* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 20 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 201/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 201/365 2019
20 Julai 2019M
17 Zulkaedah 1440H
Sabtu

Mengeluh dengan keadaan yang datang pada hari ini tidak akan banyak menyelesaikan masalah.
Apapun takdir yang terjadi, terimalah dengan lapang hati.
Ada mesej yang Allah SWT nak sampaikan kepada kita.

Jiwa yang kuat tidak akan lemah ketika disakiti. Setiap kesakitan dan dugaan yang diterima adalah proses untuk membangunkan kekuatan diri.
Terokailah kejayaan di celah kesakitan kerana ia ada di hadapan kita.
Seberat manapun hari yang telah kita lalui, jangan biarkan kita hanyut seolah-olah tidak mampu mencapai apa yang kita inginkan.
Lihatlah di sisi baiknya bukan di sisi buruknya.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 19 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 200/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 200/365 2019
19 Julai 2019M
16 Zulkaedah 1440H
Jumaat

Hidup yang sebenar ialah saat di mana kita bermimpi dalam sedar.

Impian yang di luar kemampuan akan tinggal menjadi angan-angan.
Bermimpilah dalam kemampuan akan lebih memudahkan kita untuk mengatur langkah ke hadapan.
Selagi mana kita mempunyai tekad dalam sedar, maka tiada istilah lambat untuk memulakan sesuatu yang baharu.
Jika kita ada keinginan untuk memulakan sesuatu, keberanian adalah titik permulaanya.
Selesaikannya hingga mencapai kejayaan, bukan mengakhirinya. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Khamis, 18 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 199/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 199/365 2019
18 Julai 2019M
15 Zulkaedah 1440H
Khamis

Ubahlah Diri Kita Sendiri

Kita seharusnya menjadi perubahan yang ingin kita lihat di dunia.
Sebagai manusia, keagungan kita bukan terletak pada kemampuan kita merubah dunia atau persekitaran, tapi pada kemampuan kita merubah diri kita sendiri.

Jika kita berjaya merubah diri kita, maka ia akan merubah dunia kita.
Jika kita mengubah cara berfikir, maka kita akan mengubah cara kita merasa dan bertindak.
Ciptalah lensa fikiran dan emosi yang baharu di celah fikiran yang lama.

Bila kita hanya bersungguh-sungguh merubah dunia luar tanpa merubah diri kita sendiri, ini bermakna kita masih diri kita yang dulu. Kita masih tetap memiliki kelemahan, kepalsuan, negatifikasi dan kecenderungan yang lama.
Mulakanlah dengan diri sendiri.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Rabu, 17 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 198/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 198/365 2019
17 Julai 2019M
14 Zulkaedah 1440H
Rabu

Kepedulian akan menyibukkan dan akan memenatkan kita.
Peduli yang tidak pernah bersambut atau disalah sangka akan menjadikan kita lebih penat.
Jangan biarkan perasaan dan akal fikiran kita ditutup dengan lontaran yang disambut atau dipandang sepi.
Jangan pertaruhkan masa depan organisasi dan diri sendiri kerana kita tidak ingin hidup hanya dalam mimpi sahaja.
Jangan terkesan dengan seseorang kerana berbuat baik bukan untuk seseorang tapi kerana amanah dan tanggungjawab.
Go For It.
 
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Selasa, 16 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 197/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 197/365 2019
16 Julai 2019M
13 Zulkaedah 1440H
Selasa

Berhenti melabelkan orang yang lain hanya kerana mereka tidak menyukai kita.
Selidikilah diri kita.. Carilah asbab kenapa orang tidak menyukai kita.
Amalkan pendekatan terbeza semasa berhadapan dengan orang sekeliling kita kerana penerimaan mereka tidak sama.
Memperbaiki diri sendiri adalah lebih baik.
 
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Isnin, 15 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 196/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 196/365 2019
15 Julai 2019M
12 Zulkaedah 1440H
Isnin

Sukar bertindak sealim kata sendiri.

Kadang-kadang kita rasa bangga dengan diri sendiri bila mampu menarik orang lain mengikuti bicara kita. Tetapi kita tidak sedar bahawa kita sendiri berat untuk beramal dengan bicara tersebut.
Sebenarnya...  kita sedang menipu diri sendiri tanpa sedar.
Sedarlah bahawa apa yang paling berharga ialah bila kita mampu berbicara dengan hati sendiri. 

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Ahad, 14 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 195/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 195/365 2019
14 Julai 2019M
11 Zulkaedah 1440H
Ahad

Tidak usah menjadi seperti burung kakak tua.
Cakap sahaja pandai, tapi tidak berani terbang.

Jadilah seperti helang.
Mulutnya diam, tapi boleh terbang tinggi.

Sekurang-kurang manfaat diam adalah keselamatan.
Sekurang-kurang mudarat bercakap adalah kemasyhuran. Ia sudah cukup untuk mengundang musibah.

Jagalah tutur kata kita.
Bertindaklah sealim kata kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif