* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 17 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 229/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 229/365 2019
17 Ogos 2019M
16 Zulhijjah 1440H
Sabtu

Cahaya Peribadi


Peribadi yang baik tetap bercahaya walau di mana kita berada.
Tidak perlu mematikan cahaya orang lain hanya untuk membuatkan diri kita bercahaya.
Cahaya yang timbul selepas terpadamnya cahaya orang lain itu sebenarnya hanyalah fatamorgana.
Binalah peribadi yang baik-baik.
Cakap baik-baik.
Tegur baik-baik
Sangka baik-baik.
Fikir baik-baik.
Buat baik-baik.
Doa baik-baik.
Mohon baik-baik.
Lihat baik-baik.
Dengar baik-baik.
Tulis baik-baik.
Kongsi baik-baik.
Makan baik-baik.
Sedarlah bahawa kita bukan selalunya baik.
Buatlah kebaikan dengan berakhlak. 

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 16 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 228/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 228/365 2019
16 Ogos 2019M
15 Zulhijjah 1440H
Jumaat

Hargailah yang lain.


Kita perlu faham.. biasanya penghargaan akan hadir selepas kehilangan.
Belajarlah menghargai dengan apa yang ada berhampiran atau sekeliling kita.
Allah SWT tidak akan hadirkan seseorang itu tanpa sebab.
Terokailah hikmah di sebalik Qada' dan Qadar. (ketentuan hidup)

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Khamis, 15 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 227/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 227/365 2019
15 Ogos 2019M
14 Zulhijjah 1440H
Khamis

Kejayaan Yang Tertangguh


Kadang-kadang kita rasa cepat putus asa kerana gagal dalam mengejar sesuatu.
Satu-satu kegagalan mungkin hanya berkisar dalam tanggapan dan pemikiran kita yang terbatas. Kejayaan sebenar mungkin berlaku tanpa kita sedar di celah hikmah yang tersembunyi.

Kejayaan juga tertakluk kepada daya usaha kita. Oleh itu tingkatkan usaha untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini. Kejayaan yang luar biasa memerlukan usaha yang luar biasa. Usaha yang biasa-biasa akan membuahkan keberhasilan yang biasa-biasa.

Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan menyulitkan kita untuk berlari mengejar impian.
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Rebutlah, kerana Allah SWT tidak memberi peluang kepada semua orang.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Rabu, 14 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 226/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 226/365 2019
14 Ogos 2019M
13 Zulhijjah 1440H
Rabu

Bertugas dengan minat dan gembira.

Perlu minat dan gembira dalam menjalankan tugas atau apa-apa peranan kita.
Petugas yang tidak mahir tetapi berminat lebih baik daripada petugas yang pakar tetapi tidak minat. Petugas yang mahir dan minat adalah satu keberuntungan yang besar kepada sesebuah organisasi.
Jika ada minat, ikhlas, usaha, keberkatan dan rahmat akan datang seiring. Binalah minat dan istiqamah dalam menjalankan amanah@tugas yang diberikan.
Laksanakanlah tugasan dengan hati. 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Selasa, 13 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 225/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 225/365 2019
13 Ogos 2019M
12 Zulhijjah 1440H
Selasa

Realiti Tidak Sesempurna Mimpi.

Jika kita melihat seekor semut terjatuh di dalam air, bantulah supaya ia dapat meneruskan hidup dengan selamat.
Jika kita didatangi suatu beban seberat seekor gajah, jangan takut akan keganasannya apabila naik minyak, tetapi hadapilah dengan tenang dan berstrategi.
Jika kita berhadapan dengan suatu masalah yang sukar dan penuh liku, janganlah berubah menjadi harimau yang tangkas terus berlari laju tanpa menoleh ke belakang, tanpa halatuju.

Teruskan perjuangan kerana hidup ini tidak lari daripada masalah, hidup ini tidak akan menemui yang sempurna. Jika kita inginkan kesempurnaan setiap masa, bermakna kita sedang bermimpi bukan realiti.

Tidak salah sekiranya kita mahu menjadi sesempurna mungkin walaupun kita tahu bahawa makhluk tiada yang sempurna. 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Isnin, 12 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 224/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 224/365 2019
12 Ogos 2019M
11 Zulhijjah 1440H
Isnin

Pencerahan Yang Mengesahkan
Bila mendengar atau menjumpai sesuatu yang belum pasti, carilah kebenarannya. Pastikan ianya benar-benar seperti yang kita dengar jika ada orang perantaraan yang membawanya. Sikap ketelitian yang diamalkan oleh ulama hadith perlu dipraktikkan. Lihat terlebih dahulu akhlak dan daya ingatan orang yang menyampaikan berita itu kepada kita sebelum kita mempercayainya. Dibimbangi nanti orang yang bercerita itu pula yang menambah-nambah.
Carilah orang lain yang boleh menjadi penguat kepada penyampai maklumat pertama tadi. Mungkin jika kita mendengar daripada saksi yang ramai, kita akan lebih jelas tentang sesutau perkara. Atau rujuklah beberapa sumber lain yang boleh meyakinkan kita.
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Ahad, 11 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 223/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 223/365 2019
11 Ogos 2019M
10 Zulhijjah 1440H
Ahad

Cepat melatah dan meletakkan persepsi awal yang negatif bukan satu fantasi.

Hal ini sering berlaku hatta kita sendiri. Mungkinkah kerana kita telah terbiasa dengan perangai begitu?
Lintasan awal yang bermain dalam kepala kita biasanya suka menyalahkan orang lain atau menuding kepada pihak lain. Jarang sekali kita melihat ianya terkena kepada diri kita sendiri (MyselfMy Action), namun sebaliknya menghalakan kepada orang lain (Your Action, His Action, Her Action dan sebagainya).
Bila terjumpa karenah manusia yang buruk, kita cepat melatah mengata itu dan ini hal orang lain. Kadang-kadang untuk lebih menarik, kita menambah dengan cerita rekaan atau informasi yang belum pasti. Jarang sekali kita menerimanya sebagai satu peringatan Allah SWT bahawa sikap yang sama juga ada dalam diri kita.

Bila mana kita mendengar sesuatu pendapat yang mungkin janggal pada kita, sebaiknya kita berfikir sejenak, mungkin pendapat tersebut ada kebenarannya. Bukan terus menolaknya dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak pasti.
Harus diingat... walaupun kita mengetahui satu perkara, ianya tidak bermakna kita tahu semua perkara. Pengetahuan dan pemikiran kita adalah terhad. Allah SWT menganugerahkan ilmu, kemahiran dan kebijaksanaan hanya kepada mereka yang terpilih sahaja. Tidak semua perkara Allah SWT berikan kepada kita. Ada insan lain yang pada pilihan Allah, mereka lebih berhak.
Sedarilah bahawa kebaikan bukan untuk kita sahaja. Kita juga terdedah kepada karenah dan sikap yang buruk. Cubalah bersikap waras dalam mengemudi diri kita di celah kebaikan dan keburukan diri sendiri.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif