* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 10 Ogos 2019

Selamat Menyambut Hari Raya Korban 1440H

Reaksi :  
Selamat Menyambut Hari Raya Korban
1440H
#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI 222/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 222/365 2019
10 Ogos 2019M
9 Zulhijjah 1440H
Sabtu

Kena Tipu

Bila kita biasa kena tipu, kita tersedar bahawa ada orang tipu kita.
Namun kita tidak mahu bercakap apa-apa kerana menantikan sebuah kejujuran.
Kita akan rasa lebih gembira bila kejujuran itu lahir daripada orang tahu bahawa mereka buat silap.
Teruskanlah bersikap jujur dengan sesiapa sahaja kerana kita tidak pasti bilakah dan di manakah kita benar-benar jujur.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 9 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 221/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 221/365 2019
9 Ogos 2019M
8 Zulhijjah 1440H
Jumaat

Tiga Tahap Ilmu

Jika kita berada di tahap pertama, kita akan sombong.
Jika kita berada di tahap kedua, kita akan merendah diri.
Jika kita berada di tahap ketiga, kita akan merasa bahawa diri kita tidak ada apa-apa.
Pilihan di tangan kita.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Khamis, 8 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 220/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 220/365 2019
8 Ogos 2019M
7 Zulhijjah 1440H
Khamis

Keras vs Lembut

Janganlah kita bersikap keras, nanti kita akan dipatah-patahkan.
Janganlah pula terlalu lembut, nanti kita bakal diperah-perah.

Bila kita memandu sebuah motokar, kita perlu sepadukan antara pedal minyak dan pedal brek. Sekiranya kita hanya guna pedal minyak, kita mengundang bahaya.
Kiranya kita hanya guna brek, kita tidak akan ke mana-mana.

Bijaklah mengadun kedua-dua sifat semulajadi ini. 
Berserahlah kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Guru kita pernah pesan supaya jadilah manusia yang bercirikan JUMAAT.
J-Jujur
U-Unggul
M-Matang
A-Asli
A-Amanah
T-Teguh

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Rabu, 7 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 219/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 219/365 2019
7 Ogos 2019M
6 Zulhijjah 1440H
Rabu

"Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allahlah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertakwa. "
(Al-Najm : 32)

Sedar dengan kekurangan adalah lebih baik daripada terlalu berbangga dan riak dengan kelebihan yang kita sendiri yang menarafkannya. Atau kita sendiri yang menganggap ia satu kelebihan tanpa melihat kepada pandangan sisi yang berbeza.
Tarafan yang dibuat sendiri untuk diri sendiri tanpa ilmu akan lebih cenderong kepada syok sendiri.

Janganlah merasakan diri kita lebih baik kerana kita tidak pernah tahu di manakah dan bilakah hati kita ikhlas.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Selasa, 6 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 218/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 218/365 2019
6 Ogos 2019M
5 Zulhijjah 1440H
Selasa

Prinsip ini menghendaki pekerja-pekerja melakukan sesuatu perkara yang betul dan benar bukan kerana ia takut kepada manusia tetapi kerana percayakan kepada Allah SWT.

Sebagai amaran, al-Quran menjanjikan kepada orang-orang yang melampaui batas iaitu mereka yang melakukan penipuan (tidak betul) dan sebagainya akan menerima balasan akibat perbuatannya di dunia, dan di akhirat pula akan disiksa dengan api neraka. Oleh itu mereka yang diamanahkan perlu menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan sempurna.

Sabda Rasulullah SAW :

إن الله يحب إذا عمل أحدكم العمل أن يتقنه

" Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya)."

Psikologi manusia sememangnya hendakkan yang mudah. Tidak kurang juga yang suka ambil mudahSesuatu perkara tidak mungkin menjadi mudah sekiranya tiada kehendak.
Dalam mencari sesuatu yang mudah, tidak kurang juga yang sanggup melanggar peraturan syariat dan undang-undang dunia.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

Seperti perkongsian pada 12 Julai 2010


JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Isnin, 5 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 217/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 217/365 2019
5 Ogos 2019M
4 Zulhijjah 1440H
Isnin

Perumpamaan yang kita sering dengar sebelum ini " SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG ". Satu perumpamaan kepada orang yang berfikiran sempit serta cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar. Bayangkan bagaimana sekiranya tempurung itu berlut sinar.

Mereka boleh nampak, dengar, tahu, rasa apa yang berlaku di sekeliling, .... tapi.... berapa ramai yang peka dan ambil peduli serta bertindak mengikut arus perubahan yang berlaku.
Adakah ‘Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas’.

1) Adakah anda selesa dengan cara lama dan tidak mahu berubah?
2) Adakah anda tidak berminat atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru?
3) Adakah anda hanya menunggu idea orang lain daripada terus memberi idea sendiri?
4) Adakah anda hanya terpaku, hanya membisu seribu bahasa?
5) Adakah anda hanya mampu beraksi di luar gelanggang daripada dalam gelanggang yang sebenar?
6) Adakah anda hanya suka memberi alasan tanpa berfikir bahawa rakan lain juga ada alasan yang sama?
7) Adakah anda hanya tahu menimbulkan masalah, bukan menyelesaikan masalah?

Hari ini orang sering memperkatakan kehebatan dan kelebihan orang lain. Tetapi tidak semua bersedia untuk mengikuti jejak langkah atau 'track' berkenaan. Budaya hanya melihat, menunggu, mendiamkan diri, kedekut idea, tenaga atau hanya suka komen idea orang lain ... masih terpahat dalam jiwa dan hati sanubari.
Sesungguhnya tiada had laju dalam perjalanan menuju keunggulan.

Dan kejayaan tidak akan datang sendiri tanpa usaha serta kesepaduan tenaga dan fikiran.
Budaya tidak mahu bersusah-susah demi kepentingan organisasi dan ummah perlu diubah secara hikmah. Tindakan berkonsep hikmah adalah berbeza mengikut situasi dan kerenah kumpulan sasar.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA


Seperti perkongsian pada 4 Disember 2009.

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif