* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Sabtu, 23 November 2019

TITIK POSITIF HARI 327 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 327 2019
23 Nov. 2019M
26 Rabi'ul Awwal 1441H

Sabtu

Jadilah seperti cahaya, walaupun tidak tersentuh, tapi selalu menerangi.
Jadilah seperti angin, walaupun tidak nampak, namun sentiasa menyejukkan.
Jadilah sahabat sejati, walaupun tidak bersama-sama melalui kehidupan seharian, tapi sentiasa menjaga hati.
Seorang sahabat tidak akan mengata kita dari belakang, tapi dia akan menegur kita secara berdepan.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 22 November 2019

TITIK POSITIF HARI 326 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 326 2019
22 Nov. 2019M
25 Rabi'ul Awwal 1441H

Jumaat

APABILA KITA DITEGUR


Bila mana kita ditegur, jangan tanya kenapa dia tegur kita?

Jangan tanya kenapa mereka asyik tegur aku je, kenapa tidak orang lain?
Sebaliknya... tanyalah kepada diri sendiri?

APA YANG TELAH AKU BUAT?
APA MUNGKIN AKU SILAP?
APAKAH SUMBANGAN AKU KEPADA MEREKA?
APAKAH INISIATIF AKU DALAM MENGHARGAI KEPELBAGAIAN?


#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Khamis, 21 November 2019

Pencapaian UPSR 2019_MERSING

Reaksi :  

Assalam. 
Secara keseluruhan saya telah melihat keputusan UPSR yang menjadi satu komponen dalam PPSR 2019.

1. Tahniah saya ucapkan kepada semua PPD kerana Tahap Menguasai (ABCD) bagi negeri Johor telah meningkat sebanyak *2.77%.*

2.  Tahniah kepada PPD yang  telah dapat meningkatkan pencapaian Tahap Menguasai ABCD. 

3. Apa yang perlu kita lihat ialah untuk tindakan susulan bagi memastikan tahun 2020, kita dapat memaksimumkan keberhasilan dalam UPSR. Tahun 2019, *23.55% calon memperoleh sekurang-kurangnya E* dan *0.57%  memperoleh semua E.* Pola ini walaupun menunjukkan penurunan berbanding tahun 2018 tetapi ianya perlu terus diperingkatkan pada tahun 2020 supaya semua murid dapat menguasai tahap minimum dalam pencapaian  UPSR ini selain meningkatkan komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Tahniah kepada semua pegawai di sektor JPN dan PPD Johor.

Pengarah Pendidikan Johor


Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

Reaksi :  


Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid  pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna. PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran. 

Semua murid Tahun 6 boleh memperoleh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada 21 November 2019 mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing. Waris dibenarkan mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

TITIK POSITIF HARI 325 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 325 2019
21 Nov. 2019M
24 Rabi'ul Awwal 1441H

Khamis

KUNCI KEHIDUPAN


1. Tidak membenci sesiapapun walau ada yang menyalahi kita.

2. Elakkan diri daripada bersedih berlebihan.
3. Hidup dalam kesederhanaan walau serba ada.
4. Tidak putus berdoa untuk ibubaba, saudara, keluarga, guru dan orang sekeliling kita.
5. Banyakkan memberi walau kita susah.
6. Senyumlah walau hati sedang menangis.
7. Berbuat baik walau banyak musibah

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

TITIK POSITIF HARI 324 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 324 2019
20 Nov. 2019M
23 Rabi'ul Awwal 1441H

Rabu

TIDAK BERWAJAH


Hati kita tidak berwajah.

Bila kita sakit, akan nampak perubahan pada raut wajah kita.
Tapi... bila kita sakit hati, ia akan membunuh kita daripada dalam secara diam.
Oleh itu, kuasailah tujuan kita hidup.
Perbaikilah hati kerana semuanya akan bermula dan berakhir di hati.


#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Selasa, 19 November 2019

TITIK POSITIF HARI 323 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 323 2019
19 Nov. 2019M
22 Rabi'ul Awwal 1441H

Selasa


KITA MUDAH LALAI

Manusia mudah lalai kerana kecelaruan akalnya.
Manusia mudah lalai dan leka serta semakin alpa dengan kemajuan zaman ini.
Kepintaran dan kemajuan teknologi yang sepatutnya mematangkan manusia, tapi telah menghakis nilai-nilai murni, juga budi pekerti mereka.
Masih ramai yang tidak faham daripada yang faham.
Masih ramai yang kufur daripada yang bersyukur.
Masih ramai yang lalai daripada yang beringat.

Doakan setiap hari, siang dan malam secara berulang-ulang kali;

ُُاُهدِناَ اُلصّرًَطَ اُلمُستَقِيمَ، صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالّينَ.

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”.
(Al-Fatihah: 6-7)

Sebab-Sebab Hati Jadi Ghaflah (Lalai)

1. Bila gilakan dunia.
2. Hati tidak kenal Allah dengan makrifah yang sebenar, sifatNya dan asma'Nya.
3. Bergaul dengan kejahatan dan sipelakunya.
4. Cenderung hati kepada maksiat.
5. Panjang angan-angan.
6. Banyak berkata-kata yang kosong dari mengingati Allah (Zikrullah)

7. Putus hati daripada mengingati mati dan hari akhirat

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Isnin, 18 November 2019

TITIK POSITIF HARI 322 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 322 2019
18 Nov. 2019M
21 Rabi'ul Awwal 1441H

Isnin



Life becomes easier when you delete the negative people from it.
Kehidupan kita akan menjadi lebih mudah bila kita keluarkan orang-orang negatif daripadanya.

Betul ke?
Apa akan berlaku kepada mereka?
Apa tanggungjawab kita? Betulkan atau keluarkan?
Kenapa mereka hadir dalam hidup kita?
Siapa yang mengaturkan?
Apa tujuannya?
Apa hikmahnya?
Sekiranya kita mampu merubah mereka, kekalkan.
Sekiranya kita tidak mampu merubah mereka atau mereka pula yang boleh mempengaruhi kita kepada perkara negatif, jauhilah.
Binalah kekuatan diri untuk tidak sentiasa menolak, sebaliknya menerimanya untuk satu amanah.
Allah SWT datangkan mereka dalam kehidupan kita, ada sebabnya.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Ahad, 17 November 2019

TITIK POSITIF HARI 321 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 321 2019
17 Nov. 2019M
20 Rabi'ul Awwal 1441H

Ahad

TIDAK ADA LAGI YANG PERCAYA ?

JANGAN PERNAH TAKUT BERJUANG SENDIRI



Menjadi berbeza tidak selalu menjadi yang terbaik, tapi yang terbaik semestinya berbeza.
Untuk menuju sukses, kita akan melalui jalan yang sepi dan sulit. Jalan tersebut bukan untuk semua orang kerana tidak semua mampu melaluinya.

Mereka yang hanya tahu mengikuti orang lain, tidak akan pernah tahu siapa mereka sebenarnya. Hanya mereka yang mengikuti jalan mereka sendiri yang dapat menemui potensi sebenar mereka.

Mereka yang terbang sendiri, pastinya memiliki sayap yang sangat kuat.
Mereka yang berjalan sendiri memiliki kaki yang sangat kuat.
Orang biasa selalu memerlukan orang lain untuk kelangsungan hidupnya. Sedangkan orang-orang yang kuat selalu merasakan damai dalam kesendirian dan terus berkembang 

Mungkin kita tidak pernah disebut atau didendang dalam apapun.
Mungkin kita pernah merasa tidak ada lagi yang mempercayai kita.
Tidak perlu gusar... percayalah kepada diri kita sendiri. 
Terbaik buat kita ialah ketika kita menjalani kehidupan ini dengan apa yang kita inginkan.
Yakinlah kepada diri sendiri. Jadilah diri sendiri.
Percayalah kepada diri sendiri.
Jangan pernah takut bertarung sendirian kerana kita berbeza.
Tidak ada kata menyerah.

Kita tidak boleh dikalahkan.
Kita tidak boleh dihancurkan.
Kerana sakit yang membuatkan kita menjadi kuat.
Kerana perjuangan membuatkan karektor diri kita menjadi kuat.
Kerana berjuang sendiri, kita lebih menghargai orang lain lebih daripada sebelumnya.
Kerana berjuang sendiri, kita memiliki lebih banyak belas kasihan daripada sebelumnya.
Kerana rasa sakit, menjadikan kita lebih kuat.

Jangan takut berjuang dalam kegelapan kerana makin gelapnya malam, sebentar lagi cahaya akan datang menyinari kita.

Katakan kepada diri kita... SAYA BERSEDIA MENGHADAPI TENTANGAN APAPUN.
SAYA BANGGA DENGAN DIRI SAYA.
SAYA AKAN HIDUP MENJADI DIRI SAYA SENDIRI, BUKAN MENJADI ORANG LAIN.
SEGELAP APAPUN JALAN ITU, DEMI IMPIAN, JANGAN PERNAH TAKUT BERJUANG SENDIRI.

Berserahlah kepada Yang Maha Esa.

#1TP1H
#IbnM
#SiKerdil

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif