* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 7 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 341 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 341 2019
7 Dis. 2019M
10 Rabi'ul Akhir 1441H

Sabtu


Memaafkan Dan Membiarkannya Pergi. 

Memerangi kejahatan dengan kejahatan tidak akan membantu siapapun.
Memerangi kekerasan dengan kekerasan juga tidak akan membuahkan hasil yang berkesan
Kita selalunya memiliki pilihan bagaimana untuk bereaksi terhadap sesuatu. Ketika kita berfikir dalam kebiasaan, luangkan masa untuk berfikir di luar kebiasaan tersebut.
Cubalah hadapi kekerasan dengan kelembutan.
Cubalah hadapi kejahatan dengan kebaikan.

Kita sedar bahawa mengampuni dan melepaskan masa lalu akan membebaskan kita daripada belenggu atau himpitan perasaan. Keluarlah daripada belenggu dan belitan perasaan yang memperlahankan perjalanan hidup kita.

Menghabiskan waktu hanya dengan ingatan atau andaian negatif, tidak akan membantu kita mempelajari sesuatu daripada pengalaman hidup.
Kita akan lebih menderita dan ditinggalkan peluang yang datang hanya sekali.

Jika kita tidak memaafkan, maka kita membiarkan masa lalu atau orang lain mengawal perasaan kita. Sebaliknya.. dengan memaafkan, kita dapat melepaskan diri daripada belenggu tersebut. Kemudian kita dapat fokus sepenuhnya kepada perencanaan hidup berikutnya. 

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 6 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 340 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 340 2019
6 Dis. 2019M
9 Rabi'ul Akhir 1441H

Jumaat

Tanpa Tindakan, Kita Tidak Akan Ke Manapun 

“Satu tindakan lebih berharga daripada sepuluh khutbah/bicara” 


Untuk tidak berbuat apa-apa dan berbual kosong amat mudah dilakukan.

Namun untuk bertindak terasa amat susah dan payah.
Kita mungkin cenderung hanya untuk berbicara atau membaca atau belajar tanpa henti sehingga kita merasakan telah maju ke depan. Tapi sebenarnya kemajuan yang kita rasa tersebut hanya tinggal angan-angan sekiranya tiada tindakan dibuat.

Jadi, untuk benar-benar mendapatkan apa yang diinginkan, cubalah memahami diri sendiri dan dunia kita. Kebanyakan buku-buku hanya boleh membawa kita kepada pengetahuan semata-mata. Kita harus bertindak dan menterjemahkan pengetahuan tersebut menjadi hasil yang boleh dikecapi. 



#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Khamis, 5 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 339 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 339 2019
5 Dis. 2019M
8 Rabi'ul Akhir 1441H
Khamis


Pilihlah sahabat yang jika kita meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi.
Jika kita diam, dia mula menyapamu dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa diri kita, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkan. 


Bersahabatlah dengan orang yang boleh mendidik dan memandu kita menjadi lebih baik.
Bersahabatlah untuk kekal bersahabat ke Jannah.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Rabu, 4 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 338 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 338 2019
4 Dis. 2019M
7 Rabi'ul Akhir 1441H
Rabu

Burung-burung keluar pagi, balik petang mencari rezeki.
Tawakkal mereka kepada Allah SWT amat tinggi.

Kita tidak pernah dengar ada burung yang menyimpan ulat hari ini untuk dimakan minggu hadapan.
Percayalah bahawa rezeki telah Allah SWT tetapkan untuk kita setiap hari.
Kenapa kita tidak setawakkal itu?

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Selasa, 3 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 337 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 337 2019
3 Dis. 2019M
6 Rabi'ul Akhir 1441H
Selasa

Nak berjaya dalam sesuatu perkara atau pekerjaan, biarlah kita jadi seperti itik.
Di permukaan nampak tenang, walaupun kaki letih mengayuh.

Jika tidak boleh terbang, maka berlarilah.
Jika tidak boleh berlari, maka berjalanlah.
Jika tidak boleh berjalan, maka merangkaklah.
Apa yang perlu kita lakukan ialah terus bergerak.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Isnin, 2 Disember 2019

Iklan Kekosongan Jawatan di PPD Mersing

Reaksi :  


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN : 

1) PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM.

2) PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

SYARAT KHUSUS

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM yang berada di Gred DG44 Hakiki atau DG44 /DG48 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dan sedang memegang jawatan Guru Besar, Guru Akademik Biasa, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran di mana-mana Sekolah Rendah dan Menengah daerah Mersing.

SYARAT UMUM

1.  Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3 tahun) di jawatan pentadbiran (secara hakiki) sehingga 31 Disember 2019;

2.  Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5 tahun) tempoh perkhidmatan sebelum tarikh bersara wajib mulai 02 Januari 2020;

3.  Memperoleh markah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 90% ke atas bagi tahun 2016, 2017 dan 2018;

4.  BEBAS daripada TINDAKAN TATATERTIB dan LULUS tapisan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM);

5.  Telah mengiystiharkan harta (tempoh lulus harta tidak melebihi lima (5) tahun);

6.  BEBAS daripada Senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;

7.  Bersedia berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Mersing; dan

8.  DIPERAKU oleh Ketua Jabatan

PERMOHONAN

Permohonan jawatan seperti di atas boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disertakan.  Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut;
      
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH 
PEJABAT PENDIDIKAN DERAH MERSING
KM2, JALAN JEMALUANG
86800 MERSING, JOHOR
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA)

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 08 DISEMBER 2019.

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
1 Disember 2019

Lampiran :
Surat_Iklan_Kekosongan_Jawatan.pdf
Iklan_Kekosongan_Jawatan_Di_PPD_Mersing.pdf
BORANG_PERMOHONAN_JAWATAN_PPP_GRED_LAMPIRAN_A.docx
BORANG_PERMOHONAN_JAWATAN_LAMPIRAN_B___C.docx

TITIK POSITIF HARI 336 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 336 2019
2 Dis. 2019M
5 Rabi'ul Akhir 1441H
Isnin

KESAN SUKA MENANGGUH KERJA

1. Beban Kerja Akan Bertambah Banyak

Kita akan sukar mencari masa untuk menyelesaikan tugasan dengan cepat dan cekap. Ini akan menyebabkan stres. Kerja yang banyak akan menyebabkan kita tertekan dan tidak tahu hendak menyelesaikan mana satu dahulu. Akhirnya banyak kerja yang tak mampu di selesaikan dan banyak yang tertunda.

2. Menunjukkan Personaliti Diri Yang Kurang Baik

Sikap suka menangguhkan kerja akan menunjukkan kita seorang yang tidak cekap. Di pandang remeh oleh segelintir orang dan rakan sekerja. Ada sesetengah orang tidak suka suka terhadap individu yang suka menangguhkan kerja. Bayangkan jika orang tersebut adalah majikan kita, apa bakal berlaku? Sudah tentu majikan sedang memikirkan alternatif lain dan sedang berkira-kira untuk menggantikan tempat kita dengan orang yang lebih baik.

3. Hasil Kerja Kurang Berkualiti. 

Kerja yang disiapkan “Last Minutes” atau keadaan yang tergesa-tergesa tidak akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan. Buat kerja 'asal siap' atau 'asal ada'. Tugasan mungkin tidak dapat disiapkan mengikut 'dateline' dan kualiti kerja yang rendah.

4. Kerjasama Sukar diwujudkan 

Jika kita suka menangguhkan kerja, orang lain sukar untuk mewujudkan kerjasama dengan kita. Hal ini kerana, kerjasama memerlukan individu yang berdisplin ketika membuat tugasan. 

Kita harus cuba menyelesaikan tugasan kita dan elakkan daripada sikap bertangguh.
Mungkin kadang-kala kita sibuk sehingga menyebabkan banyak perkara tidak dapat diselesaikan. Mungkin kita mempunyai masalah keluarga, tapi bersikaplah profesional agar ianya tidak menjejaskan organisasi.  Dalam hal ini, kita harus tahu mencari masa untuk menyiapkan tugasan kita dan berbincang dengan majikan sebarang masalah yang timbul. 

Suka menangguh kerja itu adalah tanda tanda manusia ego. Berubahlah sebelum terlambat...

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif

Sesi Penyerahan Tugas Pegawai Pendidikan Daerah Mersing

Reaksi :  
Sesi Penyerahan Tugas Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
28 November 2019
3.30 petang
Dewan Al-Azhar, PPD Mersing




Ahad, 1 Disember 2019

Persaraan Tuan PPD Mersing

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN :

Persaraan Pilihan Cikgu Md. Jais bin Samat, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing berkuat kuasa pada 1 Disember 2019.

Sehubungan itu, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Cikgu Norhimah binti Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran) PPD Mersing telah diamanahkan menjalankan tugas Pegawai Pendidikan Daerah Mersing berkuatkuasa pada 1 Disember 2019 (Ahad).

Beliau akan menanggung kerja-kerja sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Mersing sepanjang kekosongan jawatan tersebut di PPD Mersing.

Kami warga pendidikan Mersing merakamkan sekalung tahniah dan mengucapkan selamat maju jaya.
Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan.

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
1 Disember 2019




TITIK POSITIF HARI 335 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 335 2019
1 Dis. 2019M
4 Rabi'ul Akhir 1441H
Ahad

Rendahkanlah diri, agar kita menjadi tinggi.
Tunduk hinalah agar kita menjadi mulia.
Mintalah kepada Allah SWT agar Dia mencukupkan kita.

Kesombongan yang paling sulit di hati kita ialah ketika kita telah merasakan diri kita paling benar dan paling baik daripada orang lain.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif