* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 11 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 11 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 11 2020
11 Januari 2020M
15 Jamadil Awal 1441H
Sabtu

KISAH SEEKOR KATAK

Seekor katak bertekad untuk memanjat sebatang pokok hingga ke puncaknya.

Sementara itu, katak-katak yang lain menjerit-jerit memberikan kata-kata negatif  "Kau tidak akan berjaya.. kau akan jatuh.. kau akan gagal."
Akhirnya dia berjaya sampai ke puncak pokok.

Rupa-rupanya.... katak itu pekak. Apabila kawan-kawan yang lain menjerit, dia sangka mereka sedang menyokongnya untuk berjaya. Dengan asbab itu, dia berjaya.


Begitulah juga kita semasa menempuh kehidupan di dunia ini, kita akan temui pelbagai watak kawan ataupun lawan. Untuk berjaya, kita perlu yakin dengan apa yang kita sedang lakukan dan pekakkan telinga kepada suara-suara negatif yang selalunya akan menarik kita ke belakang dan ke belakang. Anggaplah suara mereka itu sebagai pembakar semangat.

Ambillah ia sebagai pengalaman dan pengajaran. Kenalilah siapa rakan kita yang sebenar.
Insya Allah, kita akan berjaya.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
http://gg.gg/channelTitikPositif
Page Facebook 1TP1H : http://gg.gg/PageTitikPositif
Jumaat, 10 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 10 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 10 2020
10 Januari 2020M
14 Jamadil Awal 1441H
Jumaat

JANGAN BUANG MASA

"Ketahuilah bahawa engkau berada dalam dua bahaya, iaitu ketawa terhadap sesuatu yang tidak menyenangkan dan kemalasan walaupun tidak letih,".


Nasihat ini sememangnya tepat mengenai kepada kita di zaman serba canggih dimana teknologi canggih membuatkan kita membuang masa dan malas. Ketika mana media sosial membolehkan kita berhubung dengan keluarga dan rakan dengan lebih mudah, ia telah membuatkan kita leka dan lalai.
Rapatkanlah dengan ibadah dalam skop yang lebih luas untuk jariah di masa hadapan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Khamis, 9 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 9 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 9 2020
9 Januari 2020M
13 Jamadil Awal 1441H
Khamis

JANGAN PERKECILKAN DOSA SENDIRI

"Sesungguhnya mereka yang beriman melihat dosa-dosa mereka seperti batu-batu besar, dan mereka takut ia akan jatuh menghempap mereka. Dan sesungguhnya mereka yang tak beriman merasakan dosa mereka seperti seekor lalat terbang melepasi hidung mereka. 

"Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya apabila Allah SWT menghendaki sesuatu kebaikan kepada hambanya, Dia akan menampakkan dosa-dosa mereka di depan mata mereka. Dan apabila Dia menghendaki keburukan terhadap hambanya, Dia akan membuatkan mereka lupa akan dosa-dosa mereka,"

Bagi setiap tindakan yang melanggar perintah Allah, pasti akan dirasai oleh mereka yang beriman. Amatlah berbahaya jika kita tidak berasakan apa-apa terhadap dosa yang dilakukan, sama ada kepercayaan kita semakin berkurangan, ia menunjukkan hubungan kita dengan Allah yang semakin jauh.

"Wahai Abu Dzar! Janganlah engkau melihatkan betapa kecilnya dosa yang dilakukan, tetapi lihatlah siapa yang engkau ingkari,".

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Rabu, 8 Januari 2020

MEDIA SOKONGAN SISTEM PENYAMPAIAN PENDIDIKAN MERSING

Reaksi :  
LAYARI PORTAL RASMI PPD MERSING
Lebih Informasi untuk pendidikan daerah Mersing
http://jpnjohor.moe.gov.my/ppdmersing/

LAYARI BLOG MERSING HEBAT
Media Sokongan Bagi Memperkasakan Sistem Penyampaian PPD Mersing
https://mersinghebat.blogspot.com/

LAYARI GALERI PPD MERSING
Lebih koleksi, lebih berharga.
https://galerippdmersing.blogspot.com/

LAYARI PAGE MERSING HEBAT
Page ini adalah satu satu pelantar media sosial bagi memperkukuhkan sistem penyampaian PPD Mersing sedia ada.  Pemakluman dan perkongsian maklumat dunia pendidikan daerah, negeri dan kebangsaan akan disalurkan dengan lebih mudah, cepat serta lnteraktif.
https://www.facebook.com/MersingHebat-100718494745523/?modal=admin_todo_tour

LAYARI GROUP MERSING
Medan perkongsian terbuka amalan terbaik, showcase dan inovasi pendidikan daerah Mersing
https://www.facebook.com/groups/mersinghebat/?ref=bookmarks

GROUP TELEGRAM MERSING HEBAT
Medan perkongsian terbuka amalan terbaik, showcase dan inovasi pendidikan daerah Mersing
https://t.me/joinchat/AG--HD235s4hSE1CQIwE5Q

CHANNEL TELEGRAM INFO RASMI PPD MERSING
Satu wahana penyampaian khusus dasar-dasar baharu KPM, pekeliling, surat siaran, keputusan-keputusan terkini pengurusan pendidikan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Sistem penyampaian ini adalah bersifat sehala bagi memudahkan rujukan warga pendidikan Mersing.
https://t.me/joinchat/AAAAAEt2X4ZK8fyELzuvnA

TITIK POSITIF HARI 8 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 8 2020
8 Januari 2020M
12 Jamadil Awal 1441H
Rabu

AKUI KEJAHILAN DIRI

"Wahai Abu Dzar! Apabila ditanyakan tentang sesuatu yang engkau tidak tahu, katakanlah, "Aku tidak tahu!". Engkau akan terselamat daripada akibatnya. Janganlah engkau menghukum sesuatu yang engkau tidak tahu,".

Ramai di antara kita yang mudah menghukum dengan sesuatu yang kita tidak arif akibat daripada maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. 

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

TITIK POSITIF HARI 7 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 7 2020
7 Januari 2020M
11 Jamadil Awal 1441H
Selasa

AMALKAN APA YANG DISAMPAIKAN

"Wahai Abu Dzar! Akan sampai satu hari dimana ahli syurga akan pergi kepada ahli neraka dan berkata, "Apa yang membuatkan kamu semua masuk neraka? Kami pastinya masuk syurga disebabkan kamu semua mengajarkan kami!". Dan ahli neraka menjawab, "Kami hanya menyuruh orang lain melakukan kebaikan tetapi kami sendiri tidak melakukannya,".

Hal ini benar-benar berlaku dalam masyarakat kita. Jangan biarkan diri kita terperangkap dalam menasihati orang lain, namun tidak dipraktikkan dalam hidup. 

Amalkan apa yang kita sampaikan, jangan jadi hipokrit.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

Hala Tuju PPD Mersing 2020

Reaksi :  

WALK TOGETHER

Reaksi :  

Terima kasih - PENGURUSAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Reaksi :  

Isnin, 6 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 6 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 6 2020
6 Januari 2020M
10 Jamadil Awal 1441H
Isnin

CETUSKAN KEBAHAGIAN DENGAN 5 PERKARA

1. Buang sifat dengki dalam hati.
2. Hilangkan kerisauan kecuali risaukan neraka.
3. Hidup dengan zuhud.
4. Sentiasa memberi, bukan meminta.
5. Tidak mengharapkan balasan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

TITIK POSITIF HARI 5 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 5 2020
5 Januari 2020M
9 Jamadil Awal 1441H
Ahad

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Setiap orang ada ketentuan tersendiri yang telah ditetapkan sejak azali.

Tidak ada perbandingan antara matahari dan bulan kerana masing-masing bersinar pada waktunya.

Hidup ini adalah satu ujian... Jika Allah SWT menjawab doa-doa kita, bererti Allah ingin meningkatkan keimanan kita. 
Jika Allah menunda menjawab doa kita, bererti Allah ingin meningkatkan kesabaran kita.
Jika Allah tidak menjawab doa kita, maka yakinlah bahawa Allah memiliki perancangan yang lebih baik untuk kita.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI CHANNEL TELEGRAM 1TP1H, KAMI BERSEDIA MENERIMA ANDA DI PAUTAN BERIKUT : https://t.me/titikpositif dan Page Facebook : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/