* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 11 Jun 2019

TITIK POSITIF HARI 162/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 162/365 2019
11 Jun 2019
7 Syawal 1440H
Selasa

Fahami yang buruk. Latihkan diri kita untuk mengelak daripada menghukum orang lain tetapi cuba memahami akhlak buruk mereka dan maafkan serta doakan mereka.
Carilah ketenangan.
Bagi yang dah sememangnya suka yang buruk dan buruk telah menjadi amalan kebiasaanya atau selalu melihat dengan pandangan negatif, berhentilah dan beralihlah kepada menghargai dan melihat kebahagian. Ubahlah cara kita berfikir. Carilah kebaikan dicelah keburukan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Isnin, 10 Jun 2019

TITIK POSITIF HARI 161/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 161/365 2019
10 Jun 2019
6 Syawal 1440H
Isnin

Kadang-kadang, tak perlu lakukan perubahan besar yang drastik untuk berubah atau mencapai sesuatu perkara. Cukuplah dengan mula bertindak dan melakukan perubahan-perubahan kecil dahulu dalam diri dan gerak kerja kita.
Perubahan tidak semestinya diterima oleh semua orang. Namun tetap ada yang mahu menerimanya. Dekatilah mereka yang menerima.
Bagi yang tidak mahu menerima, berikan mereka masa. Insya Allah ada masa di celah masa mereka. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI 160/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 160/365 2019
9 Jun 2019
5 Syawal 1440H
Ahad

Kadang-kadang kita takut dengan kebenaran samada yang datang daripada diri kita sendiri ataupun orang lain.
Mungkinkah kerana kita selalu dalam kepura-puraan. Atau mungkinkah kepura-puraan itu telah menjadi darah daging kita, atau telah menjadi kebiasaaan yang sukar diubah.

Bila kita mula sedar, bermakna Allah SWT bisikkan sesuatu untuk perubahan. Kalau tak berubah sekarang bila lagi?

Teruskanlah kelangsungan hidup kita dengan kebenaran bukan dengan kepura-puraan. Ciptalah kebenaran demi kebenaran untuk membina mahligai kebenaran yang kekal abadi.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

Piagam Pelanggan PPD Mersing_kemaskini 1 Jun 2019

Reaksi :  

KAMI WARGA PENDIDIKAN DAERAH MERSING
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
Proses penempatan murid WARGANEGARA yang lewat daftar di tahun 1, peralihan dan Tingkatan 1 di sekolah harian biasa selesai diberi penempatan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
Menentukan setiap guru dan kakitangan diberi latihan 5 hari setahun supaya dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Masa menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan urusan pertukaran/penempatan murid dalam masa 20 minit
Sebarang aduan awam dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
Proses penempatan guru baharu dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas senarai bekalan diterima JPN dan pertukaran guru diuruskan mengikut sesi pertukaran 30 hari bekerja daripada tarikh mula proses permohonan sehingga tarikh surat penempatan pertukaran ke sekolah bagi setiap sesi pertukaran (pertukaran dalam daerah).
Memastikan semua baucer bayaran diurus dalam tempoh 14 hari bekerja.

PENEMPATAN PK HEM SMK TAN SRI ABDUL KADIR

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN :
PENEMPATAN PK HEM SMK TAN SRI ABDUL KADIR

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Ust. Zamri bin Abdullah, GAG SMK (F) Tenggaroh ditempatkan di SMK Tan Sri Abdul Kadir yang sama sebagai Penolong Kanan HEM berkuat kuasa pada 2 Jun 2019.
TAHNIAH.

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing


PENEMPATAN PK PETANG SMK (FELDA) TENGGAROH

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN :
PENEMPATAN PK PETANG SMK (FELDA) TENGGAROH

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Usth. Rohaya binti Mohamad Yacob, GAG SMK (F) Tenggaroh ditempatkan di sekolah yang sama sebagai Penolong Kanan Petang berkuat kuasa pada 2 Jun 2019.
TAHNIAH.

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing


PENEMPATAN PENGETUA SMK NITAR

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN :
PENEMPATAN PENGETUA SMK NITAR

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Cikgu Abdullah bin Shariff, PK HEM SMK Yong Peng, Batu Pahat ditempatkan ke SMK Nitar sebagai Pengetua berkuat kuasa pada 10 Jun 2019.


Selamat Datang ke Mersing.
TAHNIAH.

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

PERTUKARAN PENGETUA SMK NITAR

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN :
PERTUKARAN PENGETUA SMK NITAR

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Cikgu Mohd. Yassin @ Mohd. Yazid bin Sakir, Pengetua SMK Nitar ditempatkan ke SMK Paloh, Kluang sebagai Pengetua berkuat kuasa pada 10 Jun 2019.


Jasa bakti cikgu sepanjang bertugas di Mersing amat dihargai dan akan terus dikenang. Semoga ianya akan menjadi jariah yang berpanjangan.
TAHNIAH.

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing