* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 26 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-299 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-299 2018
25 Okt. 2018M
15 Safar 1440H

Khamis

Mencari salah dan aib orang lain, hanya untuk memuaskan hati sendiri, itu petanda hati kita telah rosak.
Orang yang bijak ialah mereka lebih risaukan dosa-dosa mereka daripada sibuk mencari salah orang lain.

Cuba ambil dua helai kertas kosong.
Tulislah semua keburukan orang lain di sekeliling kita pada satu helai kertas.
Manakala pada satu helai kertas lagi, tulislah keburukan sendiri.
Buatlah perbandingan keburukan orang lain dan keburukan sendiri. 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-298 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-298 2018
24 Okt. 2018M
14 Safar 1440H

Rabu

Orang yang paling mulia adalah mereka yang bermuhasabah dengan aib sendiri.
Orang yang paling hina adalah mereka yang menguli-uli aib orang lain.

Jika sendirian, jagalah hati.
Jika di tengah orang, jagalah lisan.
Jika di jalan, jagalah mata.
Jika melihat aib orang, ingatlah aib sendiri.
 
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-297 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-297 2018
23 Okt. 2018M
13 Safar 1440H

Selasa

Kejujuran memang sangat menyakitkan. Tapi itu lebih baik daripada berbahagia kerana pembohongan atau kepura-puraan.
Orang yang jujur akan hidup dengan tenang.
Tetapi orang yang hidup suka menipu orang, akan sentiasa gelisah.
 
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 299 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 299 2019
26 Okt. 2019M
27 Safar 1441H

Sabtu

TOLAK ANSUR
BUKAN MENOLAK SECARA BERANSUR-ANSUR

Bertolak ansur mengajar kita mengenalpasti situasi dan mengambil tindakan yang sejahtera dan harmoni.

Tidak hanya mementingkan atau menguntungkan satu pihak sahaja adalah asas utama dalam tolak ansur. Sikap tidak terlalu mengira atau berkira-kira dalam pergaulan atau menguruskan organisasi akan menjadikan kita lebih sejahtera dan bertoleransi.

Sanggup mengorbankan sebahagian daripada keperluan dan kepentingan tertentu supaya kedua-dua pihak berada dalam keadaan seimbang. Masing-masing berada dalam situasi " aku menang dan rugi dan anda juga menang dan rugi ".

Amalan ini akan dapat menyelesaikan konflik dalam sesebuah organisasi ataupun pergaulan kita.

Bertolak ansurlah dan jangan menolak secara beransur-ansur.

Sikap menolak tugasan dan peranan dengan berfikiran kolonialisma melebihi penerimaan akan hanya membebankan sesebuah organisasi. Ini sekaligus akan merosakkan budaya sepasukan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 25 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 298 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 298 2019
25 Okt. 2019M
26 Safar 1441H

Jumaat

KERAS HATI


Hati dan jiwa yang tandus akan menjadikan kita merasa susah hati, gelisah dan tidak tenang. Semua itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Carilah masa untuk menggapai rahmat Allah SWT.

"Ketahui sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging maka jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosaklah jua keseluruhan jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


“Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baiklah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruklah pula tenteranya”.
(Abu Hurairah RA)

Tanda Keras Hati :


1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

2) Tidak kagum atau gerun dengan Al-Quran.
3) Berlebihan mencintai dunia.
4) Mengagungkan makhluk melebihi Yang Maha Pencipta.
5) Tidak mengambil pengajaran daripada sejarah dan persekitaran yang berlaku.
6) Merasakan diri lebih baik secara berterusan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Khamis, 24 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 297 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 297 2019
24 Okt. 2019M
25 Safar 1441H

Khamis

Six Practices Of Integrity


1) Think before we act.

2) Never commit to anything where we lack passion.
3) Keep our word.
4) Always treat others with respect.
5) Tell the truth.
6) Always favor action.

BERTINDAK SEALIM KATA ADALAH INTEGRITI ILMU YANG PALING BESAR.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 296 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 296 2019
23 Okt. 2019M
24 Safar 1441H

Rabu


Kita mungkin merasakan diri kita kuat.
Kita mungkin ego dengan kelebihan yang kita ada.
Tetapi seketika kita perlukan seseorang ... seseorang yang akan memeluk kita dan beritahu " Semuanya akan baik-baik saja. "
" Bersabarlah. Allah SWT melindungi anda."

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Selasa, 22 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 295 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 295 2019
22 Okt. 2019M
23 Safar 1441H

Selasa

Orang yang sombong ialah apabila ditegur, dia marah.

Sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Orang yang sombong akan sentiasa nampak diri lebih daripada orang lain.
Orang yang sombong akan melihat orang lain dengan pandangan hina.
Jauhilah sikap sombong kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana.
Sombong hanya akan lahir daripada hati yang mati.

26 Sifat sombong yang kita sering amalkan tanpa kita sedari...

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.

Sabda Rasulullah SAW, 

وَلَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَحَدٌ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرِيَاءَ

"Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi."
(Hadith Riwayat Muslim)

Jangan kita menjadi orang yang sombong lagi membangga diri...

Firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ مَن كَانَ مُخۡتَالࣰا فَخُورًا

"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri".
(An-Nisa': 36)

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Isnin, 21 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI KE-296 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-296 2018
22 Okt. 2018M
12 Safar 1440H

Isnin

Kejahatan yang membuatkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang membuatkan kita takabbur@sombong.
Bermuhasabah dan bertaubatlah.
Jadilah orang yang lebih baik dan lebih baik saban hari.

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi sekalipun.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan kasut yang cantik?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.“ (HR. Muslim )
 
#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 294 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 294 2019
21 Okt. 2019M
22 Safar 1441H

Isnin

Sebaik manapun niat kita.

Manusia tetap menilai luaran kita.
Namun... sehebat manapun luaran kita, Allah SWT tetap menilai niat hati kita.
Manusia memandang kita melalui mata, tetapi Allah SWT menilai kita melalui hati.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Ahad, 20 Oktober 2019

TITIK POSITIF HARI 293 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 293 2019
20 Okt. 2019M
21 Safar 1441H

Ahad

Hargailah mereka yang membencimu. Kerana mereka telah banyak menghabiskan masa hanya untuk melihat kesalahanmu.


Kenapa setiap hal yang kita lakukan, selalu salah di mata orang lain?
Mungkin kerana kita terlalu mendengar apa yang orang lain katakan untuk kita.
Dengarlah dan terimalah dengan aura positif, bukan emosi yang bernegatif.
Rapatkanlah jurang itu dengan kerelaan dan pengajaran.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif