* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 2 November 2019

CUTI KHAS PERISTIWA SEMPENA KEJAYAAN PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) MENJUARAI PIALA MALAYSIA 2019

Reaksi :  
Image may contain: text
Assalamualaikum.


Saya ingin maklumkan Kenyataan Akhbar oleh YB Dato' SUK di atas adalah sahih. Esok diisytiharkan cuti seperti kandungan kenyataan akhbar berkenaan. Tk.

Pengarah Pendidikan Johor.
2 Nov 2019
11.30 pm


PEMBERITAHUAN SERTA MERTA :

up Semua PGB Daerah Mersing
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

CUTI KHAS PERISTIWA SEMPENA KEJAYAAN PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) MENJUARAI PIALA MALAYSIA 2019 

Kenyataan Akhbar Yang Berhormat Dato' Haji Azmi bin Rohani, SUK Johor berkaitan perkara di atas adalah dirujuk. Pengesahan Pengarah Pendidikan Negeri Johor juga adalah berkaitan.

Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 3 November 2019, sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2019.  

Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama Negeri Johor Darul Ta’zim. 

Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369]. 

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
2 Nov. 2019
Sabtu
11.32 mlm

#CutiKhasPeristiwa

TITIK POSITIF HARI KE-330 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-330 2018
25 Nov. 2018M
17 Rabiul Awwal 1440H

Ahad

Jangan menghina orang lain kerana di mata kita dia hina...

tetapi pada pandangan Allah SWT, dia mungkin lebih mulia daripada kita.
Kadang-kala kita menarafkan diri kita terlalu tinggi dengan ukuran sendiri yang terhad.
Pandanglah orang lain. jangan sampai menghina. Entah-entah kita lebih hina.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-329 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-329 2018
24 Nov. 2018M
16 Rabiul Awwal 1440H

Sabtu

TERUS BERSAHABAT
Jika hari ini kita terlalu gembira, sedarkanlah dengan amaran-amarannya.

Jika kita bersedih tanpa kata, pujuklah dengan tarbiah Sang Pencipta.
Jika kita lemah tak berdaya, ingatkanlah dengan kehebatan syurga.
Jika di antara kita ada tembok pemisah, ajaklah untuk meleraikannya dengan segera.
Jika pernah hati kita terluka, luahkanlah semua agar kita dapat berubah.
Jika kekurangan kita melebihi kebaikan, maafkanlah, tegurlah...
Kita ingin terus bersahabat.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-328 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-328 2018
23 Nov. 2018M
15 Rabiul Awwal 1440H

Jumaat

JANGAN PERSOALKAN KENAPA KITA DIUJI

Kadang-kadang kita terpengaruh dengan emosi sehingga mempersoalkan itu dan ini.. atau lebih teruk sehingga berani seolah-olah ingin mengambil alih kerja Yang Maha Esa.
Kita diuji kerana sememangnya taraf kita yang bergelar hamba ini, layak diuji.


#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-327 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-327 2018
22 Nov. 2018M
14 Rabiul Awwal 1440H

Khamis

TERSENTAP


Kadang-kadang kita tersentap dengan kata-kata orang lain.. tapi kita tidak tahu atau tidak pernah ambil tahu mungkin ada orang tersentap dengan kata-kata kita.

Di luah mungkin salah, dipendam juga mungkin bernanah.
Jagalah hati orang lain seperti menjaga hati sendiri.
Ubatilah luka di hati. 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-326 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-326 2018
21 Nov. 2018M
13 Rabiul Awwal 1440H

Rabu


Nilai Yang Hilang

Orang yang berjaya.. sedikit masa boleh siap banyak kerja.
Tapi orang yang malang ... banyak masa, satu kerjapun tidak siap.
Tepatilah masa. Isilah masa dengan sebaiknya.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-325 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-325 2018
20 Nov. 2018M
12 Rabiul Awwal 1440H

Selasa



Seribu bintang pangkat dan jabatan... Seribu lencana penghargaan dan penghormatan... Tiada erti bila telah uzur, tulang telah rapuh, kulit dan daging telah keriput, mata telah rabun dan telinga telah tuli.. janganlah lalai ... 
Semua itu cuma pinjaman daripada Allah... DihadapanNya kita semua sama.. yang membedakan cuma iman dan taqwa.
Sementara kita diberi peluang mengecapi semua itu, buatlah yang terbaik agar kita tidak terhutang. 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-324 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-324 2018
19 Nov. 2018M
11 Rabiul Awwal 1440H

Isnin

SULITNYA IKHLAS


Ikhlas itu sulit, tapi kalau tidak ikhlas itu sakit.

Jadi lebih baik melewati kesulitan dengan sabar daripada berterusan menahan kesakitan.
Belajarlah untuk tidak mengharapkan balasan, sebaliknya menerima semua perencanaan yang telah ditakdirkan.
Tiba masanya, Allah SWT akan gantikan kesulitan dengan kebahagian.
Percayalah.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

30 Oktober 2019 - Saya telah membentangkan gerak kerja pendidikan Johor kepada semua penimpin JPN Johor dan PPD Johor dalam ucaptama sempena Mesyuarat MPPPPJ Bil. 3/2019 yang akan menjadi panduan dan arah tuju seluruh warga pendidik negeri Johor untuk mengoperasikan pendidikan dan merealisasikan agenda membangunkan anak didik selaras dengan hasrat dan aspirasi KPM dan negara kita.

PENDIDIKAN HOLISTIK
Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan










 







Lampiran :

OPMT_Pendidikan_Holistik.pdf
Pendidikan_Holistik_PPJ.pdf
WRITE_UP_Pendidikan_Holistik.pdf

TITIK POSITIF HARI 306 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 306 2019
2 Nov. 2019M
5 Rabiul Awwal 1441H

Sabtu

KENAPA MAHABBAH?

Mahabbah bermaksud pengorbanan, perjuangan, taqwa, keadilan, kejujuran, amanah dan bertanggungjawab. Mahabbah terdapat dalam jiwa setiap manusia, tidak terkecuali sama ada seseorang itu muslim, bukan muslim, baik ataupun jahat sekalipun. Mahabbah meliputi antara manusia sesama manusia, dengan makhluk yang lain dan juga terhadap Allah SWT yang merupakan Pencipta seluruh alam.


Sheikh Mohammad Nuruddin Al Banjari mengibaratkan mahabbah itu sebagai permata yang sangat berharga, dan sudah pasti kita tidak sekali-kali akan meletakkan permata yang dimiliki pada tempat yang tidak sepatutnya atau mengorbankannya pada perkara yang sia-sia. Contohnya, meletakkan mahabbah kepada benda yang disayangi seperti kereta, perhiasan, rumah dan sebagainya yang dibimbangi boleh menghalang kita daripada melakukan kewajipan, malah membawa pula kita kepada kemungkaran.


#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-323 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-323 2018
18 Nov. 2018M
10 Rabiul Awwal 1440H

Ahad

Orang bijak akan menemui kebijaksanaannya melalui kerasnya kehidupan.

Cabaran hidup akan mematangkan seseorang untuk menjadi lebih bijak.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-322 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-322 2018
17 Nov. 2018M
9 Rabiul Awwal 1440H

Sabtu

ORANG BOLEH BERCAKAP APA SAHAJA TENTANG KITA

Orang boleh cakap apa sahaja tentang kita. 

Kita tak buat apa-apapun, orang masih boleh bercakap tentang kita.

Pedulikan cakap orang. Buat perkara yang betul kita nak buat.

Jangan biarkan cakap orang sekeliling menghalang kita daripada melakukan apa yang kamu nak buat,

Kenapa setiap hal yang kita lakukan selalu salah di mata orang lain?
Mungkin kerana kita terlalu mendengar apa orang cakap tentang kita.

Jalanlah terus untuk kebenaran.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-321 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-321 2018
16 Nov. 2018M
8 Rabiul Awwal 1440H

Jumaat

MENGURUS KARENAH


Kadang kala kita rasa penat kerana banyak mengurus karenah sehingga mengganggu dan keliru apa sebenarnya yang kita nak uruskan.

Adakah kita banyak menghabiskan masa untuk menguruskan karenah atau membuat perkara yang sepatutnya. Konflik keutamaan ini menjadi penghalang untuk kita terus maju ke depan.
Utamakan yang utama.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 1 November 2019

TITIK POSITIF HARI KE-320 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-320 2018
15 Nov. 2018M
7 Rabiul Awwal 1440H

Khamis


Bukan sesuatu yang mudah untuk merobohkan keegoaan diri. Apatah lagi ianya telah bersarang sejak sekian lama dengan kepercayaan diri yang begitu tinggi terhadap sesuatu yang diyakini.
Sedarilah bahawa kelebihan, bukan milik seorang bahkan boleh dimilik oleh semua orang.

Hargailah perbezaan.  Tidak perlu pening-peningkan kepala. Kita raikan sahaja apa juga perbezaan. 

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-319 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-319 2018
14 Nov. 2018M
6 Rabiul Awwal 1440H

Rabu


KISAH SEGELAS AIR SUSU

Kakak..Saya nak segelas air kosong..boleh..?

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia ingin meminta segelas air daripada sebuah rumah yang berdekatan.

“Kakak, saya nak segelas air kosong...boleh?"

Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.
“Tak perlu bayar.”
“Tetapi saya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan
"AL-HAMDULILAH" dan "TERIMA KASIH"

“Okey, AL-HAMDULILAH. Terima kasih kakak”

Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.

Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.

Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan "Segelas Susu, Alhamdulillah dan Terima Kasih"  – Dr. Muhammad.”

Pengajaran : Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.

Orang yang menangis, tidak selamanya dia akan menangis. Akan ada waktu, tangisannya itu Allah ganti dengan bahagia.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-318 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-318 2018
13 Nov. 2018M
5 Rabiul Awwal 1440H

Selasa

BUSY BUT NOTHING

Bahayanya manusia jenis macam ni.. "Busy But Nothing" perlu hati-hati.
Begitu juga orang yang "lebih lajak dari laju" dan mereka "Lebih kuah dari Sudu".
Sikap berhati-hati dan tabayyun penting dalam memperkukuhkan pergaulan dan memperkuatkan organisasi.

Isilah diri dengan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-317 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-317 2018
12 Nov. 2018M
4 Rabiul Awwal 1440H
Isnin


THIS TOO, WILL PASS

Seorang raja meminta tukang emasnya yg sudah tua untuk menuliskan sesuatu di cincinnya.

Raja itu berpesan, "Tuliskanlah sesuatu kepada beta yang dapat kamu simpulkan daripada seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu, supaya beta pun boleh mengambil pengajaran daripadanya".

Berbulan-bulan si tukang emas yang tua itu membuat cincin yang dikehendaki sang raja, tetapi yang sulitnya adalah apa yang patut ditulis pada cincin emas yang kecil itu.

Akhirnya setelah lama berfikir panjang, si tukang emas itu pun menyerahkan cincinnya pada sang raja.

Dengan tersenyum, sang raja membaca tulisan kecil di cincin itu.

Bunyinya, "THIS TOO, WILL PASS" (DAN YANG INIPUN AKAN BERLALU).

Awalnya sang raja tidak terlalu mengerti dengan apa yang tertulis di cincin itu.
Satu hari, tatkala sang raja sedang gundah menghadapi masalah yang berat, dia membaca tulisan di cincin itu dan dia menjadi kembali tenang,

“Dan inipun akan berlalu.”

