maka semuanya akan hilang.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 17 April 2019

TITIK POSITIF HARI 107/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 107/365 2019
17 April 2019
11 Syaaban 1440H
Rabu

Allah datangkan ujian kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Ujian tersebut didatangkan untuk kita kuat.
Allah tangguhkan sesuatu hajat kita supaya kita sabar.
Allah hilangkan sesuatu supaya kira reda.
Percayalah di sana ada hikmah disebaliknya yang diluar jangkauan pemikiran manusia.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 16 April 2019

TITIK POSITIF HARI 106/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 106/365 2019
16 April 2019
10 Syaaban 1440H
Selasa

Ramai orang memilih untuk memanipulasi sesuatu fakta atau menipu dengan alasan kerana hendak menjaga hati. Tapi tahu atau tidak bahawa hati yang dijaga itu akan lebih sakit bila mana mengetahui kebenarannya.
Kita mungkin pernah melakukannya. Takpe... masih ada masa untuk berubah. Nasib kita akan berubah bertitik tolah daripada perubahan dalam diri kita sendiri.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Isnin, 15 April 2019

TITIK POSITIF HARI 105/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 105/365 2019
15 April 2019
9 Syaaban 1440H
Isnin

Jadilah seorang penasihat dan bukannya penghukum walaupun kita tahu perkara itu salah.
Berilah dorongan untuk dia berubah. Bukannya memburukkan keadaan atau merumitkan sesuatu yang mudah.
Semuanya perlu bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur.
Allah SWT sayang semua orang. Terokailah kasih sayang Allah Taala.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Ahad, 14 April 2019

TITIK POSITIF HARI 104/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 104/365 2019
14 April 2019
8 Syaaban 1440H
Ahad

Kadang kala kehidupan kita terganggu dengan pra sangka orang lain kepada kita. Orang lain suka memerhati kita daripada sudut pandang yang berbeza.. ada yang positif dan ada yang negatif. Kita ada sudut pandang sendiri, teruskan... Jadikanlah pandangan orang lain itu sebagai sempadan dan pengajaran untuk kita mengubah diri kita menjadi lebih baik.

Jangan biarkan orang lain memusnahkan kebahagian kita dengan adanya perasaan marah, benci dan kecewa tapi jagalah hati kita agar tetap tenang dan sabar.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif