* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 25 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 25 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 25 2020
25 Januari 2020M
29 Jamadil Awal 1441H
Sabtu

LELAHNYA BELAJAR

Jika kita tidak sanggup menahan lelahnya belajar, maka kita harus sanggup menahan perihnya kebodohan.

(Imam As-Syafie - Diwan Al-Iman As-Syafie)

Seorang yang memiliki ilmu kadang terkena penyakit sombong dan bangga diri. Kalau ilmu yang dimiliki adalah ilmu-ilmu dunia, mungkin ini biasa terjadi. 

Jika kita  mempelajari ilmu agama, seharusnya makin bertambah ilmunya bertambah pula kebaikannya. 

“Untuk apakah kita belajar?” Kerana niat itulah yang akan menjawab mengapa seorang bertambah ilmu agamanya, malah semakin menjadikannya sombong. Jika niat belajarnya untuk beramal dengan ilmunya, maka semakin bertambah ilmunya.

Namun sebaliknya jika kita  belajar hanya ingin disebut sebagai alim ulama, atau belajar untuk mengalahkan seseorang, maka tidak akan berkat ilmunya dan tidak akan berbuah dengan amalan-amalan.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Reaksi :  
Salam Mahabbah.

Sukacitanya kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA - GONG XI FA CAI kepada semua warga pendidikan Mersing yang berbangsa Tionghua .


Moga aman sejahtera dan bahagia selalu.

Sejarah... .

Gong Xi Fa Cai adalah suatu ucapan selamat Tahun baru yang jika diterjemahkan bermakna "Selamat Bertambah Kaya".

Astrologi Cina, mengikut peredaran terdiri dari 12 tahun. Menurut legenda Cina, satu tahun baru Cina Sang Buddha telah mengundang semua haiwan dalam kerajaan dia mempersembahkan diri di depan dia. Hanya ada 12 binatang sahaj yang datang. Yang pertama ialahTikus, diikuti oleh Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jaguh, Anjing dan akhir sekali Babi. 
Sebagai tanda berterima kasih, Buddha memutuskan menamakan setahun mengikut tiap binatang, tambahan tiap orang yang lahir pada tahun tersebut memiliki sebarang ciri-ciri dan sifat binatang itu
Wassalam.
Jumaat, 24 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 24 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 24 2020
24 Januari 2020M
28 Jamadil Awal 1441H
Jumaat

MAKSIAT DAN TAUBAT


Seorang lelaki telah menemui Ibrahim Adham. Dia berkata, " Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Ibrahim Adham berkata. " Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

" Syarat Pertama : Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangann memakan rezekiNya. "
Mendengar itu, dia mengenyitkan kening seraya berkata. " Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah SWT? "
" Ya." Tegas Ibrahim Adham. " Kalau kamu telah memahaminya, masih mampukah kamu menikmati rezekiNya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

" Syarat Kedua : Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya. "
Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim Adham berkata : " Wahai Abdullah, fikirkanlah apakah kamu layak memakan rezekiNYa dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?

" Syarat Ketiga : Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat olehNya."
Lelaki itu terperanjat dan berkata : " Wahai Ibrahim, ini nasihat mana mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita? "
" Ya... kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat? " kata Ibrahim Adham. 
Lelaki tersebut mengangguk dan meminta syarat yang ke empat.

" Syarat Keempat : Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya... Ketepikanku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh. "
Kemudian lelaki tersebut menggelengkan kepala dan segera tersedar. " Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku. "

" Wahai Abdullah, kalau kamu telah yakin bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan kematianmu, lalu bagaimana boleh lari daripada kemurkaan Allah? "

" Syarat Kelima : Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan kamu ikut bersamanya."
Perkataan tersebut telah membuatkan lelaki itu insaf. Dia berkata : " Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. " Mulai saat in, aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Marilah kita bertaubat kepada Allah SWT dan perbetulkan diri kita.
Bersediakan kita untuk malam pertama kita di alam kubur.?

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Khamis, 23 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 23 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 23 2020
23 Januari 2020M
27 Jamadil Awal 1441H
Khamis

HAKIKAT ZAMAN

Sheikh Muhammad Mutawally Sya'rawi membuat huraian yang baik berkenaan dengan hakikat zaman dan masa.
Beliau berkata zaman adalah hijab masa hadapan. Kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok atau lusa dan tahun-tahun yang mendatang. Apa yang kita ketahui  ialah kehidupan yang sedang dan telah kita lalui. Untuk masa depan, kita tidak mengetahuinya apakah ketentuan Allah yang sebenarnya. 
Pada hakikat yang sebenarnya,  zaman yang memiliki kita, bukan kita memiliki zaman. Tiada sesiapa pun yang boleh hidup di luar garis zaman, mana mungkin  seseorang terus berusia kanak- kanak dan tidak membesar.
Mana mungkin juga seseorang terus berada di alam remaja dan tidak  menjadi orang tua. Seseorang tidak mampu kembali ke zaman lampaunya untuk membetulkan kesalahannya. Tidak mungkin orang yang terlibat dengan jenayah pembunuhan untuk kembali ke masa lalu untuk mengelakkan pembunuhan tersebut.

Apa yang boleh kita simpulkan dari tulisan Sheikh di atas ialah untuk kita gunakan ruang masa yang Allah kurniakan untuk membuat kebaikan, berubah menjadi lebih baik dan merancang untuk menambah kebaikan.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Rabu, 22 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 22 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 22 2020
22 Januari 2020M
26 Jamadil Awal 1441H
Rabu

Pengajaran tanpa kesakitan, biasanya tidak akan memberikan apa-apa makna. 

Dari kesakitan atau kesusahan itulah, kita dapat belajar mendapatkan hati yang lebih kuat.
Kejayaan yang dikecapi dengan kesusahan akan lebih bermakna daripada kejayaan yang diberikan secara percuma.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Selasa, 21 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 21 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 21 2020
21 Januari 2020M
25 Jamadil Awal 1441H
Selasa

HARAPAN TERCICIR


Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa apa yang menyebabkan kekecewaan bukannya orang lain, tetapi harapan yang kita letakkan pada seseorang terlalu tinggi atau sebaliknya.

Tidak perlu menyalahkan orang lain, sebaliknya bermuhasabahlah tentang diri kita sendiri.
Jangan terlalu berharap dalam pencarian, tetapi berserahlah kepada Dia Yang Maha Esa. 

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Isnin, 20 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 20 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 20 2020
20 Januari 2020M
24 Jamadil Awal 1441H
Isnin

Setiap orang ada masalah masing-masing. Jangan anggap kita sahaja yang ada masalah.
Setiap orang sedang bergelut dengan ujian masing-masing.
Fahamilah orang lain anda kita nak difahami.
Perbaikilah diri.

DOAKAN HIDAYAH UNTUK SEMUA.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/