* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 6 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 187/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 187/365 2019
6 Julai 2019M
3 Zulkaedah 1440H
Sabtu

Sahabat yang dicari

Selemah-lemah manusia ialah mereka yang tidak boleh mencari sahabat.
Tapi orang yang paling lemah ialah mereka yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
Carilah sahabat yang setia pada ketika suka dan duka.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

SILA KLIK DI SINI  UNTUK MENYERTAI
CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 5 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 186/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 186/365 2019
5 Julai 2019M
2 Zulkaedah 1440H

Jumaat

Kita Berhak Untuk Jadi Hebat

Kenalilah diri kita dengan satu niat dan satu realiti.
Carilah kelebihan di celah kelemahan.
Cernakanlah potensi di celah persepsi atau andaian.
Selamilah kesedaran dan terimalah diri kita yang dicipta oleh Yang Maha Esa.
Terimakah persekitaran kita yang menyokong potensi kita.
Ungkapkanlah rahsia dia.
Gembelingkan kepercayaan dan nilai diri kita secara bersama-sama dalam menuju destini diri. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Rabu, 3 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 185/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 185/365 2019
4 Julai 2019M
1 Zulkaedah 1440H

Khamis


Kadang kala banyak perkara menghantui pemikiran kita. 
Perkara ini sedikit sebanyak telah menjadi asbab kita stres. 
Jangan terlalu banyak berfikir. Sebaliknya banyakkan beristighfar.
Allah SWT akan membuka pintu-pintu (penyelesaian) dengan istighfar. Tidak dibukakan dengan hanya berfikir.

Jika seseorang insan itu beristighfar lebih dari mengeluh, nescaya dia akan dapati keselesaan sebelum mengeluh.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI 184/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 184/365 2019
3 Julai 2019M
29 Syawal 1440H

Rabu


Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.
Lihatlah pada kelebihan. Ambillah pengajaran daripada kekurangan.
Ciptailah kelebihan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Selasa, 2 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 183/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 183/365 2019
2 Julai 2019M
28 Syawal 1440H

Selasa


Kotak Fikiran
Setiap orang mempunyai kotak pemikiran yang tersendiri.
Ada yang besar dan luas. Ada juga yang sempit dan kecil.
Apapun saiz kotaknya, cara berfikir juga perlu lebih berdinamika dan relevan dengan keperluan semasa. Tidak cukup hanya berpada dengan pemikiran yang terhad, cubalah berfikir di luar kotak.Terokailah dan ciptalah potensi diri

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Isnin, 1 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 182/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 182/365 2019
1 Julai 2019M
27 Syawal 1440H
Isnin


Jika kita terlalu jujur, mungkinkah kita akan ditipu?
Jika kita terlalu baik, mungkinkah kita akan dipermainkan?
Jika kita mendiamkan diri, mungkinkah kita dianggap sombong?
Jika kita tidak berbuat apa-apa, mungkinkah kita dianggap baik?
Rupanya apa yang kita perlu lakukan ialah sedikit ketegasan untuk terus memimpin.
Bertegaslah dengan kebenaran. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI 181/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 181/365 2019
30 Jun 2019M
26 Syawal 1440H
Ahad


Saidina Ali r.a berkata;  "Semoga Allah merahmati orang yang mengetahui harga dirinya, (iaitu mereka yang) tahu menjaga diri agar berada di dalam sempadannya, yang memelihara lidahnya, yang tidak menghabiskan masanya dan umurnya di dalam sia-sia”. 

(Dipetik dari; Tasawuf Modern oleh HAMKA)

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

TITIK POSITIF HARI 180/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 180/365 2019
29 Jun 2019M
25 Syawal 1440H
Sabtu

Jadilah kamu orang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi.

Jangan jadi orang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri. (Saidina Ali)

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif