* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 16 November 2019

TITIK POSITIF HARI 320 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 320 2019
16 Nov. 2019M
19 Rabi'ul Awwal 1441H

Sabtu

Ajar lidah untuk tidak memaki.
Ajar lidah untuk bercakap benar.
Ajar jari untuk menulis perkara yang benar.
Ajar mata untuk melihat perkara yang baik.
Ajar telinga untuk mendengar yang baik.
Ajar mulut untuk menutur perkara yang baik.
Ajar tangan untuk tidak memukul
Ajar anggota untuk melakukan perkara yang baik.
Ajar nafsu untuk tidak berdendam.
Ajar hati untuk bersangka baik dan menghayati kebenaran.
Moga kita baik-baik saja.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 15 November 2019

TITIK POSITIF HARI 319 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 319 2019
15 Nov. 2019M
18 Rabi'ul Awwal 1441H

Jumaat

Sombong Terhadap Makhluk

Sikap meremehkan dan merendahkan orang lain adalah satu kesombongan. Ia muncul kerana seseorang bangga dengan dirinya sendiri dan menganggap dirinya lebih mulia daripada orang lain. Kebanggaaan terhadap diri sendiri membawanya kepada sombong terhadap orang lain, meremehkan dan menghina mereka, serta merendahkan mereka baik dengan perbuatan mahupun perkataan. 


Rasulullah saw bersabda,


بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ


“Cukuplah seseorang dikatakan berbuat jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim” (H.R. Muslim )


#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Khamis, 14 November 2019

TITIK POSITIF HARI 318 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 318 2019
14 Nov. 2019M
17 Rabi'ul Awwal 1441H

Khamis

Kita seperti hari-hari yang berlalu, .. bila ianya berlalu, maka akan berlalulah satu hari kehidupan kita.
Setiap kali berlalunya satu hari, maka berkuranganlah satu hari umur kita.
Kita sedang menghampiri saat penamatnya satu kehidupan.
Masa yang berlalu tidak akan berulang, ia hanya akan datang balik pada hari kiamat sebagai saksi.
Bentuklah persaksian yang baik dan akan membantu kita di saat kita memerlukannya nanti.
Binalah satu kehidupan untuk kehidupan yang kekal abadi.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Rabu, 13 November 2019

TITIK POSITIF HARI 317 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 317 2019
13 Nov. 2019M
16 Rabi'ul Awwal 1441H

Rabu

Orang yang aneh adalah orang yang tidak pernah berubah.

Dua pelajaran yang boleh dihayati dalam kehidupan kita :
- Bagaimana hendak membina kehidupan?
- Bagaimana hendak hidup?

Jadikanlah kesukaran sebagai satu peluang (Optimis), bukan menjadikan peluang sebagai satu kesukaran (Pesimis).
Jalan menuju kejayaan adalah kesungguhan, kepintaran dan usaha gigih.
Bertindaklah... kerana masalah kita bukan kurang pengetahuan, tetapi kurang tindakan.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Selasa, 12 November 2019

Keputusan UPSR 2019_21 Nov. 2019

Reaksi :  


TITIK POSITIF HARI 316 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 316 2019
12 Nov. 2019M
15 Rabi'ul Awwal 1441H

Selasa

Manusia selalunya akan mencari nikmat dan menjauhi sengsara. Mencari keselesaan dan menepis kesibukan.
Nikmatilah tanggungjawab dan amanah untuk dibawa kepada kehidupan selepas mati.
Jika berkhidmat dalam organisasi adalah satu kenikmatan, dan menjauhi daripada organisasi adalah satu kesengsaraan, maka organisasi kita akan menjadi sebuah organisasi yang besar.
Kadang-kadang kita tidak perlukan teori-teori yang canggih dalam mengurus sebuah organisasi. Cukuplah sekadar kita gunakan komunikasi-komunikasi sederhana.
Organisasi adalah sekolah bagi para calon pemimpin masa depan.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Isnin, 11 November 2019

TITIK POSITIF HARI 315 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 315 2019
11 Nov. 2019M
14 Rabi'ul Awwal 1441H

Isnin


Semua posisi dalam organisasi adalah penting. Jika tidak percaya, tempatkanlah orang tak bermutu di dalamnya, maka pasti seluruh bahagian organisasi akan goncang.

Setiap organisasi memiliki budaya organisasi yang tersendiri. Keberhasilan sebuah organisasi dapat dilihat daripada budaya-budaya yang ada dan sedang dibangunkan di dalamnya.
Binalah sebuah organisasi yang membangun, bukan sebaliknya.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Ahad, 10 November 2019

TITIK POSITIF HARI 314 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 314 2019
10 Nov. 2019M
13 Rabi'ul Awwal 1441H

Ahad

Dalam sebuah organisasi, persaingan pasti selalu ada. Persaingan adalah hal yang baik jika ditempatkan pada tempatnya.

Kita tidak akan cemerlang, jika bekerja sendiri-sendiri. Bekerjasama akan membentuk sebuah organisasi yang efektif. Jika tiada nilai kerjasama dan semangat sepasukan, maka organisasi@jemaah tidak ada maknanya.

Kebersamaan dan keterlibatan semua amat penting kepada sesebuah organisasi.

#1TP1H

#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif