* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 14 September 2019

TITIK POSITIF HARI 257 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 257 2019
14 Sept. 2019M
14 Muharram 1441H
Sabtu

Tenang satu kemenangan.

Orang yang tenang akan melihat setiap masalah sebagai ujian,
mereka menerima kenyataan dengan hati yang tenang...
kerana mereka yakin di sebalik setiap ujian itu ada rahmatnya.
Allah SWT sengaja merahsiakan rahmatnya untuk kita berfikir.

Seorang yang tenang sukar untuk terjerumus dalam kesilapan emosi yang diluar kewarasan manusia.
Orang yang tenang tidak akan bertindak kecuali selepas berfikir , melihat segala sudut baik dan buruknya. Lidah dan jari tidak terus menutur kata (di alam nyata atau maya) sebelum membuat penilaian dosa, pahala, buruk dan baiknya.
Namun begitu, melarikan diri daripada satu-satu situasi dengan tidak berbuat sesuatu akan meletakkan diri di persimpangan tanggungjawab sah atau tanggungjawab sosial. 
Berbuat sesuatu adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 13 September 2019

KENYATAAN MEDIA: KPM KOMITED MENINGKATKAN PENGUASAAN MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

Reaksi :  

KENYATAAN MEDIA: TIADA PEMANSUHAN TOPIK DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

Reaksi :  





YAB Tun Dr Mahathir telah melancarkan Majlis Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan. Pendidikan Sivik telah KPM laksanakan secara menyeluruh bermula Jun yang lalu di semua sekolah.

Untuk pengetahuan ramai, Pendidikan Sivik dijalankan melalui dua kaedah. Dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

Di dalam bilik darjah, Pendidikan Sivik diterapkan melalui 5 subjek. Manakala di luar bilik darjah pula, pelbagai aktiviti dijalankan bagi memastikan pendidikan sivik dapat dipraktikkan.

Di penghujungnya, kita mahu melahirkan warganegara yang tahu ilmu kewarganegaraan, yang cintakan negara dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara.

Infografik ini dapat membantu menjelaskan kaedah pelaksanaan Pendidikan Sivik di peringkat sekolah.
..............................

Pendidikan sivik merupakan asas terpenting dalam usaha kita membentuk warga yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Sesebuah negara akan melalui era gelap, jika aspek sivik tidak diberikan perhatian.

Pendidikan sivik dilaksanakan bagi membentuk perwatakan murid dengan memberi penekanan kepada nilai-nilai penting iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, kebertanggungjawaban, kegembiraan, amanah, rajin dan berdisiplin.

Sehubungan itu, pada hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mengumumkan satu inisiatif penting untuk melaksanakan pendidikan sivik secara bersepadu dan menyeluruh melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai program sekolah yang lain bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah mulai Jun 2019.

Bagi memastikan pelaksanaan pendidikan sivik ini dapat berjalan dengan baik, KPM telah mengambil langkah melaksanakannya melalui dua kaedah iaitu literasi sivik dan amali sivik.

Aspek literasi sivik ini akan dirangkumkan dalam kurikulum melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah. Pendidikan sivik akan dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran berkenaan. Pendidikan sivik juga diajar kepada anak-anak di prasekolah selamat 30 minit.

Amali sivik pula bakal memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan sivik secara praktikal melalui pelaksanaan dalam perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum dan program sekolah lain. Hal ini juga terpakai untuk anak-anak di prasekolah.

Bagi memastikan pelaksanaan usaha murni ini berjalan seperti yang dihasratkan, KPM telah menyediakan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik yang merangkumi Modul Exemplar untuk kurikulum, Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam kokurikulum.

Guru-guru boleh menggunakan semua bahan-bahan ini sebagai asas untuk menggerakan pengajaran sivik, namun dalam masa sama KPM sentiasa terbuka untuk guru-guru menggunakan daya kreativiti masing-masing dalam menyampaikan ilmu. 

KPM amat mengharapkan pembudayaan pendidikan sivik ini menerima sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, sekolah, komuniti setempat, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat.

Inisiatif ini disasarkan mampu membentuk generasi Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai warganegara serta memiliki akhlak mulia dan keperibadian tinggi dalam pelbagai konteks termasuk diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

Dr. Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

"WACANA ILMU : PENDIDIKAN SIVIK MILIK SIAPA?" on YouTube

KEPUTUSAN MESYUARAT JEMAAH MENTERI MENGENAI ISU PENGENALAN TULISAN JAWI

Reaksi :  



FAQ Isu tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

1. Apakah yang berlaku?

KSSR (Semakan) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 telah memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan.

2. Apakah tujuan pengenalan tulisan khat ini dilakukan?

Ia dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.

3. Bagaimana pengisian ini dilakukan?

Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran di dalam buku teks Bahasa Melayu. Terdapat 6 muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat. 

4. Adakah murid akan menguasai Jawi melalui 6 muka surat ini?

Seperti dijelaskan tadi, ia dilaksanakan untuk memperkenalkan tulisan khat bagi meningkatkan pengetahuan murid mengenai aspek seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Sehubungan itu, ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai Jawi.

5. Adakah ini berlaku di SJK sahaja?

Tidak. Pengenalan ini melibatkan semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

6. Bilakah keputusan ini dibuat?

Perancangan pengenalan tulisan khat ini telah dilaksanakan melalui semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2014.

7. Adakah untuk Tahun 4 sahaja?

Pengenalan tulisan khat ini adalah untuk Tahap 2 dengan melibatkan tahun 4 pada tahun 2020, tahun 5 pada tahun 2021 dan tahun 6 pada tahun 2021. Murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) tidak terlibat dengan pengenalan tulisan khat.

8. Adakah tulisan khat ini akan diuji dalam ujian dan peperiksaan?

Tidak. Tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat.

9. Kenapa memaksa murid bukan Melayu mempelajari tulisan khat?

Ia bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Tambahan pula, tulisan jawi juga telah diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2015 lagi. Ini boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun 5  cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).

10. Mengapa tulisan khat dan tidak memberi fokus kepada 'coding' dan cabang ilmu lain?

Tulisan khat merupakan pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. KPM memperkenalkan coding atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017. Di sekolah rendah ia melibatkan murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6).

Manakala untuk sekolah menengah melibatkan Tingkatan 1 hingga 3. Aspek coding ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer.

-----

(English Version)

FAQ on the issue of khat calligraphy segment for the Bahasa Malaysia syllabus in Chinese and Tamil vernacular schools

1. What is the issue?

Revised Primary School Standards-Based Curriculum (KSSR) for the Standard 4 Bahasa Malaysia syllabus will introduce khat calligraphy as part of the additional segment. 

2. What is the purpose of the introduction of khat writing?

Khat calligraphy serves as an aspect of language arts to enrich students with knowledge on history, art and heritage of Bahasa Malaysia. 

3. How khat calligraphy is segmented?

It will take up 6 out of 164 pages of the new Bahasa Malaysia Standard 4 textbook as part of language art activities. 

4. Will students master Jawi through these 6 pages?

The implementation of khat calligraphy is not comprehensive learning to master Jawi but to enhance the knowledge on history, art and heritage of Bahasa Malaysia. 

5. Will the implementation happen in SJK only?

No. This introduction of khat calligraphy involves all primary schools; SK and SJK. 

6. When was this decision to include khat calligraphy made?

The introduction of khat calligraphy is decided during the revision of the curriculum (KSSR) in 2014. 

7. Will this implementation target only Year 4.

The introduction of khat calligraphy is for Level 2 students which will involve Year 4 in 2020, Year 5 in 2021 and Year 6 in 2022. There will be no involvement for Level 1 students (Year 1 – 3).

8. Will khat calligraphy be tested in tests and exams?

No. Khat calligraphy is not to be tested and assessed.

9. Why non-Malay students are forced to study khat calligraphy?

The introduction of khat calligraphy is meant as an attempt to enhance the knowledge on history, art and heritage of Bahasa Malaysia, not as a force.

In addition to this, Jawi script writing has also been taught in SJK through Bahasa Malaysia curriculum since 2015. This can be referred to SJK Year 5 (2015 edition) page 85 to 88 under Theme 6; Culture and Nation Appreciation (Unit 17 – The Writing Art).

10. Why khat calligraphy instead of coding and the others?

KPM introduced coding to primary and secondary students through the revised Primary School Standards-Based Curriculum (KSSR) and Secondary School Standards-Based Curriculum (KSSM) in 2017.

This involves Level 2 students (Year 4 – 5) in primary school and Form 1 – 3 in secondary school. The element of coding is incorporated within the subject of Technology Design and Computer Science.

KENYATAAN MEDIA: 21 IPG TUTUP MULAI TAHUN HADAPAN TIDAK BENAR

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI 256 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 256 2019
13 Sept. 2019M
13 Muharram 1441H
Jumaat

CIPTALAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

- Jadikan Allah SWT sebagai yang pertama dalam setiap fikiran, perkataan dan perbuatan kita.
- Percayalah bahawa Allah SWT yang menyembuh segala sesuatu.
- Lakukan hal yang benar.
- Sebaik manapun atau seburuk manapun situasi kita, ia tetap akan berubah.
- Pedulikan apapun perasaan kita, bangunlah dan keluarlah.
- Yang terbaik untuk kita, pasti tiba dengan janji Allah SWT.
- Buanglah perasaan atau sesuatu yang tidak berguna, huduh dan mendukacitakan.
- Berterima kasihlah kepada Allah SWT di saat bangun daripada tidur setiap hari.
- Kita tidak akan berduka cita sekiranya kita mengenali Allah SWT.

Mati tidak menunggu tua. Mati tidak menunggu sakit.
Nikmatilah hidup kita sebelum ianya padam.
Binalah kehidupan untuk kehidupan yang kekal selepas mati.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Khamis, 12 September 2019

TITIK POSITIF HARI 255 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 255 2019
12 Sept. 2019M
12 Muharram 1441H
Khamis

MEMBINA HUBUNGAN UNTUK HIDUP LEBIH BAIK

- Hubungi keluarga sekerap yang mungkin.
- Berikan sesuatu yang baik kepada orang lain setiap hari.
- Maafkan orang lain walaupun mereka tidak menghargainya.
- Banyakkan waktu bergaul dengan warga emas (70 tahun ke atas) dan kanak-kanak (6 tahun ke bawah).
- Buatkan orang lain senyum... minima 3 orang setiap hari. 
- Apa yang orang lain fikirkan tentang kita, bukanlah urusan kita.
- Jangan putuskan hubungan dengan sesiapa sahaja.
- Pekerjaan kita tidak akan menjaga kita di saat kita sakit, tetapi keluarga dan temanlah akan sentiasa bersama kita. 
Kekalkanlah hubungan dengan sesiapa sahaja.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif