* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 19 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 292 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 292 2019
19 Okt. 2019M
20 Safar 1441H

Sabtu

Kita tidak akan ke mana-mana sekiranya mengambil hati atas reaksi orang di sekeliling kita.

Ingatlah.. segelintir tidak menggambarkan semua. Jangan sampai yang sekelumit itu menghapuskan yang lain.

Hampir setiap orang pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Seperti sifat sedih dan gembira, rasa sakit hati ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia. 
Manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan. Faktornya juga bermacam-macam. Daripada yang kecil hinggalah masalah besar. 
Mungkin bermula daripada perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. 
Emosi yang terganggu akhirnya akan melahirkan salah sangka. Salah sangka ini akan terus meningkat dan terus meningkat.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

1. Muhasabah diri sebelum kita menyalahkan orang lain.


Seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata rakan kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa rakan kita bersikap demikian. Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.

2. Menjauhkan diri daripada sifat iri hati dan dengki.

Syaitan akan memasuki hati manusia melalui pintu angan-angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicita-citakan. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini. Manusia juga tidak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang


3. Menjauhkan diri daripada sifat amarah dan keras hati. 

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Syaitan pun berleluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia. 
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

4. Memupuk sifat pemaaf.


“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199. 

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, hati akan lebih terasa lapang.

5. Husnuzon (Berprasangka Baik). 

Adakalanya seorang manusia berburuk sangka terhadap orang lain sehingga memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik. Ubahlah kecenderongan hanya kepada kebaikan.

6. Ikhlaskan diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 18 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 291 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 291 2019
18 Okt. 2019M
19 Safar 1441H

Jumaat

Semua orang pernah jadi jahat sebelum jadi baik, tapi itulah adalah lebih baik daripada pernah jadi baik tapi kemudian jadi jahat.
(La Tahzan)

Orang yang jahat boleh berubah jadi baik. Begitu juga sebaliknya.
Jangan pernah bosan menjadi baik.
Jangan sekali-kali jadi jahat sesudah jadi baik.

Sejahat manapun kita, tetap ada temannya. Tapi jangan jadikan alasan untuk terus menjadi jahat kerana ramai teman dalam jahat.

Sebaik manapun kita, tetap ada musuhnya. Tapi jangan jadikan ia alasan untuk tidak menjadi baik.

INGATLAH... INGATLAH.. 

SESEBUAH JEMAAH@ORGANISASI BOLEH RUNTUH BUKAN KERANA RAMAINYA ORANG JAHAT, TAPI KERANA DIAMNYA ORANG-ORANG YANG BAIK.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 290 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 290 2019
17 Okt. 2019M
18 Safar 1441H

Khamis

Kita boleh beli jam yang mahal, tetapi kita tidak boleh membeli masa.
Jagalah masa.

Kita boleh beli ubat yang bagus, tetapi kita tidak boleh beli nikmat kesihatan.
Jagalah kesihatan.

Kita boleh beli katil dan tilam empuk, tapi kita tidak boleh beli tidur yang lena.
Lenakan tidur dengan memaafkan dan memohon ampun.

Kita boleh kumpul harta yang banyak, tetapi kita tidak boleh beli kebahagiaan.
Binalah dan jagalah kebahagiaan.

Semua itu bergantung kepada hubungan kita dengan Allah SWT... jagalah hubungan tersebut.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 289 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 289 2019
16 Okt. 2019M
17 Safar 1441H

Rabu

" Ramai orang yang sibuk memikirkan hidup yang senang. Tetapi mereka lupa memikirkan cara mati yang mudah.

Dunia ini bukanlah tempat untuk tinggal, tetapi tempat untuk meninggal. "
(Hasan Al-Banna)

Dunia ini tidak kekal, tapi hanya bersifat sementara.
Dunia hanya transit persediaan kehidupan yang sebenar selepas mati.
Dunia akan hancur, yang tinggal hanyalah amal kita.
Namun amal di dunialah yang mencorakkan kehidupan di akhirat.
Binalah kehidupan yang bermakna di dunia dan bernikmat di akhirat.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Selasa, 15 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-295 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-295 2018
21 Okt. 2018M
11 Safar 1440H

Ahad

Kehidupan kita ditakdirkan dalam keadaan yang berbeza.
Berbezanya kehidupan adalah mengikut pilihan Allah.
Pilihan Allah selalunya tepat walaupun kita memandangnya dengan persepsi yang sebaliknya.

Jangan minta untuk hidup yang mudah, tetapi mintalah hati yang tabah untuk menghadapinya.

Fitrahnya kehidupan, ada ujiannya. Mintalah hati yang tenang, tidak mengalah.
Laluilah kehidupan dengan hati yang lembut.
Fokuslah kepada tanggungjawab, bukan hanya menuntut.
Dampingilah orang yang positif.
Jadikanlah sekarang masa paling gembira.
Carilah jalan untuk mengatasi stres.
Jangan terlalu serius.

Binalah kehidupan yang sederhana.
Jangan campuri masalah hidup orang lain.
Elakkan fitnah sana sini dan mencari keburukan orang lain.
Bergayalah sesuai dengan kemampuan kita.
Nikmatilah hidup yang bersyukur.
Jangan dengar kata buruk orang lain.
Carilah kebaikan.. demi kebaikan.
 
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 288 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 288 2019
15 Okt. 2019M
16 Safar 1441H

Selasa

Ilmuan pernah beritahu bahawa malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang di dunia ini. 

Satu ketika nanti, sifat malu makin berkurangan dalam diri manusia.
Keburukan dan kemaksiatan bebas berlaku secara terang-terangan.
Manusia tidak lagi malu untuk melakukan dosa, sebaliknya malu untuk melakukan kebaikan.
Manusia tidak lagi beramanah, namun hanya memikirkan diri sendiri.
Mereka hanya memikirkan untuk diri sendiri dan tiada lagi untuk organisasi atau orang di sekitarnya. 

Oleh itu, mohonlah kepada Allah SWT untuk kekalkan kedua-duanya.


#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Isnin, 14 Oktober 2019

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2019

Reaksi :  

Carta Organisasi JPN Johor 2019

Reaksi :  


TITIK POSITIF HARI 287 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 287 2019
14 Okt. 2019M
15 Safar 1441H

Isnin


Jika kita merasakan bahawa ujian sebesar kapal, ingatlah rahmat Allah SWT itu seluas lautan.
Setiap orang ada sejarahnya yang tersendiri. Ada yang baik, dan ada yang buruk.
Carilah rahmat Allah dengan perubahan yang baik.
Allah padam semua yang buruk dan kekalkan atau datangkan yang baik-baik.
Itulah kasih sayang dan rahmatNya.

Jahat kepada baik itu hijrah.
Baik kepada jahat itu musibah.

Musibah yang menyedarkan kita.
Kembali taat adalah nikmat.

Nikmat melalaikan,
Kembali berdosa adalah musibah.

Penghijrahan tidak perlu menjadi lebih baik daripada orang lain.
Cukuplah menjadi lebih baik daripada diri kita yang semalam.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Ahad, 13 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 286 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 286 2019
13 Okt. 2019M
14 Safar 1441H

Ahad


Komunikasi Tersasar
Kerbau-Anjing-Kucing-Kambing-Ayam-Monyet-BOS

1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang: "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari..."

2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok: "Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing: "Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"

4. Kambing berjumpa Ayam: "Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."

5. Ayam bercerita kepada Monyet: "Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos: "Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!

Seekor KERBAU YANG BAIK mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata...


Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Kredit untuk sahabat.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif