* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 14 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 348 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 348 2019
14 Dis. 2019M
17 Rabi'ul Akhir 1441H

Sabtu

Synergize.


Sikap orang yang cemerlang ialah saling bekerjasama dan saling membantu. Mereka sedar setiap orang mampu melakukan sesuatu. Dengan adanya muafakat, banyak perkara yang kita dapat lakukan berbanding sekiranya ianya dibuat secara perseorangan. Sebagai contoh kita mahu menghasilkan kueh dalam kuantiti yang besar, kita tidak akan berjaya jika kita menghalang orang lain daripada mencapai sasaran mereka. Apa yang perlu dilakukan ialah saling membantu melakukan usaha yang positif. Sudah pasti kita mampu meraih hasil yang lebih besar daripada melakukannya sendirian. Sentiasa mencari peluang yang baik untuk bekerjasama. Semakin banyak peluang usaha sama yang kita dapat semakin banyak kemampuan kita menyusun kejayaan yang lebih cemerlang dan cekap.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Jumaat, 13 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 347 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 347 2019
13 Dis. 2019M
16 Rabi'ul Akhir 1441H

Jumaat


Seek First to understand then to be understood.

Memahami untuk difahami. Kadan-kadang ... sehingga satu peringkat, kita merasakan orang lain semuanya tidak faham apa yang kita mahukan.

Apa yang perlu kita buat? Sebenarnya...  kita perlu memahami kehendak orang lain, barulah nanti orang lain akan mula memahami kehendak kita.

Jika kita telah bersusah payah dengan segala usaha untuk sesuatu tanpa memberi kefahaman betapa baik atau bernilainya apa yang kita usahakan. Tiada siapa yang kisah kerana mereka tidak memahami betapa bernilainya apa yang kita hasilkan.

Oleh itu, kejayaan memberi kefahaman dan keyakinan kepada orang lain tentang kualiti sesuatu produk sebelum ianya dijual akan memberi impak besar kepada keberhasilan seterusnya.
Oleh itu, berilah kefahaman kepada orang lain untuk mereka memahami kita.
Organisasi kita akan menjadi kuat bila semua orang memahami dan menghayati visi, misi dan halatuju dalam satu kebersamaan dengan satu jenama.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Khamis, 12 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 346 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 346 2019
12 Dis. 2019M
15 Rabi'ul Akhir 1441H

Khamis

Think Win – Win


Contoh : Saya menjual barangan saya dan kamu pula menjual barangan milikmu. Kemudian saya membeli dan memuji barangan yang dijual oleh kamu, pada akhirnya membawa peningkatan kepada perniagaan kamu kerana kesan positif daripada testimoni saya tentang produk yang kamu jual. 
Begitu juga dengan sikap yang kita perlu tonjolkan terhadap orang lain. Perlu diingat jika kita mahu berjaya, orang lain tidak perlu gagal untuk jadikan kita berjaya.
Adalah lebih bermakna jika kita berjaya bersama-sama dengan orang lain dan terus berkembang dalam satu pasukan yang besar. 

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Rabu, 11 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 345 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 345 2019
11 Dis. 2019M
14 Rabi'ul Akhir 1441H

Rabu

Lima Soalan Menilai Diri Untuk Maju Menjadi Pemimpin Hebat


Sama ada kita seorang pemimpin atau tidak, soalan-soalan ini boleh membantu kita untuk memantapkan kekuatan diri dan membuat penambahbaikan mengikut keperluan.

Ini akan meningkatkan keupayaan kita untuk memberi khidmat dan manfaat dengan lebih baik kepada diri sendiri dan orang lain.

1. Adakah jawapan kepada soalan ‘Mengapa’ bagi perkara yang sedang kita lakukan sama seperti dahulu?

Walaupun keutamaan, perancangan dan cara sesuatu dilaksanakan berubah dari masa ke masa, sebab utama mengapa kita melakukan sesuatu itu sekarang haruslah menjadi batu asas yang membina segala-galanya. Jika kita merasa mengapa itu sudah tersasar, ini mungkin petanda bahawa kita telah menyimpang, sama ada banyak atau sedikit, daripada nilai atau visi. Jika ini yang terjadi, langkah seterusnya adalah bertanya pada diri akan perkara yang perlu kita lakukan dalam jangka masa pendek atau panjang, supaya kita dapat kembali ke pangkal jalan.

2. Bagaimana kita boleh membentuk diri menjadi seorang pemimpin?

Mana-mana pemimpin yang berpendapat mereka sudah ‘arif dalam semua perkara apabila mencapai suatu tahap  sebenarnya mengundang bencana pada diri sendiri. Apabila sesuatu urusan yang dikendalikan berjalan lancar, kita berasa seolah-olah sudah tahu semua perkara berkenaan kerja dan industri yang diceburi. Ramai orang mudah jatuh dalam perangkap sebegini. Namun seperti mana-mana aspek kehidupan, ada sepak terajangnya. Hanya pemimpin yang sentiasa tangkas, ingin tahu dan terus belajar yang dapat menyesuaikan diri dengan ujian terbesar dan tidak terjangka ini.

3. Adakah kita mudah dihubungi?
Ramai pemimpin mengamalkan ‘polisi terbuka’, iaitu sesiapa sahaja boleh datang berjumpa dan berbual dengan mereka pada bila-bila masa. Ini merupakan permulaan yang baik, namun untuk menjadikan diri mudah dihubungi, ini tidak terhad kepada perjumpaan fizikal sahaja. Kita perlu bertanya soalan seperti: Adakah kita seorang pendengar yang baik? Adakah kita memberi sokongan yang cukup kepada kakitangan kita? Adakah kita berusaha untuk menunjukkan penghargaan dengan ikhlas atas sumbangan mereka? Adakah kita mengambil kira saranan dan idea orang lain seperti yang kita fikirkan?

4. Adakah maklum balas yang kita peroleh itu mencukupi?
Salah satu tindakan paling berani yang boleh dilaksanakan seseorang pemimpin adalah mendapatkan maklum balas yang jujur dan membina berkenaan prestasinya. Ini boleh dilakukan sama ada secara formal dalam kumpulan, atau secara santai melalui perbualan bersemuka sambil minum kopi. Apapun pilihan kita, pemimpin lebih memerlukan maklum balas berbanding orang lain kerana kita lebih mudah menerima komen positif daripada orang lain, sama ada yang ikhlas atau sebaliknya. Dengan ini, para pemimpin perlu lebih giat mendapatkan cadangan berkenaan aspek yang boleh ditambahbaikkan. Ini mungkin menyebabkan ego kita tercalar, namun seperti kata pepatah, Tak Sakit Tak Dapat Apa-Apa, ini sememangnya cara yang terbaik dalam memastikan seseorang pemimpin terus berkembang.

5. Jika kita salah seorang daripada pekerja, berapa markah yang akan kita berikan pada diri – dan apa sebabnya?
Menilai diri adalah kerja yang rumit memandangkan ada macam-macam pendirian berat sebelah yang kita jadikan sebagai mekanisme penghadang untuk menolak kritikan. Untuk memperoleh kebolehan mengesan pandangan yang jujur tentang diri, ini merupakan kemahiran yang diasah masa demi masa. Bagi melancarkan proses ini, cubalah meletakkan diri kita di tempat rakan sekerja seorang demi seorang, dan cuba memberi markah pada diri dari sudut pandang mereka, sejujur yang mungkin. Dari sini, jika ada apa-apa isu, kita akan ajukan soalan pada diri sendiri tentang sebab sesuatu masalah itu timbul dan cara untuk menanganinya. Dengan pendekatan sebegini, kita dapat berusaha membina hubungan yang terbaik dengan semua orang yang bekerja dalam pasukan kita.

kredit untuk 

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Selasa, 10 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 344 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 344 2019
10 Dis. 2019M
13 Rabi'ul Akhir 1441H

Selasa


Jangan Menyerah

Tetaplah berpegang teguh pada saat cabaran di sekitar kita luntur dan berbolak-balik. Konflik dalam diri mungkin menghambat hati untuk terus menyerah dan menjadi lebih lemah. 
Temukanlah apa yang kita benar-benar inginkan. Insya Allah kita akan menemui motivasi batin untuk terus berjalan.

Berusahalah dengan gigih dan tidak menyerah. Keberhasilan atau kemenangan jarang datang secepat yang kita inginkan. Jangan menyerah terlalu cepat kerana ia adalah satu kekalahan sebelum bertarung.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Isnin, 9 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 343 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 343 2019
9 Dis. 2019M
12 Rabi'ul Akhir 1441H

Isnin


Semua Orang Adalah Manusia. 

Anggaplah diri kita sebagai individu sederhana yang pasti memiliki  kesalahan seperti mana orang lain.  Rendahkanlah hati dan mengakui kesalahan-kesalahan sendiri lebih bermakna daripada terus ego dan berdabik dada menegakkan benang yang basah. 

Kurang bijak untuk kita terlalu yakin dengan kebijaksanaan diri sendiri sehinggakan kita terus tertinggal di belakang.
Penting untuk ingatan kita .. bahawa semua orang boleh melakukan kesalahan. Meletakkan kesalahan hanya kepada satu pihak hanya akan mencipta lebih banyak konflik dan pemikiran negatif.

Biasakan diri dengan berfikiran positif, bukan sebaliknya.
Selemah-lemah manusia ialah mereka yang sentiasa menganggap orang lain sentiasa dalam kelemahan.
Sebodoh-bodoh manusia ialah mereka yang sering tertipu dengan kosmetik sendiri.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif
Ahad, 8 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 342 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 342 2019
8 Dis. 2019M
11 Rabi'ul Akhir 1441H

Ahad


Ubahlah Diri Sendiri.

Kita harus menjadi perubahan yang kita inginkan.
Bila kita mengubah diri sendiri, maka ia akan mengubah dunia kita. Jika kita mengubah cara berpikir, maka kita akan mengubah cara merasa dan bertindak.

Tanpa perubahan dalam diri sendiri, kita tetap akan menjadi seperti diri kita yang dulu.
Maka dalam situasi yang barupun, kita tetap tidak menemui apa yang kita harapkan kerana fikiran kita masih dipengaruhi dengan hal-hal negatif tersebut.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif