* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 4 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 4 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 4 2020
4 Januari 2020M
8 Jamadil Awal 1441H
Sabtu

Orang yang menangis tidak akan selamanya terus menangis.

Bila tiba masanya, tangisan tersebut ... Allah SWT gantikannya dengan kebahagian.
Sesungguhnya tarbiah dan takdir Allah SWT diluar jangkaan manusia.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Jumaat, 3 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 3 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 3 2020
3 Januari 2020M
7 Jamadil Awal 1441H
Jumaat

Janganlah mencari ilmu dengan sikap sombong dan membangga diri.. maka kita akan rugi.

Tapi sekiranya kita mencari ilmu dengan kerendahan hati, dan menghormati guru, maka kita akan beruntung.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

TITIK POSITIF HARI 2 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 2 2020
2 Januari 2020M
6 Jamadil Awal 1441H
Khamis

Zikir adalah makanan bagi setiap hati yang diberi petunjuk dan ubat bagi setiap hati yang menderita.

Jangan tunggu waktu terluang, baru kita nak beribadah. Sebaliknya luangkanlah waktu untuk beribadah.
Pandanglah ibadah dalam skop yang luas. Jauhi fahaman pemisah antara dunia dan akhirat. 
Jadikanlah semua kehidupan kita di dunia ini sebagai ibadah untuk jariah di akhirat.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Rabu, 1 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 1 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 1 2020
1 Januari 2020M
5 Jamadil Awal 1441H
Rabu

SANGKAAN - RAKAN SEMAKIN MENJAUHKAN DIRI

Kita menyangka ...
- mereka sombong.
- mereka pentingkan diri sendiri.
- mereka suka perhatian.
- mereka pemalas.
- mereka tidak mahu berkawan.
- mereka cuba berdrama.

Mungkin sebenarnya.....
- mereka sedang hadapi kesukaran dalam kehidupan.
- mereka sedang alami trauma mengejutkan.
- mereka penat untuk menunjukkan mereka ok.
- mereka terlalu sibuk dengan tugasan harian.
- mereka sedang hadapi msalah kewangan.
- mereka alami kerosakan perhubungan.

MOGA KITA TIDAK MUDAH MEMBUAT TANGGAPAN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

365 TITIK POSITIF TAHUN 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

365 TITIK POSITIF TAHUN 2019

Al-Hamdulillah, 365 hari telah ditempuh pada tahun 2019. Sepanjang tempoh itu, sebanyak 365 Titik Positif telah dikongsikan sebagai jariah dan manfaat bersama.

Tahun 2018, 366 Titik Positif telah dikongsikan. Ini menjadikan keseluruhannya 731 Titik Positif telah dimuatkan dalam Blog Mersing Hebat, Channel Telegram 1Titik Positif 1Hari dan Page 1Titik Positif 1Hari

Moga perkongsian ini diterima sebagai satu ibadah dan menjadi jariah berpanjangan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Selasa, 31 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 365 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 365 2019
31 Dis. 2019M
4 Jamadil Awal 1441H
Selasa

MESEJ DISEBALIK USIA

Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam.

Kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.

Semakin berusia semakin kabur matanya.

Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.

Semakin berusia semakin sensitif.

Kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.

Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya...

Kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.

Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi...

Kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.

Semakin berusia semakin rambut putih...

Kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.

Begitu juga hati...

Semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...
Kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.

Akhirnya...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

Didoakan semoga kita semua:

● Diberkati usia

● Dimurahkan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
● Kesihatan yang baik
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

Jariah untuk sahabat

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Isnin, 30 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 364 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 364 2019
30 Dis. 2019M
3 Jamadil Awal 1441H
Isnin

HITAMNYA HATI

Sesungguhnya apabila seseorang mukmin berbuat dosa, maka akan ada titik hitam di dalam hatinya.. jika dia bertaubat, meninggalkan serta meminta ampun, maka hatinya akan kembali putih. Namun jika dia menambah (berbuat dosa) , maka akan bertambahlah titik hitam, maka itulah penutup hati yang disebutkan dalam firman Allah SWT :

" Sebenarnya (ayat-ayat kami itu tidak ada cacat celanya) bahkan mat ahati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. " (Al-Muthaffifin : 14)

#1TP1H
#IbnM
#TindakanSealimKata

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Ahad, 29 Disember 2019

TITIK POSITIF HARI 363 2019

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 363 2019
29 Dis. 2019M
2 Jamadil Awal 1441H
Ahad

PASTI ADA HIKMAHNYA

Pasti selalu ada hikmah disebalik perkara , ya pasti.

Entah bagaimanapun rupanya, pasti ada hikmah dibaliknya.
Allah sudah membuat skenario yang begitu indah untuk setiap hambaNya.
Dan apapun yang telah Dia putuskan adalah yang terbaik.
Selalu ada jawapan atas setiap doa serta selalu ada kemudahan atas setiap kesulitan, pasti...
Bersyukurlah kepadaNya atas kurnia yang begitu indah berupa akal sihat untuk dapat berfikir serta membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Selalu berprasangka baik padaNYa atas segala apapun yang didapat hari ini, esok bahkan nanti.
Mungkin hari ini tak dapat jawapannya, tapi pasti kelak akan sedari hikmah di sebaliknya.
Jangan pernah lelah berdoa, sampaikan padaNya semua keluh kesah, Dia akan menjawabnya.
Jangan pernah luput bersyukur, sebab syukur selalu menyertai kebahagiaan yang sejati atas izinNya.
Serta belajarlah untuk ikhlas, mengikhlaskan segala yang tak kunjung dirai.
Sebab Dia pasti berikan yang terbaik.. pasti.

Jariah untuk dia...