* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 3 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 215/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 215/365 2019
3 Ogos 2019M
2 Zulhijjah 1440H
Sabtu

Hormat Menghormati
Rasa hormat belum tentu akan membawa persahabatan, tapi persahabatan tidak akan terjadi tanpa rasa hormat.
Begitu juga kepercayaan. Ia menjadi asas kepada kepemimpinan dan kepengikutan dalam sesebuah organisasi. Organisasi yang tidak berasaskan kepada kepercayaan akan menjadi lemah.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 2 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 214/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 214/365 2019
2 Ogos 2019M
1 Zulhijjah 1440H
Jumaat

Guru kita pernah pesan..
Jika kamu ingin memuji seseorang, pujilah di belakangnya supaya dia diselamatkan daripada sifat riak dan takabur.
Jika kamu ingin menegur seseorang, tegurlah di hadapannya kerana ia bukan mengumpat.
Jika kamu nak cerita sebagai pengajaran, ceritalah tanpa menyebut namanya.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Khamis, 1 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 213/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 213/365 2019
1 Ogos 2019M
29 Zulkaedah 1440H
Khamis

Hebatkah kita?

Bila kira merasa hebat, maka datanglah sifat riak, sombong dan bangga diri sekaligus.
Walaupun sekadar terlintas di hati, Allah SWT tetap mengetahuinya.
Semoga kita dapat menghindarkan diri daripada sifat-sifat sebegitu.
Biarlah orang lain sahaja yang merasakan diri mereka hebat, bukan kita.
Teruskan usaha untuk memperhebatkan diri kita tanpa merasakan diri kita hebat atau lebih baik daripada orang lain.
Kita hanyalah seorang hamba yang menumpang.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Rabu, 31 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 212/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 212/365 2019
31 Julai 2019M
28 Zulkaedah 1440H
Rabu

Mentaliti Yang Membunuh Diri Sendiri.

Letakkan katak hidup di dalam air mendidih. Adakah ia akan lari? Tidak.
Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air.
Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.

Apa yang membunuh katak? Ramai akan kata air mendidih tersebut.
Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya daripada keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi "Boiling Frog Syndrome".

Tetapi "Boiling Frog Syndrome ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.

Hanya yang ada akal boleh berfikir tentang ini.
Allah SWT berhak memilih sesiapa sahaja yang dikehendaki.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Selasa, 30 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 211/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 211/365 2019
30 Julai 2019M
27 Zulkaedah 1440H
Selasa

Kejujuran umpama mata wang yang bernilai di mana-mana kita berada.
Jangan menyalahkan masa lalu kita, kerana masa lalu itu tidak boleh diubah.
Jadilah orang yang tabah dan redha.
Setiap orang yang berjaya mempunyai masa lalunya dan pernah gagal.
Jangan takut gagal kerana kegagalan adalah sebahagian proses untuk berjaya.
Jangan pernah menyerah, perbaiki kesalahan dan teruskan melangkah.
Jujurlah dalam mengatur langkah untuk kehidupan seterusnya.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Isnin, 29 Julai 2019

TITIK POSITIF HARI 210/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 210/365 2019
29 Julai 2019M
26 Zulkaedah 1440H
Isnin

Masa yang berlalu kadang-kadang tidak seperti apa yang kita inginkan.
Namun masa hadapan boleh dibentuk agar sesuai dengan keinginan kita.
Ketika kita mempunyai banyak keinginan, maka banyakkanlah tindakan.

Berhentilah mencari alasan mengapa kita lemah atau gagal. Sebaliknya carilah jawapan bagaimana kita perlu memperbaiki atau mengatasinya.
Jangan biarkan kegagalan menghantui kita untuk mengalah, tapi ingatlah hikmah di sebalik kegagalan tersebut.
Allah tangguhkan seketika kemenangan untuk kejayaan yang lebih besar.
Berserahlah selepas usah.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif