* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 21 Mac 2020

TITIK POSITIF HARI 81 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 81 2020
21 Mac 2020M
26 Rejab 1441H
Sabtu

Membentuk Jati Diri Individu Yang Berkompetensi, Bergaya dan Berkelas Tinggi.  

1. Berbuat baik kepada semua orang sedaya yang mampu. Ikhlas, tekun dan istiqamah.
2. Minta bimbingan, idea dan cadangan apabila menerima tugas baharu.
3. Terus terang dengan baik sekiranya tidak mampu melaksanakannya. Bukan cipta alasan untuk menolak. Jangan biarkan tindakan tersebut tergantung dan akhirnya membebankan pihak lain.
4. Berusaha meneroka sesuatu yang baharu.
5. Tidak mengharapkan pujian, penghargaan dan populariti.
6. Berikan pandangan dengan berhemah dan berhikmah. Usah tunjuk pandai kerana kita semua saling melengkapi.
7. Bantu orang lain tanpa menunggu arahan atau permintaan. Mohon izin terlebih dahulu agar tidak mengganggu. Fahami peranan dan fungsi sendiri. 
8. Jangan malu bertanya sekiranya tidak tahu. 
9. Raikan persamaan dan raikan perbezaan pendapat. 
10. Menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berjiwa besar.
11. Turun padang sekiranya lapang dan buat kerja bersama-sama.
12. Tunaikan amanah tanpa nanti dan sentiasa bersedia untuk belajar tiada henti.
13. Berterima kasih pada semua yang membantu dan mempermudahkan urusan bersama.
14. Budaya kerja berasaskan profesional, keluarga dan legasi mampu melahirkan hasil kerja yang baik-baik.
15. Hormati ketua dan hayati budaya berketua dan kepengikutan.

... dan lagi.. dan lagi...
Buatlah pilihan yang terbaik untuk kita dan orang lain.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Jumaat, 20 Mac 2020

TITIK POSITIF HARI 80 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 80 2020
20 Mac 2020M
25 Rejab 1441H
Jumaat

Tiada Kalau Apabila Tiba Saatnya
Terlalu banyak berkalau
dalam kehidupan di dunia
Masih kuingat semasa di bangku sekolah
arahan guru kepada murid
menulis karangan tentang "Kalau saya menjadi itu dan ini."
Maka muncul berbagai-bagai kalau
Kehidupan dewasa pun masih banyak kalau
"Kalau aku kaya...."
"Kalau aku berjaya...."
"Kalau aku itu dan ini."
Terlalu banyak kalau
sehingga cita menjadi melampau
angan-angan tidak terjangkau
kehidupan menjadi kacau
ada kalanya menyebabkan sasau
Ketentuan Ilahi pun disyaratkan berkalau
Tiada kalau apabila tiba saatnya
Janji Dia adalah pasti
Tiada yang dapat lari
Tiada yang mampu menghindari
Semua akan dijemput-Nya kembali
ke alam yang abadi
Ketika itu hanya ada satu kalau
Beroleh sakinah kalau diredai-Nya
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa
Awang Sariyan

Buatlah pilihan yang terbaik untuk kita dan orang lain.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Khamis, 19 Mac 2020

TITIK POSITIF HARI 79 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 79 2020
19 Mac 2020M
24 Rejab 1441H
Khamis

Untuk menjadi seorang yang tenang, hentikan sikap 'Over Thinking'. 
Iaitu suka membuat andaian-andaian yang tidak betul, berfikir tentang apa yang tidak berlaku dan negatif. Pemikiran yang keterlaluan dan terlalu lama akan membuat kita tertekan. 
Usah terlalu banyak berkalau, nanti apapun tidak jadi.
Fikirkanlah yang baik-baik untuk kita dan semua. Doakan yang baik-baik.
Hadapilah sebarang kemungkinan dengan dada yang lapang dan berfikiran positif.
Letakkan kepercayaan kepada orang sekeliling kita... tapi kena lihat dan pantau juga,
Yakinlah dengan potensi dan kebolehan yang ada.

Buatlah pilihan yang terbaik untuk kita dan orang lain.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Rabu, 18 Mac 2020

TITIK POSITIF HARI 78 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 78 2020
18 Mac 2020M
23 Rejab 1441H
Rabu

Andai kita tahu....
Apabila seseorang menjadi degil, bukan bermakna untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauhmana kita mampu bersabar dengan karenahnya...
tetapi juga dia mahu menguji kreadabiliti kita... atau Allah sedang sedang menggilap kita supaya menjadi lebih cekal dan jujur.

Buatlah pilihan yang terbaik untuk kita dan orang lain.
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif