* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 28 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 362 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 362 2019
28 Dis. 2019M
1 Jamadil Awal 1441H
Sabtu

PESAN GURU

"Jadilah kamu seperti mata lebah walaupun ditunjuk akan keburukan seseorang kepada kamu, tetap kamu mencari kebaikannya."


"Dan janganlah kamu jadi mata lalat walaupun ditunjuk seribu kebaikan seseorang kepada kamu, kamu masih lagi mahu mencari keburukan orang lain."

#1TP1H

#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Jumaat, 27 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 361 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 361 2019
27 Dis. 2019M
30 Rabi'ul Akhir 1441H
Jumaat


أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ

"Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? "[Surah al-Alaq 14]

Ayat ini memberitahu kita bahawa setiap percakapan, perkataan, gerak geri, tingkah laku dan kerja buat kita sedang di awasi oleh Allah SWT...  baik dalam perkara zahir mahupun yang tersembunyi.

Oleh itu, kita hendaklah mengawal diri agar tidak terjebak dengan dosa dan kemurkaan. Hendaklah sentiasa ingat akan Allah SWT. 

Daripada Abu Zar al-Ghifari RA, Rasulullah saw bersabda:

اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن

"Bertaqwalah kepada Allah di mana pun engkau berada, dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan mampu untuk menghapuskan keburukan. Serta bergaullah dengan orang lain dengan akhlak yang baik‘” (HR Ahmad dan at-Tirmizi. Hasan sahih)

Allah melihat dan mengetahui segala-galanya.. Bersembunyilah atau larilah ke manapun, Allah tetap mengetahui apa yang kita lakukan. Tidak ada selembar daun pun yang jatuh ke bumi tanpa Allah melihatnya. Tidak pula daun kering atau basah kecuali Allah melihat dan mengetahuinya. 

Firman Allah swt:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata" [Surah al-An'am 59]


Jika kita ingin berbuat jahat seperti meninggalkan solat, curi tulang, menipu, rasuah, mencuri, bermaksiat dan sebagainya, Awas!! meskipun tidak ada orang yang tahu, tapi Allah melihat perbuatan kita. Allah melihat kita setiap saat. Allah melihat kita di setiap waktu. Bertaqwalah!!

#1TP1H

#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Khamis, 26 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 360 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 360 2019
26 Dis. 2019M
29 Rabi'ul Akhir 1441H
Khamis

NILAI ETIKA TERAS


1) Integriti : Amalan integriti akan membuahkan keyakinan dan kepercayaan. Keutuhan repotasi kita akan lebih dihormati dan menepati kehendak organisasi dan masyarakat luar.

2) Jujur : Kesungguhan untuk berlaku jujur tidak sepatutnya dibuat hanya untuk mematuhi undang-undang atau peraturan sahaja...  sebaliknya, ia hendaklah disemai sebagai satu prinsip untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. 

3) SaksamaAmalan diskriminasi dalam pematuhan SOP atau peraturan akan meninggalkan kesan yang negatif kepada repotasi diri sendiri dan juga sesebuah organisasi. 

4) Bertanggungjawab : Komitmen dan kebertanggungjawaban yang tinggi akan membentuk perkhidmatan yang cekap, inovatif dan konsisten dengan keperluan. 

5) Cekap : Kemahiran dan inovasi dalam perkhidmatan akan menghasilkan budaya kerja yang cekap dan cepat.

6) Boleh dipercayai : Kebolehpercayaan dari pelbagai arah akan membina repotasi positif kepada diri sendiri dan organisasi.

7) Taat : Ketaatan kepada Tuhan dan menghormati keputusan ketua atau organisasi , serta tidak membelakangi ketua akan memperkukuhkan organisasi.

8) Kental : Semangat kesabaran dan kesungguhan akan membina keyakinan yang tinggi.
#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Rabu, 25 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 359 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 359 2019
25 Dis. 2019M
28 Rabi'ul Akhir 1441H
Rabu

KENALI SESEORANG DARIPADA DIRINYA


Kenalilah seseorang daripada dirinya sendiri, jangan daripada orang lain kerana t
idak semua orang berkata benar tentang seseorang.
Setiap orang ada persepsi dan andaian sendiri yang akan mempengaruhi pengenalan atau penilaian kepada seseorang.
Mulakan dengan positif.. 

Biarkanlah orang lain mengenali sendiri sesiapa sahaja tanpa pengaruh persepsi sedia ada yang mungkin kita cipta sendiri. Mempengaruhi orang lain dengan andaian dan persepsi atau sudut pandang yang terhad akan merosakkan hubungan yang lebih besar.
Jauhilah kejahatan dan ciptalah kebaikan.

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Selasa, 24 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 358 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 358 2019
24 Dis. 2019M
27 Rabi'ul Akhir 1441H
Selasa

KENALI DIRI SENDIRI


1. Catatkan kelebihan dan kekurangan kita.
2. Dengan ibadah, Allah SWT akan memberikan hidayah dan ketenangan kepada kita... termasuk mengenali diri sendiri.
3. Gunalah catatan tersebut untuk memperbaiki kekurangan diri kita.
4. Kenalilah kekuatan diri dan potensi yang ada... asahlah, binalah kekuatan demi kekuatan yang baharu untuk menjadikan diri kita lebih baik.
5. Kenali diri bukan hanya siapa diri kita pada saat ini, tapi juga siapa diri kita pada masa akan datang.
6. Binalah diri kita hari ini untuk hari esok.


#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Isnin, 23 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 357 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 357 2019
23 Dis. 2019M
26 Rabi'ul Akhir 1441H
Isnin

CIRI-CIRI ORANG BAIK


1) Banyak senyum. Senyum itu satu sedekah.
2) Berfikiran positif.
3) Terlebih dahulu menyapa.
4) Tidak ingin menunjukkan bahawa dia lebih baik.
5) Bijak mengendalikan emosi.
6) Bijak membahagikan hal-hal yang bermanfaat.
7) Berkata maaf, mohon bantuan dan terima kasih.
8) Mengakui kelebihan orang lain.
9) Sentiasa memperbaiki diri sendiri.
10) Selalu berkata jujur dari hati ke hati.

Memang baik menjadi orang penting, tapi jauh lebih penting ialah menjadi orang baik.


#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

PELANTIKAN PENGETUA SMK NITAR

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN :

PELANTIKAN PENGETUA SMK NITAR

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Cikgu Suraya binti Muhsin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Convent, Batu Pahat telah berikan amanah sebagai Pengetua SMK Nitar, Mersing berkuatkuasa pada 23 Disember 2019 (Isnin).

Kami warga pendidikan Mersing merakamkan sekalung tahniah dan mengalu-alukan kehadiran beliau ke bumi Mersing.

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
23 Disember 2019




JERAYAWARA PENDIDIKAN JOHOR

Reaksi :  


PELANTIKAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MERSING

Reaksi :  
PEMBERITAHUAN :

PELANTIKAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MERSING

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Cikgu Suhaimi bin Ismail, Pengetua SMK FELDA Tenggaroh telah berikan amanah sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Mersing berkuatkuasa pada 22 Disember 2019 (Ahad).

Kami warga pendidikan Mersing merakamkan sekalung tahniah dan sedia memberikan taat setia kepada kepimpinan beliau.

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
22 Disember 2019



TITIK POSITIF HARI 356 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 356 2019
22 Dis. 2019M
25 Rabi'ul Akhir 1441H
Ahad

Kenapa .. kadang-kadang kita cepat berputus asa?
Mungkinkah dah tak nampak jalan keluar.?

Bila melihat orang lain berjaya dengan cepat, kita bertambah putus asa.
Kadang-kadang terfikir, apakah kita telah ditakdirkan begitu dan begini.

Positifkan situasi tersebut dengan membuat beberapa pilihan berikut :

1. STAY sikit lagi je tu, insyallah ada rezeki kita.
2. LAWAN tetap lawan, lawan sampai jadi kawan.
3. UBAH approach, ubah sampai jadi.
4. TENGOK balik mana silapnya dan betulkan kemudian pastu jalan terus.

5. BELAJAR daripada orang lain. Saling belajar mempelajari.

#1TP1H

#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/