* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 27 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 208/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 208/365 2019
27 Julai 2019M
24 Zulkaedah 1440H
Sabtu

Janganlah pernah menyesal atas perkenalan kita dengan sesiapapun dalam hidup kita.
Andainya kita mengenali orang yang baik, maka dia akan memberikan kita sebuah kebahagian.

Andainya yang kita kenal itu bukan orang yang baik, maka dia akan memberikan kita sebuah pengalaman.

Andainya yang kita kenal itu adalah orang yang terburuk, maka dia akan memberikan kita sebuah pelajaran.

Didiklah hati kita agar boleh menerima semua orang.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 26 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 207/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 207/365 2019
26 Julai 2019M
23 Zulkaedah 1440H
Jumaat

Janganlah menghina pada cacatnya seseorang. Jika cacat pada akhlaknya, perbaikilah.
Ikhlas menerima kesalahan dan belajar daripada setiap kesalahan itu akan menjadikan kita lebih kuat.

Kita manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan atau kesilapan dalam tutur atau perbuatan yang tidak disengajakan.
Kita juga adalah manusia kerdil yang terlalu daif untuk menjadikan diri kita sebagai insan yang sempurna. 
Tiada yang sempurna, tapi berusahalah untuk sesempurna mungkin.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Khamis, 25 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 206/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 206/365 2019
25 Julai 2019M
22 Zulkaedah 1440H
Khamis

Penglihatan Pelbagai

Setiap hari kita akan berhadapan dengan beberapa situasi yang berbeza dan mungkin boleh memberi tekanan kepada kita terutama bila satu-satu keputusan perlu dibuat dalam waktu yang terhad.
Lihatlah hal-hal baik di setiap sisi dan kondisi tersebut.

Perkara penting dalam menjaga keharmonian organisasi ialah mulakan DARI HATI KE HATI. Keikhlasan hati menjadi satu titik tolak awal yang paling utama dalam mencorakkan halatuju dan kerja buat seterusnya.
Kita bukan lagi hanya bekerja tapi berkhidmat. Berkhidmatlah sehabis daya sementara hidup masih ada.
Jadikan semua yang kita buat di dunia ini sebagai satu ibadah yang pastinya akan menjadi saksi baik atau jahat, juga bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.
Mulakan dengan satu penerapan di dalam hati bahawa KITA BOLEH TERIMA SEMUA ORANG.
Jauhi kerenah dan luka dalam yang boleh memusnahkan organisasi :

AX = S (Asalkan X, semuanya salah)
AX = B (Asalkan X, semuanya betul)
ASB (Aku Sahaja Betul)
PHD (Penyakit Hasad Dengki)
ATK (Aku Tak Kisah)
Bangau O Bangau (Salahkan orang lain walaupun ianya berpunca drpd kesilapan diri sendiri)
Semua sifat mazmumah (terkeji) yang boleh merosakkan diri dan organisasi.

Jadikan budaya ingat-ingat (Tazkirah) ingat-mengingat antara kita sebagai amalan yang positif. 
Perkara Sunnah Tabligh dengan memperkasakan sistem penyampaian kita sehingga ke akar umbi. (Cepat-Tepat-Integriti-Ikhlas)
Amalkan khidmat secara berjemaah, bukan silo.
Amalkan ilmu kerana ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Rabu, 24 Julai 2019

Pengurusan Perbelanjaan

Reaksi :  



TITIK POSITIF HARI 205/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 205/365 2019
24 Julai 2019M
21 Zulkaedah 1440H
Rabu

Kita lemah bila dimarahi.
Kita lemah bila diherdik.
Kita lemah bila didesak.
Kita lemah bila dikasari.
Kita juga lemah bila ditekan dengan pelbagai perkara.
Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa kita sering buat perkara yang sama kepada orang lain.
Peringatan datang dalam keadaan yang tidak disangka, menyentap hati kita.
Itulah mesej Allah SWT  sebagai teguran dan peringatan kepada kita.
Apa yang berlaku adalah cerminan kepada karenah dan perangai kita sendiri. 
Muhasabah dengan hikmah adalah jalan terbaik.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Selasa, 23 Julai 2019

Integriti_Pengurusan Perbelanjaan Awam

Reaksi :  



TITIK POSITIF HARI 204/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 204/365 2019
23 Julai 2019M
20 Zulkaedah 1440H
Selasa

Syok Sendiri

Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa dalam banyak perkara yang kita buat, sebenarnya kita hanya syok sendiri.
Kadang-kadang kita asyik bercakap dan bertindak dengan gah di depan orang lain atau dalam sesebuah organisasi, tapi sebenarnya kita hanya syok sendiri.
Kadang-kadang kita menyangka orang menerima kita, tapi sebenarnya kita hanya syok sendiri.

Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa masih banyak perkara yang perlu kita perbetulkan, tapi kita tidak mahu menerima pandangan.
Kadang-kadang kita tidak perasan, kita rasa kita paling hebat, tapi orang lain melihat kita berlagak pandai.
Kadang-kadang kita tidak perasan, kita telah melakukan kesilapan, tapi kita tidak boleh menerima teguran.

Sejauh mana kita perasan bahawa kita adalah manusia biasa yang sangat perlukan masa untuk berfikir dan bermuhasabah diri.
Kadang-kadang kita tidak perasan kerana kita syok sendiri.
Sebab itulah kita perlukan sahabat sejati untuk menegur kita.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Isnin, 22 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 203/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 203/365 2019
22 Julai 2019M
19 Zulkaedah 1440H
Isnin

Ketika seseorang yang sangat kita percayai mendustai kita, ketahuilah bahwa kita sedang belajar untuk lebih percaya pada diri kita sendiri.

Ketika diri kita merasa telah dikhianati dan dikecewakan, berdoalah agar kita tidak akan mengkhianati dan mengecewakan orang lain, karena kita telah merasai betapa sakitnya dikhianati dan dikecewakan.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Ahad, 21 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 202/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 202/365 2019
21 Julai 2019M
18 Zulkaedah 1440H
Ahad

Kadang kala kita berusaha menghindarkan diri daripada sesuatu. Bukan bermakna kita membencinya.
Kita juga menghendakinya seperti orang lain, tapi kita tahu bahawa itu salah.
Kadang kala kita terperangkap di celah konflik keadaan antara kemanusiaan dan kejujuran.
Jadi ikutlah jalan hati kerana hati tidak pernah berbohong dan itu adalah yang terbaik.

#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif