* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 5 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-276 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-276 2018
2 Okt. 2018M
22 Muharram 1440H

Selasa

Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-275 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-275 2018
1 Okt. 2018M
21 Muharram 1440H

Isnin

Hasad


Satu penyakit yang amat merbahaya kerana ia menyerang semua orang tanpa mengira kedudukan dan pangkat.
Ia juga boleh menyerang para ilmuan, hartawan, pemimpin, pengikut dan sesiapa sahaja.

Bercita-cita agar orang lain hancur dan tidak sanggup menerima kelebihan pada orang lain.
Sebaliknya semua kelebihan yang ada untuk dirinya sahaja.

Orang yang berhasad ini akan sanggup bekerja lebih masa untuk meruntuhkan apa-apa yang telah dibina oleh orang lain. Namun dia mempunyai pelbagai alasan dan amat berkira-kira untuk berkhidmat demi organisasi.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-274 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-274 2018
30 Sept. 2018
20 Muharram 1440H

Ahad

"Apabila seseorang menegur kamu dengan penuh hikmah dan kamu terasa, lalu marah dengan tegurannya, ketahuilah bahawa sudah ada sebesar-besar takabbur dalam hatimu."

(Imam Al-Ghazali)

Sedarlah.. sedarlah...sedarlah...
Bangunkanlah diri kita daripada lamunan sikap negatif.

Kita tidak boleh kembali pada saat permulaan hidup kita, namun kita mampu mulakan perubahan di mana kita sekarang untuk pengakhiran yang lebih baik.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-273 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-273 2018
29 Sept. 2018
19 Muharram 1440H

Sabtu

Sabarlah


Andainya sabar itu dapat dilihat dengan mata kita, pasti kita akan terkejut kerana dapat melihat betapa lamanya kita telah bertahan.

Sabar itu indah.. pastinya ganjaran untuk sabar itu amat besar.

Jika kehidupan ini banyak membuatkan kita menangis, ingatlah ada ribuan kenangan yang telah membuatkan kita tersenyum. 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-272 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-272 2018
28 Sept. 2018
18 Muharram 1440H

Jumaat

Ayat Manis

Jangan pernah jatuh cinta dengan ayat manis, kerana ayat boleh direka.
Jatuh cintalah dengan tingkah lakunya, kerana perbuatan sukar dilakonkan.
Lihatlah mukanya, bukan muka-mukanya.

Kadang-kadang, Allah SWT datangkan seseorang dalam hidup kita sebagai pengalaman.
Bersangka baiklah dan perbaiki diri.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 278 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 278 2019
5 Okt. 2019M
6 Safar 1441H

Sabtu

Imam Al-Ghazali pernah berpesan mengenai kepimpinan guru terhadap muridnya yang perlu dititik beratkan iaitu:

1. Kasihan dan bertimbang rasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka. 
2. Memandu muridnya ke jalan yang diredhai syara' .
3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik daripada orang lain. 
4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik. 
5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya. 
6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid. 
7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya. 

8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.
Tindakan Se Alim Kata

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 4 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-271 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-271 2018
27 Sept. 2018
17 Muharram 1440H

Khamis


Rasa Diri Bagus

Jangan rasa diri kita sentiasa bagus daripada orang lain.
Dan... jangan rasa diri kita sentiasa betul dan orang lain salah.
Itu tandanya kita mempunyai sikap sombong.
Enam perkara yang boleh menyebabkan kita jadi sombong.

1) Ilmu
2) Keturunan
3) Kecantikan
4) Kekuatan atau kuasa atau pangkat.
5) Kekayaan.
6) Kawan atau kenalan.

Sebaik manapun diri kita.
Sebanyak manapun amalan kita.
Setinggi manapun kedudukan kita....
Jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarahpun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-270 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-270 2018
26 Sept. 2018
16 Muharram 1440H

Rabu


إِنَّهَا سَتَأْتِي عَلَى النَّاسِ سِنُونَ خَدَّاعَةٌ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا اْلأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ، قِيلَ: وَمَـا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: السَّفِيهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ


“Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat, dan pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada baginda, “Siapakah Ruwaibidhah?” 
Baginda menjawab, “Orang yang lekeh (tidak ada ilmu) berbicara tentang urusan manusia (umat).” 
(Musnad Imam Ahmad)

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-269 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-269 2018
25 Sept. 2018
15 Muharram 1440H

Selasa

PEDOMAN

Untuk menjadi muslim yang terbaik, seseorang mestilah mampu menahan kemarahan. Kawallah sifat pemarah ini dalam diri agar hidup sentiasa tenang dalam rahmat Allah SWT. 

Abu Hurairah RA menceritakan:


ﺃَﻥَّ ﺭَﺟُﻠًﺎ ﻗَﺎﻝَ ﻟِﻠﻨَّﺒِﻲِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺃَﻭْﺻِﻨِﻲ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﺎ ﺗَﻐْﻀَﺐْ ﻓَﺮَﺩَّﺩَ ﻣِﺮَﺍﺭًﺍ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﺎ ﺗَﻐْﻀَﺐْ


Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, “Berilah aku nasihat”. 

Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Lelaki itu mengulangi kata-katanya, baginda tetap bersabda, “Janganlah kamu marah.”
(Riwayat Bukhari)

Dalam keadaan marah, seseorang akan hilang kewarasan fikiran, hilang pertimbangan, lidahnya akan memaki hamun dan anggotanya mungkin bertindak di luar kawalan.


#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-268 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-268 2018
24 Sept. 2018
14 Muharram 1440H

Isnin

Kawan


Carilah kawan yang seperi cermin.
Bila kita gembira, dia gembira.
Bila kita sedih, dia sedih.

Jangan cari kawan yang seperti duit logam/syiling...
Depan lain, belakang lain.
Jauhilah bermuka-muka dalam berkawan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-267 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-267 2018
23 Sept. 2018
13 Muharram 1440H
Ahad


Kunci Kebahagian

- Janganlah membenci sesiapapun, walaupun hak kita dinafikan.
- Jangan pernah bersedih secara berlebihan, walaupun masalah memuncak.
- Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun kita serba ada.
- Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.
- Perbanyakkan memberi walaupun kita sedang susah.
- Senyumlah walaupun hati kita sedang menangis.
- Jangan memutuskan doa untuk saudara kita.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-266 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-266 2018
22 Sept. 2018
12 Muharram 1440H
Sabtu


Sesetengah orang mungkin hanya tahu bertindak atau sering berfikiran secara negatif kerana menjatuhkan orang lain akan membuatkan mereka rasa lebih baik.
Sikap ini akan merosakkan diri sendiri dan juga organisasi.

Sekali kita terpesong atau tersilap langkah, ia bukan tiket untuk kita berterusan begitu.
Masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan agar ianya menjadi lebih baik.

Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.
Kembalilah ke jalan yang benar. Kita manusia ... jangan terlalu mendongak ke langit.
Satu hari nanti, bila tiba masanya, kita akan tersungkur.. tanah juga akan menjadi tempat kita bersujud.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 277 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 277 2019
4 Okt. 2019M
5 Safar 1441H

Jumaat


Satu Pilihan 
Betul juga kata Jack Ma ni ... 


Yang lebih banyak, selalunya selalunya lebih baik.
Tapi.. sebenarnya tidak.. fikirkanlah.

Jangan kita hanya berkata hidup ini adalah pilihan.
Tapi kita juga perlu tahu apa pilihan hidup kita.
dan... kadang-kadang pilihan yang paling baik adalah menerima.
Terima dan bertawakkallah.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 276 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 276 2019
3 Okt. 2019M
4 Safar 1441H

Khamis


Kenali Manusia Melalui Tingkahlakunya


Manusia mempunyai personaliti dan tingkahlakunya yang tersendiri.
Itulah yang membezakan kita.

Psychologist Says :

1) If a person laughs too much, even at stupid things, he is lonely deep inside.
2) If a person sleeps a lot, he is sad.
3) If a person speaks less, but speaks fast, he keeps secrets.
4) If someone  can't cry, he is weak.
5) If someone eats in an abnormal manner, he is in tension.
6) If someone cries on little thing, he is innocent and soft-hearted.
7) If someone becomes angry over silly or petty (small) things, it means he needs love.
Moral : Try to understand people more.

Semua itu dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti berikut :

1) Perangai atau tabiat yang wujud sejak kecil.
2) Kepintaran dan daya intelek. (pengetahuan dan ilmu)
3) Persekitaran dan sejarah atau corak pendidikan.
4) Nilai-nilai kepercayaan.
5) Corak pemikiran.
6) Corak perlakuan.
7) Emosi
8) Kesedaran dan sikap.

Fahamilah tingkahlaku sendiri dan orang di sekeliling kita.
Bentukkanlah persefahaman dalam pasukan, bukan berfahaman dalam kotak berpasukan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Rabu, 2 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 275 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 275 2019
2 Okt. 2019M
3 Safar 1441H

Rabu


Perkara yang tidak disukai, pasti terasa lama. Manakala perkara yang menyeronokkan itu terasa pendek masanya, walaupun lama.
Semuanya bertitik tolak daripada kuasa hati. Hati akan mencorakkan kecenderongan kita.
Sabar adalah cerminan hati kita yang terkawal.
Nakkan kebahagian, kuncinya adalah sabar dan tidak putus asa. Janganlah meletakkan had pada sabar kita kerana sabar dalam bersabar adalah anugerah Allah SWT.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Selasa, 1 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-265 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-265 2018
21 Sept. 2018
11 Muharram 1440H
Jumaat


*KISAH SI BENGGALI KERETA LEMBU*

Sebut sahaja kereta lembu teringat kita kenderaan yang cukup popular di zaman tahun 60 an. Sampai ada lagu " kereta lembu " bergerak sejam sebatu . Kereta lembu ini biasanya digunakan oleh kaum benggali pengembala lembu yang menjadi kenderaan bagi mengangkut rumput untuk makanan lembu dan mengangkut najis lembu untuk dijadikan baja.

Satu hari seorang benggali dengan kereta lembunya menjalankan kerja-kerja rutin harian iaitu membawa rumput dan najis lembu ulang alik dari kandang lembu ke padang ragut.  Perjalanan yang menghubungkan kandang lembu itu dengan padang ragut melalui satu jambatan sempit yang merentangi sebuah anak sungai.  Jambatan tersebut hanya muat dilalui oleh kereta atau kereta lembu sehala sahaja tanpa boleh berselisih secara serentak.

Pada suatu hari dalam perjalanan ke tempat kerja harian, kereta lembu si benggali tadi bertembung dengan sebuah kereta mini betul-betul di tengah jambatan. Pemandu kereta itu dengan lagak sombong turun dari kereta dan terus marah-marah serta menyuruh si benggali itu mengundurkan kereta lembunya.  Dengan nada bersahaja dan selamba si benggali tadi bersuara,

Encik-Encik!
*"  dunia punya dalam...lembu kereta...undur tarak...."*

Maksud si benggali itu di dalam dunia realiti, kereta lembu mana boleh berundur.Kereta boleh le ada gear undur.Kereta lembu mana ada gear.

Akhirnya pemandu kereta itu tersipu-sipu malu dan beralah dengan mengundurkan keretanya. Selepas kereta lembu melepasi jambatan barulah kereta mini tadi dapat meneruskan perjalanan.

Pengajaran di sini adalah  kadang-kadang kita hilang norma dan pertimbangan apabila berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita bertolak ansur tanpa memandang rendah terhadap orang lain..

*Allahyarham P.Ramli*  dalam filemnya telah menggunakan ungkapan atau dialog yang cukup halus dan bersopan merentasi zaman  masa kini iaitu;

*" DALAM MASARAKAT BINATANG TIDAK ADA MANUSIA....."*
*AKAN TETAPI..*
*" DALAM MASYARAKAT MANUSIA ADA BANYAK BINATANG "*


Sama-sama kita renung dan fikirkan... 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-264 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-264 2018
20 Sept. 2018
10 Muharram 1440H
Khamis


kisah BANGAU

Analogi Membangau
– Bangau oh Bangau (salahkan orang lain)

Bangau oh Bangau
Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak timbul-timbul
Ikan tak timbul-timbul

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu api basah

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku

Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku
Memang makanan aku

Pengajarannya…sikap sebahagian besar masyarakat hari ini suka menyalahkan orang lain walaupun punca isu adalah daripada diri sendiri..
- Tegur rakan sebelah….Assalamu alaikum ..Apa Khabar?
- Pesan kepadanya ** JANGAN MEMBANGAUKAN ORANG YA** DAH-DAH LA TU **
- Begitu juga rakan tadi memesan perkara yang sama kpd anda. ** JANGAN MEMBANGAUKAN ORANG YA** DAH-DAH LA TU **


ALLAHU AKBAR..Moga bermanfaat.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-263 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-263 2018
19 Sept. 2018
9 Muharram 1440H
Rabu


Kaedah menarik@membina inergi dalam diri :
- Gosok Ke dua tapak tangan.
- Baca Bismillahirrahmanirrahim.
- Selawat ke hadrat Nabi  x 3
- Tadah tangan mengadap ke muka… Pandang pada tapak tangan
- Bayangkan tapak tangan umpama cermin muka.. tilik dan cermin wajah masing-masing sambil menarik nafas dan lepaskan nafas..(bayangkan anda lepaskan semua perkara yg sedang membelenggu fikiran anda) AlHamdulillah.
- Gosok tapak tangan buat kali yang kedua sehingga rasa bahangnya…
- Raupkan pada wajah sambil berdoa :
  * Ya Allah jadikanlah wajah aku baik di dunia dan baik di akhirat
  * Ya Allah, jauhilah aku drpd sifat bermuka-muka yg penuh dengan hipokrit.
  * Ya Allah, kekalkan aku dalam keikhlasan dan keabdian kepadaMu Ya Allah.
  * Iyyaka Nakbudu Wa Iyyaka Nasta’in.
- Ambil masa tegur rakan sebelah dan pesan kepadanya 
** JANGAN BERMUKA-MUKA YA **.

- Begitu juga rakan tadi memesan perkara yang sama kpd anda. ** JANGAN BERMUKA-MUKA YA **.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

JOM SERTAI CHANNEL 1TP1H : https://t.me/titikpositif