Dan tatkala sang raja sedang gembira bersenang-senang dan memperoleh berbagai nikmat, dia secara tak sengaja membaca tulisan di cincin itu, segera dia menjadi rendah hati kembali kerana dia mengerti nikmat yang dikecap itu tidak akan kekal lama.

Benar.......

Ketika kita punya masalah besar atau sedang dalam keadaan terlalu gembira, ingatlah kalimat ini, "Dan ini pun akan berlalu."

Kalimat ini, kalau direnungkan dengan dalam akan menghantarkan kita pada keseimbangan hidup yang kita kecapi sekarang.

Tiada satupun yang kekal.

Jadi, ketika kita punya masalah, jangan terlalu bersedih.
Dan ketika kita dalam kesenangan, nikmatilah ia dengan sederhana.

Ingatlah....  Apapun yg kita hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif


TITIK POSITIF HARI KE-316 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-316 2018
11 Nov. 2018M
3 Rabiul Awwal 1440H
Ahad

Optimislah saat segala urusan terasa sulit, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan"


Ketika kita meyakini bahawa setelah kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kita telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.

Letakkan sedikit perasaan pada akal agar ia lembut dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-315 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-315 2018
10 Nov. 2018M
2 Rabiul Awwal 1440H
Sabtu

Adalah hal biasa jika kita melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka kita boleh berada di hati dunia tapi jangan kita tempatkan dunia di dalam hatimu.                               


Jika kita pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kita sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kita kira akan memilikinya

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-314 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-314 2018
9 Nov. 2018M
1 Rabiul Awwal 1440H
Jumaat

Jangan anggap diamnya seseorang itu sebagai satu kesombongannya.

Mungkin dia sedang sibuk berlawan dengan dirinya sendiri dalam diamnya.

Mungkin kita terlalu memikirkan perkara yang berlebihan yang tidak sepatutnya.
Fikirkan positifnya di celah tanggapan yang negatif.
Ada cerita di sebalik watak setiap orang untuk menjadi baik.

Kadang-kadang.. pendiam lebih banyak perkara hendak diluahkan, cuma dia lebih berhati-hati dengan siapa dia boleh buka cerita.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI KE-313 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-313 2018
8 Nov. 2018M
29 Safar 1440H
Khamis

Seburuk apa pun penilaian orang terhadap diri kita.. janganlah kita hiraukan, kerana sesungguhnya hidup bukan untuk mendapatkan pujian orang, namun mengharapkan redha Allah...  itulah satu keutamaan.

Jika ada yang menilai kita buruk, maka senyumlah dan lupakan perkataan penilaiannya itu.
Jika ada yang memandang kita hina, maka biarkanlah kerana sesungguhnya kita indah hanya di mata Sang Pencipta sahaja.

Hidup kita bukan untuk dapatkan tentang mereka atau bagaimana mendapatkan berjuta pujian dari makhluk, tetapi tujuan hidup kita adalah tentang bagaimana Allah redha atas apa yang kita lakukan.

Biarkan saja orang berkata tentang buruk kita, kerana mereka hanya melihat tanpa mengetahui tentang kita sebenarnya.

Biarkan saja orang memandang rendah terhadap kita, kerana pandangan mereka tidak bermakna kita rendah disisi Allah.

Ingatlah.. bahawa semakin besar pohon itu maka akan semakin kuat angin yang akan cuba menerpanya dan menggoncangnya..

Belajarlah daripada sebuah pohon.. sekuat apapun angin menerpa dia tak pernah membencinya, maka macam itulah kita.. ... seburuk apapun penilaian orang terhadap kita, maka semakin sayanglah kita padanya.

Teruslah berjalan kepada Allah dengan penuh harapan, walau dengan segala kekurangan dan kelemahan. Sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Carilah persahabatan yang boleh mengubah diri dari keburukan kepada kebaikan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif