* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 7 September 2019

TITIK POSITIF HARI 250 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 250 2019
7 Sept. 2019M
7 Muharram 1441H
Sabtu

Kagum memakan diri

"Seandainya perkataan setiap orang jujur dan amalannya baik, ia juga boleh menjadi seorang yang sangat rugi. Iaitu ketika ia merasa KAGUM dengan dirinya sendiri"

-Imam Hassan Al-Basri Rahimahullah Taala-

Berterima kasihlah kepada hati kita kerana tidak merasakan diri adalah yang terbaik.
Berterima kasihlah kepada hati kita kerana tidak merasakan diri baik walaupun setiap hari menasihati dan memberikan peringatan (tazkirah).
Berterima kasihlah kepada hati kita kerana tidak merasakan diri baik walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat dan dakwah.
Berterima kasihlah kepada hati kita kerana tidak merasakan diri baik walaupun banyak kebaikan yang telah kita lakukan.

Bagi mengimbangi hati supaya tidak terus meninggi ... berbisiklah kepada diri sendiri ...

"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik daripada aku kerana isi hati manusia hanya diketahui oleh Allah SWT."

"Akulah yang paling buruk dalam kalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba membantu orang lain untuk menjadi lebih baik, kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya."

Tidak merasakan diri sebagai orang baik hendaklah ada sehingga akhir hayat.
Beristighfarlah saban masa.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 6 September 2019

TITIK POSITIF HARI 249 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 249 2019
6 Sept. 2019M
6 Muharram 1441H
Jumaat

Jangan lupa diri.


Terbanglah setinggi manapun kita mahu terbang, tapi janganlah lupa diri.
Sehebat manapun kita, janganlah bangga diri.
Hebatnya kita adalah kerana sokongan dan dorongan orang lain.
Hebatnya kita kerana doa ibubapa.
Hebatnya kita kerana didikan guru kita.
Kehebatan kita akan bertambah bila ianya diamalkan dan dilestarikan.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 248 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 248 2019
5 Sept. 2019M
5 Muharram 1441H
Khamis

Berusaha menjadi lebih baik.


" Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang diharapkan kebaikannya dan selamat daripada kejahatannya. Manakala orang yang paling buruk di antara kamu ialah orang yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak selamat daripada kejahatannya."
(HR Tirmizi)

Kebaikan dan keburukan boleh berada di mana-mana.
Orang yang baik dan orang buruk sentiasa ada di sekitar kita.
Bahkan kita sendiri boleh menjadi baik pada satu ketika dan boleh menjadi buruk pada satu ketika.
Amat malang sekiranya kita cenderong kepada keburukan melebihi kebaikan.
Untuk menjadi baik, lakukanlah kebaikan dan manfaatkan keberadaan kita untuk orang lain.
Untuk menjadi baik, jauhilah kejahatan dan kezaliman.
Untuk menjadi baik, bersahabatlah dengan orang yang baik dan boleh membimbing kita menjadi lebih baik.
Asuhlah diri kita menjadi lebih baik dan lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.
Pimpinlah diri kita dengan aura kebaikan.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Rabu, 4 September 2019

TITIK POSITIF HARI 247 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 247 2019
4 Sept. 2019M
4 Muharram 1441H
Rabu

PENGHORMATAN YANG SIA-SIA

Rugilah seorang yang menghormati orang lain hanya kerana harta kekayaannya.

Rugilah seorang yang menghormati orang lain hanya kerana pangkatnya.
Rugilah seorang yang menghormati orang lain hanya kerana gayanya.
Rugilah seorang yang menghormati orang lain bukan kerana ilmu, budi, sahsiah, pekerti dan agamanya.
Hormatilah orang lain kerana kuasa ubahnya yang boleh membawa kita kepada keadaan yang lebih baik.
Kadang-kadang kita terpedaya - Ghurur. Iaitu bersangka baik pada yang kelihatan baik, sedangkan pada hakikatnya ia bertentangan.
Berhati-hatilah agar kita tidak terpedaya dengan penampilan luaran semata-mata.
Jadilah orang yang betul-betul baik, bukan baik yang dibuat-buat.
Elakkan daripada hanya nampak kita sahaja yang baik atau kita sahaja yang betul atau sentiasa betul.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?"
"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".  (Al-Kahf: 103 & 104)

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. 

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif