* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 30 November 2019

TITIK POSITIF HARI 334 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 334 2019
30 Nov. 2019M
3 Rabi'ul Akhir 1441H
Sabtu

Allah SWT menitipkan kelebihan di setiap kekurangan.
Menitipkan kekuatan di setiap kelemahan.
Menitipkan sukacita di setiap dukacita.
Menitipkan harapan di setiap keraguan.
Allah SWT berjanji semua itu akan indah bila tiba saat waktunya.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 29 November 2019

TITIK POSITIF HARI 333 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 333 2019
29 Nov. 2019M
2 Rabi'ul Akhir 1441H
Jumaat

POSITIFKAN JIWA

Kita sebagai manusia tidak pernah terlepas daripada emosi dan masalah jiwa. Apabila seseorang tidak dapat mengawal emosi diri dengan cermat, kehidupan sehariannya bakal dihantui perasaan yang gundah-gulana, jiwa tidak tenteram, lekas menjadi marah dan tertekan. Ini akan merosakkan rohani seseorang malah mungkin juga memberi impak negatif terhadap orang lain yang berada dalam lingkungan kitaran hidupnya.

6 cara terbaik untuk mempositifkan jiwa yang sedang resah.

1. Kembalikan hati dan bermunajat kepada Yang Maha Esa. Banyakkan berzikir dan berselawat.

2. Rangsang Saraf. Gosok keseluruhan permukaan bibir menggunakan jari telunjuk anda kerana pergerakan ini akan cepat merangsang sistem saraf parasimpatetik anda yang terletak di bawah kawasan bibir. Hasilnya, anda akan berasa lebih tenang dan lega.

3. Tulis apa sahaja yang lalu di minda. Antara sebab utama seseorang tertekan adalah kerana dipengaruhi kesibukan harian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tugasan yang banyak menggunakan otak. Cuba sediakan satu buku nota dan tempatkannya hampir dengan anda. Bila ada idea-idea baru muncul baik sesuatu yang penting untuk diingati atau idea-idea baru yang bisa digunakan untuk melengkapkan kerja, curah segalanya di atas kertas. Jika anda marah sekalipun, anda boleh tuliskan semuanya.
Sedikit-sebanyak ia akan membuatkan anda kembali tenang kerana kita bakal melupakan masalah itu, kepala jadi semakin lapang dan ketegangan jiwa semakin menurun.

4. Duduk Tegak. Kajian sains sosial membuktikan bahawa apabila seseorang duduk secara membongkok, dia lebih berisiko untuk menjadi lemah, tidak ada mood serta tidak berkeyakinan. Oleh itu setiap kali kita duduk, sila perbetulkan kedudukan punggung dan pastikan pinggang kita tegak dan selesa. Duduk dengan tegak untuk pulihkan mood dan produktiviti diri.

5. Tengok Ikan Dalam Akuarium. Melihat atau menenung ikan berenang dapat menurunkan kadar tekanan darah serta degupan jantung. Hasilnya kita akan relaks dan seronok secara positif. Selain itu.. merenung kepada ombak di pantai, aliran air, memerhati alam juga boleh memberikan ketenangan kepada kita.

6. Luangkan 1 Jam untuk aktiviti/hobi kegemaran. Seseorang yang tertekan perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya  satu jam untuk melakukan aktiviti kegemaran seperti bersenam, membaca, menonton tv, memasak atau mengemas, memandu kenderaan atau lakukan apa sahaja kerana apabila otak tidak tertumpu pada kerja, kita tidak akan ada tanggungjawab dan bila tanggungjawab tidak anda, hati anda pasti bersih dari segala perasaan negatif.

7. Berkemas. Hampir 85 peratus punca tekanan adalah disebabkan keadaan sekeliling. Cuba lihat persekitaran kita, jika ada benda yang berselerak, kemaskan dengan segera. Hal ini akan membantu diri kita menjadi lebih strategik, mudah mencari barang bahkan lebih tenang kerana tidak penyerabutkan pandangan dan otak.

8. Bermain dengan bayi atau kanak-kanak di bawah umur 4 tahun atau warga emas yang berumur 70 tahun ke atas. Terapikan minda dengan gelagat dan nasihat mereka.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Khamis, 28 November 2019

TITIK POSITIF HARI 332 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 332 2019
28 Nov. 2019M
1 Rabi'ul Akhir 1441H
Khamis



Untuk Titik Positif pada hari ini, Si Kerdil kongsikan beberapa rangkap pantun sempena persaraan pilihan Cikgu Md. Jais bin Samat, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing.
Pantun ini telah dibacakan siang tadi dalam program BICARA PROFESIONAL bersama beliau.


Pantun ASPIRASI PPD

Sudah biasa kita dengari,
Patah tumbuh hilang berganti;
Namun tak sama Tuan yang ini,
Punya visi mengorak aspirasi.

Aspirasi PPD perlu dihayati,
Warga kerja menggarap sehati;
Hormati diri dalam organisasi,
Biarlah ada serta berfungsi.

Bersongket unggu tampan bergaya,
Cikgu Jais empunya nama;
Organisasi cemerlang harapan semua,
Imej diri cerminan jiwa.

Sungguh jelita Bonda Norli,
Suri hati Tuan PPD;
Berbudi Bahasa amalan murni,
Bersama amanat bekalan kami.

Pantai Mersing memikat jiwa,
Jadi kenangan tak luput selama;
Janganlah kita membelakangkan ketua,
Agar diri berkat sentiasa.

Betik muda buat halwa,
Kelapa tua santan dirasa;
Bekerjasama amalan kita,
Ikhlas bekerja tak kira masa.

Mencipta sejarah memahat tamadun,
Mersing Hebat slogan kita;
Musyawarah bersama perlu diadun,
Menjadi amalan warga semua.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Kekeluargaan dituntut berkasih sayang,
Ketepatan masa pelengkap semua.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Sistem diikuti peraturan dipatuhi,
Menjadi inti kejayaan organisasi.

Sungguh indah bunga di taman,
Di bawah atap tepi halaman;
Masalah rumit ditimbul jangan,
Selesai berhemah menjadi amalan.

Aspirasi PPD disemat di hati,
Menjadi panduan cemerlangkan diri;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Cenderawasih burung menawan,
Terbang tinggi menggapai awan;
Terima kasih wahai Tuan,
Jasa dan budi jadi sanjungan.

Kredit untuk Cikgu Salina Awang, SISC+ PPD Mersing

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Rabu, 27 November 2019

TITIK POSITIF HARI 331 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 331 2019
27 Nov. 2019M
30 Rabi'ul Awwal 1441H
Rabu



ALLAH TAHU KAMU MAMPU


Tidak mungkin Allah SWT memberi ujian di luar batas kemampuan manusia.
Jika kita diuji oleh Allah SWT, bererti kita mampu mengatasinya.
Allah yakin dengan anda...
Kenapa anda tidak yakin dengan sendiri?

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Selasa, 26 November 2019

TITIK POSITIF HARI 330 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 330 2019
26 Nov. 2019M
29 Rabi'ul Awwal 1441H

Selasa

Jangan takut kepada perubahan.

Kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik, namun sedarilah bahawa kita akan memperolehi sesuatu yang jauh lebih baik lagi.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Isnin, 25 November 2019

TITIK POSITIF HARI 329 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 329 2019
25 Nov. 2019M
28 Rabi'ul Awwal 1441H

Isnin

KEMISKINAN NILAI


Salah satu kenikmatan yang Allah SWT cabut daripada kita ialah susahnya nak beramal dengan ilmu pengetahuan yang kita ada di kala waktu yang begitu banyak terisi dengan perkara yang menyalahi ilmu kita sendiri.
Susahnya nak berakhlak di kala waktu tidak terisi dengan amalan nilai dan sahsiah terpuji.
Susahnya nak membawa kebenaran di celah banyak waktu yang berlalu dengan perkara-perkara yang diragui atau bercampur baur antara kebenaran dan kebatilan. 

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Ahad, 24 November 2019

TITIK POSITIF HARI 328 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 328 2019
24 Nov. 2019M
27 Rabi'ul Awwal 1441H

Ahad

Lebih baik menjaga apa yang ada di tangan kita daripada mengejar apa yang ada di tangan orang lain.

Jangan melihat orang lain daripada luarnya sahaja, kerana belum tentu apa yang ada di luarnya mencerminkan isi hatinya.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif