* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 27 April 2019

TITIK POSITIF HARI 117/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 117/365 2019
27 April 2019
21 Syaaban 1440H
Sabtu

Kita rasa kuat sebab pernah merasa lemah.
Kita berani sebab kita pernah rasa takut.
Kita rasa berilmu kerana kita pernah jahil.
Kita rasa jahil sebab kita pernah rasa tak tahu apa-apa.
Kita akan  matang bila kita lalui pelbagai situasi tertentu yang menyakitkan dan menggembirakan. 
Namun, bila kematangan kita diuji, kita sering menuding jari kepada orang lain. Ini bermakna kita belum matang.
Berfikirlah dengan matang. Bertidaklah dengan rasional.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Jumaat, 26 April 2019

TITIK POSITIF HARI 116/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 116/365 2019
26 April 2019
20 Syaaban 1440H
Jumaat

Apabila orang memaki kita, janganlah kita memakinya balik. Bersabarlah dan jagalah adab sebagai orang yang berilmu. Jadilah seperti kayu gaharu yang apabila dibakar, dibalasnya dengan wangian yang semerbak baunya.
Jangan cepat marah. Jangan cepat naik angin. Jangan mudah label orang lain. 
Kita berbeza ada sebabnya.  Carilah titik tabayyun.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Khamis, 25 April 2019

TITIK POSITIF HARI 115/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 115/365 2019
25 April 2019
19 Syaaban 1440H
Khamis

Kita sering terkesan dengan satu keburukan yang dilakukan oleh seorang rakan atau anggota kita. Kadang-kadang ianya terbawa-bawa sehingga mengganggu keseluruhan operasi kita dan menghukum orang lain kerana setitik nila itu.
Keburukan seorang individu dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat tidak boleh kita jadikan ia sebagai satu keburukan organisasi yang besar.
Betulkanlah seorang demi organisasi. Jadilah nila yang boleh menukar suasana kepda yang lebih baik.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 24 April 2019

TITIK POSITIF HARI 114/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 114/365 2019
24 April 2019
18 Syaaban 1440H
Rabu

Setiap orang ada sejarah hidupnya yang tersendiri. Kita mungkin seronok dan gembira dengan sejarah hidup yang baik namun tidak kurang juga yang masih terkesan dengan sejarah hidup yang buruk.
Tinggalkanlah ia sebagai sejarah. Ciptailah sejarah baharu hidup kita pada hari ini dengan watak yang positif. Warnailah kehidupan hari ini dengan aura positif untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan organisasi. Jangan biarkan sejarah buruk terus menghantui kita pada hari ini sehingga mengaburi matlamat hidup kita yang sebenar. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 23 April 2019

TITIK POSITIF HARI 113/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 113/365 2019
23 April 2019
17 Syaaban 1440H
Selasa

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan sesekali membandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan kita sendiri.
Kadang-kadang indahnya kehidupan orang lain itu hanya pada sudut pandangan mata kita sahaja, sedangkan apa yang mereka lalui tidaklah seperti seindah yang kita gambarkan.
Bersyukurlah. Tingkatkanlah kehidupan kita dengan acuan dan kemampuan kita sendiri.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Isnin, 22 April 2019

Rajin, Beramanah, Berdisiplin dan Bertanggungjawab

Reaksi :  

Selamat Menyambut Hari Guru 2019

Reaksi :  




TITIK POSITIF HARI 112/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 112/365 2019
22 April 2019
16 Syaaban 1440H
Isnin

Kita sering membandingkan diri kita dengan orang lain yang jauh lebih baik daripada kita sendiri bahkan ianya mungkin di luar kemampuan kita.
Kita perlu percaya bahawa setiap orang berada pada tahap yang berbeza.
Percayailah hikmah di sebalik perbezaan tersebut.
Percayalah ... kejayaan sebenar ialah apabila kita menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif