* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 28 September 2019

TITIK POSITIF HARI KE-261 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-261 2018
17 Sept. 2018
7 Muharram 1440H
Isnin


TERPERANGKAP DI CELAH BUDI BICARA

10 budi bicara kita, 10 jalan sukar yang kita pertimbangkan.
10 budi bicara kita, belum tentu dinilai sebagai pertimbangan profesional atau kasih sayang.
10 budi bicara kita, belum tentu disangka baik.
10 budi bicara kita, tidak semua dibalas dengan terima kasih.
10 budi bicara kita, kadang-kadang tidak dianggap sebagai budi bicara.
10 budi bicara kita, sering menjadi tiket untuk menuntut budi bicara seterusnya.

Kerana budi bicara, kita sering terpedaya.
Kerana budi bicara, kita sering mengalah.
Kerana budi bicara, kita sanggup menanggung kesalahan dan implikasi.
Kerana budi bicara, kita diperkotak-katik.
Kerana budi bicara, kita sering terperangkap.

Kerana pentingkan hubungan dan organisasi,  kita gunakan budi bicara.
Jangan kerana 1 permintaan kita yang tidak dipertimbangkan, kita menafikan 9 budi bicara yang telah dinikmati.
Jangan kerana 1 arahan, kita menghukum 9 budi bicara yang telah dikecapi.
Jangan kerana 1 teguran, kita menjaja keburukan orang yang telah memberikan budi bicaranya.

Begitulah adat berketua.
Begitulah adat berpengikut.
Begitulah adat berkeluarga.
Begitulah adat berorganisasi.

Hargailah budi bicara orang lain.
Pujuklah hati agar sentiasa jujur dengan semua orang.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-260 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-260 2018
16 Sept. 2018
6 Muharram 1440H
Ahad


Bahagia di tempat kerja.

Tanamkan niat untuk berlkhidmat dan bukan sekadar bekerja.
Niatkan kerana Allah SWT.
Buat baik kepada semua orang.
Tidak mengadu domba kerana ia adalah pembunuh senyap di tempat kita bertugas.
Berlapang dada dengan apa jua yang dihadapi.
Ucapkan terima kasih kepada majikan, ketua dan kawan.
Mohon maaf jika bersalah dan jangan ego.
Tidak berterusan buat kesilapan.
Senyum kera na adalah penawar untuk semua masalah.
Jujur dengan diri dengan amanah yang diberikan.
Tidak menipu majikan, ketua dan rakan.
Tidak mengambil kesempatan di celah kelemahan organisasi untuk kepentingan diri sendiri.
Beramanah dan berdisiplin.
Buat yang lebih baik setiap hari. (Hari ini lebih baik daripada semalam)

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-259 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-259 2018
15 Sept. 2018
5 Muharram 1440H
Sabtu

Motivasi kerja dalam Islam itu adalah untuk mencari nafkah demi diri dan keluarga, juga merupakan ibadah kepada Allah SWT.
Motivasi kerja dalam Islam bukanlah untuk mengejar keduniaan semata-mata, bukan juga untuk status, apa lagi bagi mengejar kekayaan dengan segala cara. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabut, ayat 17:

“Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepada-Nya; (ingatlah) kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.”

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

MEMENUHI KPI 1 TITIK POSITIF 1 HARI (1TP1H) TAHUN 2018

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

1 TITIK POSITIF 1 HARI (1TP1H)
TAHUN 2018

Si Kerdil cuba untuk memenuhi KPI 1TP1H 2018 walaupun ianya telah melangkaui tahun 2019.
Terdapat 107 1TP1H yang tercicir untuk dimuatkan pada tahun 2018 akan dikongsikan selepas ini dari masa ke semasa.
Insya Allah.
Sasaran 6666 1TP1H dapat dikongsikan sebelum Si Kerdil meninggal dunia ini sebagai jariah bersama semasa hidup dan selepas mati.
Sekiranya sasaran ini tidak dapat dicapai oleh Si Kerdil sendiri, usaha ini akan diteruskan oleh waris Si Kerdil.

Moga perkongsian ini bermakna dan bermanfaat untuk semua. 

MERSING HEBAT

Disusun oleh,

Wan Nadzri bin Wan A.Rahman@Wan Mohamed
Mersing, Johor Darul Takzim

#IbnM
#SiKerdil
#TindakanSeAlimKata
##MenciptaSejarahMemahatTamadun

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

SILA KLIK DI SINI  UNTUK MENYERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 271 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 271 2019
28 Sept. 2019M
28 Muharram 1441H
Sabtu


Hati Terhijab

Tanda hati kita kotor dan tidak berguna lagi.
- Bila hati terhijab daripada menerima nasihat@teguran.
- Bila hati terhijab daripada menerima seruan yang baik.
- Bila hati tidak pernah tenang dan dihantui pemikiran yang negatif.
- Bila penipuan mengatasi kejujuran.
- Bila ego menguasai diri.
- Bila keburukan mengatasi kebaikan.
- Bila kata tidak serupa bikin.
- Bila indah hanya di luar, tidak di dalam diri.
- Bila kosmetik mengaburi hakikat realiti sebenar.
- Bila mata semakin suka melihat keburukan berbanding kebaikan.
- Bila sombong menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain.
- Bila emosi menguasai ilmu dan tindakan.
- Bila menghukum lebih didaulat berbanding membetul.
- Bila jujur disalah anggap.
- Bila "habit" mengatasi peraturan dan disiplin.
- Bila munafik berleluasa.
- Bila berkata, dusta diutama.
- Bila berjanji, diingkari.
- Bila dipercayai, dikhianati.
- Bila berselisih, bebruat aniaya.

Sedarilah ... Bila kesabaran dan redha, kita akan tenang.

Bila Allah SWT tidak beri, bukan bermakna Allah benci kita..
Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu kita mengerti.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 27 September 2019

TITIK POSITIF HARI 270 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 270 2019
27 Sept. 2019M
27 Muharram 1441H
Jumaat


Membetulkan Bukan Menghukum

“Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman.
(Hadis Riwayat Muslim)

Menegur jangan sampai menghina,
Mendidik jangan sampai memaki,
Meminta jangan sampai memaksa,
Memberi jangan sampai mengungkit.

5 Langkah Teguran :

1) Menyampaikan nasihat - memberi nasihat dengan kasih sayang dan ikhlas merupakan langkah pertama sebelum yang lain-lain.
2) Memberi kesedaran - membantu supaya sedar akan kesan buruk kesalahan yang dilakukan.
3) Peringatan keras/kecam - dilakukan sekiranya teguran secara lisan atau tunjuk tingkah laku atau lainya tidak berkesan.
4) Peringatan dengan kuasa sah dan kuasa paksaan - teguran ini boleh dilakukan dengan penguatkuasaan.
5) Doa yang berterusan

Kebijaksanaan dalam menegur sentiasa memenangi hati manusia berbanding menggunakan kaedah kekerasan dalam melakukan teguran. Teguran jauh sekali untuk mengundang rasa sakit hati terhadap mereka yang kita tegur dan bukanlah instrumen untuk memalukan seseorang.
Dahulukanlah kebijaksanaan dan rasional dalam menegur, dan berhenti memberi keutamaan kepada emosi. 
Diceritakan cucu Rasulullah s.a.w., Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin ada menyaksikan seorang tua yang berwuduk secara yang tidak betul. Dengan bijaknya mereka cuba mencari penyelesaian untuk menegur orang tua tersebut supaya orang tua itu tidak berkecil hati atau terasa malu. Lantas mereka memanggil orang tua tersebut dan meminta tolong agar dia menilai cara berwuduk mereka berdua, mana yang salah dan mana yang betul. Selepas melihat cara berwuduk kedua-dua cucu Rasulullah SAW itu, orang tua tersebut sedar akan kesilapannya dan berkata,”Kamu berdua tidak salah. Kedua-duanya betul”. Dalam hatinya beliau berkata “cara aku yang salah rupa-rupanya”.
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Khamis, 26 September 2019

TITIK POSITIF HARI 269 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 269 2019
26 Sept. 2019M
26 Muharram 1441H
Khamis

"Si Husein Gila"👇👇

Al-Hamdulillah, hari ini Si Kerdil kongsikan kisah " Si Husein Gila " untuk santapan 1TP1H hari ini.

Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya. 
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Rabu, 25 September 2019

TITIK POSITIF HARI 268 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 268 2019
25 Sept. 2019M
25 Muharram 1441H
Rabu


Tidak Pernah Puas


Orang yang tidak pernah puas, seperti gagak hitam.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Selasa, 24 September 2019

TITIK POSITIF HARI 267 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 267 2019
24 Sept. 2019M
24 Muharram 1441H
Selasa



EMOSI YANG TIDAK BOLEH KITA ADA



Emosi Marah
Menyalahkan orang lain
Dendam
Sakit Hati
Fikir Negatif

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Isnin, 23 September 2019

TITIK POSITIF HARI 266 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 266 2019
23 Sept. 2019M
23 Muharram 1441H
Isnin


KISAH 3 ORANG MENTERI DAN SEORANG RAJA SERTA POKOK BUAH
(diceritakan oleh Syeikh Ali Soleh Muhammad Ali Jaber, Guru Tahfiz Masjid an-Nabawi)

Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. 
Berkata Raja, “ Pergi panjat pokok dan Petik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing". 
Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu? 
Disebabkan arahan khalifah, maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak.
Beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi. Imannya tidak sekukuh menteri A. 
Maka dia panjat dan sampai separuh pokok... trfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah, cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup"
Lalu menteri itu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri. 
Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri...ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni ni. Lagipun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini".
Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.
Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja. 

Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut. Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak. 
Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara.
Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh dimakan, apa yang ada dalam karung mereka. 

Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A : sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.

Menteri B : terpaksa memilih buah yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C : Inna lillahi......itu jawapan yang mampu diberi

Pengajaran daripada cerita ini..:

Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya, 
Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ?
Dan penjara itu seumpama Kubur. 
Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena melalui. 
Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?
Atau kita ini hanya menteri C sahaja? 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Ahad, 22 September 2019

TITIK POSITIF HARI 265 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 265 2019
22 Sept. 2019M
22 Muharram 1441H
Ahad


TIDAK MERANCANG AWAL

Kita akan menjadi lebih bijak sekiranya kita sentiasa memikirkan masa depan. Sedarilah bahawa hidup tidak selalunya indah. Ada masa senang dan ada masa susah.
Amalan beringat-ingat dan menyediakan pelan perancangan daripada pelbagai sudut akan membuatkan kita lebih bersedia.
Buatlah yang terbaik dan berserahlah kepada Yang Maha Esa.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif