* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 31 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 243/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 243/365 2019
31 Ogos 2019M
30 Zulhijjah 1440H
Sabtu

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tetaplah merdeka.
Ia pasti menjadi sejarah.

Kemerdekaan bukan hanya sekadar satu laungan atau ungkapan kata.
Kemerdekaan hari ini adalah hasil laluan sukar para alim, cerdik pandai dan pejuang yang terdahulu.

Susah payah mereka menjadi iktibar dan suntikan kepada kita hari ini.
Mengisi kemerdekaan adalah lebih sukar berbanding mendapatnya.
Istiqamah dengan acuan sendiri kian tercabar dengan daiyah dan desakan pelbagai pihak daripada pelbagai sudut serta posisi.

Asas kepada kemerdekaan adalah perpaduan dan jatuhnya sebuah kemerdekaan adalah perpecahan. Ketidaksefahaman dan hilangnya rasa kesepunyaan akan menjatuhkan sebuah tamadun manusia. Jatuhnya sebuah kemerdekaan bila akhlak dan aspek nilai murni dikesampingkan.

" Berjayanya sebuah negara apabila kukuhnya akhlak remaja dan kuatnya ummah apabila kebijaksanaan orang tua digabung dengan kekuatan semangat orang muda."
- Dr Zulkifli Al Bakri -

Isilah kemerdekaan dengan penerapan nilai dan ilmu.
Teras kepada kemerdekaan ialah doktrinnya. Kemerdekaan tanpa pedoman adalah sebuah perhambaan duniawi semata-mata.
Kita akan terus dihukum dengan penipuan, kezaliman, penindasan, manipulasi, kemungkaran dan sebagainya.

Kemerdekaan kita diukur dengan sejauh mana kita benar-benar merdeka daripada belenggu anasir luar, syubhat, syahwat dan apa sahaja bentuk penjajahan moden. Kembalilah kepada yang hak dan ajaran agama kita. Kita dapatkan kemerdekaan dengan teras agama, maka isilah ia dengan agama.


"Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri.. " 
- Sudirman : Warisan - 

Kitalah penyambung warisan.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 30 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 242/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 242/365 2019
30 Ogos 2019M
29 Zulhijjah 1440H
Jumaat

KERANA BUDI BICARA

Kerana kemanusiaan, kita gunakan budi bicara.
Kerana kepentingan sosial atau organisasi, kita gunakan budi bicara.
Kerana keharmonian, kita gunakan budi bicara.
Kerana baik sangka, kita gunakan budi bicara.
Kerana jiwa sepasukan, kita gunakan budi bicara.
Kerana menjaga hati dan perasaan, kita gunakan budi bicara.
Kerana kejujuran, kita gunakan budi bicara.
Kerana.. dan kerana apa sahaja, kita sanggup melonggarkan hukum atau peraturan atau seumpamanya dengan budi bicara.
Kita sanggup menanggung kesilapan orang lain kerana budi bicara.
Seorang imam sudah tentu bertanggungjawab dengan semua kekurangan dan kelemahan makmumnya. Itulah beban seorang ketua yang menanggung semua karenah dan kekurangan orang yang di bawah tanggungjawabnya.

Namun....
Kadang-kadang, budi bicara kita disalah anggap.
Kadang-kadang, budi bicara kita diambil mudah.
Kadang-kadang, budi bicara kita tidak dihargai.
Kadang-kadang, budi bicara kita diperbodohkan.

Hargailah... budi bicara orang lain.
Pujuklah hati agar sentiasa jujur dengan amanah dan semua orang.

BUDI BICARA BUKAN HAK@WAJIB, TAPI ADALAH SATU PILIHAN@ANUGERAH.
BERHATI-HATI AGAR KITA TIDAK TERPERANGKAP DI CELAH BUDI BICARA.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Khamis, 29 Ogos 2019

TITIK POSITIF HARI 241/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 241/365 2019
29 Ogos 2019M
28 Zulhijjah 1440H
Khamis

Saat diuji dengan kesusahan, kita teraba-teraba mencari Allah SWT. 

Ketika kita merangkak-rangkak, bertongkat mencariNya, kita mengaku lemah dan tidak berupaya.
Tapi apabila diuji dengan kesenangan, kita lupa dan alpa bahawa kesenangan, nikmat itu datangnya daripada Allah SWT.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 240/365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 240/365 2019
28 Ogos 2019M
27 Zulhijjah 1440H
Rabu

Setiap orang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Bila kita silap, cepat-cepatlah minta maaf dan betulkan keadaan atau perbetulkan sikap kita.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan orang lain seperti mana kita mengharapkan keampunan Allah atas segala kesilapan kita. 
Buatlah kebaikan seperti mana kita mengharapkan orang lain berbuat baik kepada kita. 
Doakanlah untuk kebaikan semua.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif