* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 18 April 2020

TITIK POSITIF HARI 109 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 109 2020
18 April 2020M
24 Syaaban 1441H
Sabtu

AMMARAH .. APA PILIHAN KITA?

Bila kita melihat anak kita merosakkan barang kita, apa pilihan kita?

1) Herdik : Mungkin boleh memuaskan hati dan nafsu ammarah kita, namun ia boleh memberikan kesan yang teruk kepada emosi anak.

2) Maki : Apa akan berlaku sekiranya waktu itu, setiap makian kita tiba-tiba boleh menjadi satu doa yang tidak baik untuk anak kita. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut ibubapa umpama doa untuk anak-anaknya.

3) Pukul : Adakah sesuai dilakukan ketika marah. Khuatir akan boleh mencederakan dan akhirnya merosakkan kepercayaan anak-anak kepada kita.

4) Tegur : Memberi teguran tanpa emosi ammarah. Rasionalkan keburukan dan kebaikan.

5) Syukur : Paling tidakpun kita tahu anak-anak kita sedang meneroka sesuatu dalam kehidupan mereka.
 
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 17 April 2020

TITIK POSITIF HARI 108 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 108 2020
17 April 2020M
23 Syaaban 1441H
Jumaat

Sehitam manapun sejarah hidup kita, selagi kita masih bernyawa, kita tetap berpeluang untuk bertaubat dan menjadi ahli syurga.
Pintu taubat sentiasa terbuka.

Pesan Imam Al-Ghazali 

1. Yang singkat itu waktu.
2. Yang dekat itu mati.
3. Yang besar itu hawa nafsu.
4. Yang berat itu amanah.
5. Yang ringan itu berbuat dosa.
6. Yang sulit itu ikhlas.
7. Yang berharga itu iman.
8. Yang neraka itu lidah.
9. Yang menipu itu dunia.
10. Yang lupa itu bersyurkur.
11. Yang merosakkan amalan itu mengumpat.
12. Yang menenangkan jiwa itu sahabat sejati.
13. Yang ditunggu Allah SWT ialah taubat hambanya.
 
JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

Hentikan penyebaran berita palsu!

Reaksi :  

Hentikan penyebaran berita palsu!
Anda boleh didakwa jika didapati bersalah.

PKP Fasa 3 : 15-28 April 2020

Reaksi :  

TERUSKAN AKTIVITI PENDIDIKAN ANAK-ANAK YANG MENYERONOKKAN SEPANJANG PKP

Reaksi :  


Sukacita dimaklumkan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia terus berusaha bagi memastikan aktiviti pendidikan yang menyeronokkan terus berlangsung sepanjang anda duduk di rumah. 

Program *BACA DAN KONGSI* serta *TULIS PUISI TENTANG MEMBACA* berlangsung sepanjang *16-30 April 2020* dan ianya terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah KPM di seluruh Malaysia. 

📄*Anda kongsi puisi asli tulisan anda sendiri tentang membaca? *
Yang terbaik kami terbitkan dalam antologi khas MBKM.

🎥*Anda kongsi klip video asli mengenai buku menarik yang telah anda baca? *
Yang terbaik kami muat naik ke portal dan kami sediakan hadiah istimewa. 

Layari kedua pautan ini untuk maklumat lanjut:

https://www.facebook.com/110332217158326/posts/152450926279788/?d=n

https://www.facebook.com/110332217158326/posts/152451749613039/?d=n

#majlisbukukebangsaanmalaysia
#bahagiansumberdanteknologipendidikan
#kementerianpendidikanmalaysia
#tulispuisitentangmembaca
#bacadankongsi
#pkp

Proses Penilaian Pertama PBPPP Tahun 2020

Reaksi :  

KAWALAN DALAMAN JPN JOHOR : 18 JUN 2020
Khamis, 16 April 2020

TITIK POSITIF HARI 107 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 107 2020
16 April 2020M
22 Syaaban 1441H
Khamis

DENGAR SUARA HATI

Suara hati/perasaan kita akan memberitahu apa yang sedang berlaku, apa yang kita perlukan dan apa yang penting untuk diri kita.

Suara hati juga akan memberitahu bila kita perlu menjaga diri kita seperti... mencari rakan dikala sunyi., menangis bila sedih, menyanyi, mula ingat Yang Maha Pencipta dan tersenyum bila kita gembira.

Kita boleh aje berpura-pura.. Tapi kita tidak boleh menipu diri sendiri.
Kita boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa, namun kita tetap ada perasaan.

Ada kalanya kita merasa keseorangan, disayangi, dibenci, ketakutan, kesedihan, tiada upaya, malu dan sebagainya.

Tidak salah jika kita meluahkan perasaan kita sesuai dengan tempat dan keadaan serta masa yang tepat.. Kerna.. memendam perasaan jauh lebih menyakiti daripada meluahkannya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA