* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 1 Februari 2020

TITIK POSITIF HARI 32 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 32 2020
1 Februari 2020M
7 Jamadil Akhir 1441H
Sabtu

EFEKTIF

Mengamalkan budaya kerja yang efektif dan berkesan seperti berikut :

1) Berfikir tentang apa yang perlu dilakukan, bukan apa yang hendak dilakukan.
2) Berfikir apa yang baik untuk organisasi, bukan untuk diri sendiri.
3) Menetapkan pelan tindakan iaitu menterjemahkan maklumat dalam bentuk tindakan.
4) Bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat.
5) Bertanggungjawab dan mengkomunikasikan keputusan yang telah dibuat.
6) Menfokuskan kepada peluang, bukannya masalah yang ada.
7) Mengadakan mesyuarat yang produktif bagi memastikan seluruh organisasi bertanggungjawab atau hasil kerja mereka.
8) Berfikir dan berkata kita, bukan saya.


JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 31 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 31 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 31 2020
31 Januari 2020M
6 Jamadil Akhir 1441H
Jumaat


KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YANG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. 

Kehidupan kita dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. 
Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa?

7 x 1 = 7
Ketika umur disifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa hadapan.

7 x 2 = 14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3 = 21
Beranjak kepada umur 20-an, kita merasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mensia-siakan hidup sebelum ini.

7 x 4 = 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. 

7 x 5 = 35
Tahap penting untuk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

7 x 6 = 42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini adalah saat yang genting dimana kita berlumba mengumpul harta. 

7 x 7 = 49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7 x 8 = 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita telah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita akan rasa sunyi tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

7 x 9 = 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9 ? Sebab, kita umat Muhammad SAW.
Ramai yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus. 

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mensia-siakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Ingat!! Berapa ramai pula yang tidak melepasi sifir 7. Ada yang berhenti di tangga 1. Ramai juga yang umurnya ditangga ke 3.

■ Hidup ini hanya sementara. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. 

■ Umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah daripada Allah SWT.

■ Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita sekarang, jangan tangguh kerana mati itu misteri, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat . 

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

TITIK POSITIF HARI 30 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 30 2020
30 Januari 2020M
5 Jamadil Akhir 1441H
Khamis

Stop expalining your self when you realized people only understand from their level of perception.

You"ll save yourself a lot of unnecessary stress and frustration by understanding that people understand at their owm level of perception.

You can't change how people feel about you. So don't try. 
Just live your life and be happy.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Khamis, 30 Januari 2020

DIREKTORI PPD MERSING

Reaksi :  
Rabu, 29 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 29 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 29 2020
29 Januari 2020M
4 Jamadil Akhir 1441H
Rabu

PUJIAN ADALAH UJIAN

Bila kita dipuji, kita akan merasa sombong dan riak. Tapi kita lupa nikmat ini adalah daripada Allah SWT.
Sesungguhnya ia merupakan sifat yang membinasakan.
Jangan terlalu leka dengan pujian sehingga memakan diri kita sendiri.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Selasa, 28 Januari 2020

TITIK POSITIF HARI 28 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 28 2020
28 Januari 2020M
3 Jamadil Akhir 1441H
Selasa

Kesedihan yang membuatkan kita dekat kepada Allah SWT lebih baik daripada kebahagiaan yang menjauhkan kita daripada-Nya

Bila kita sedar bahawa semua itu jalan Allah memberi kita kasih sayang-Nya, pasti semuanya baik-baik saja

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : 
https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/