* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 25 April 2020

TITIK POSITIF HARI 116 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 116 2020
25 April 2020M
2 Ramadan 1441H
Sabtu

AMANAH BUKAN MUSIBAH


Agama bukan untuk kosmetik.
Ibadah bukan untuk kosmetik.
Keluarga bukan untuk kosmetik.
Kawan bukan untuk kosmetik.
Jawatan bukan untuk kosmetik.
Pangkat bukan untuk kosmetik.
Ilmu bukan untuk kosmetik.
Akhlak dan sahsiah bukan untuk kosmetik.
Ucapan dan tulisan bukan untuk kosmetik.
Kebaikan yang dibuat juga bukan untuk kosmetik.
Organisasi dan jemaah bukan untuk kosmetik.

Semua itu bukan untuk kepura-puraan.
Semua itu adalah amanah.
Jagalah amanah yang diberikan kepada kita.
Jangan biarkan amanah menjadi musibah ke neraka.
Binalah jambatan ke syurga bukan tembok.

Kadang kita silap.. Pintu taubat tetap terbuka.
Allah sedang mendidik kita dengan Covid-19.
Carilah pengajarannya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

Jumaat, 24 April 2020

TITIK POSITIF HARI 115 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 115 2020
24 April 2020M
1 Ramadan 1441H
Jumaat

Setelah turun hujan, selalunya ada pelangi yang indah.

Semoga setelah kesedihan dan kegelisahan kita, Allah turunkan kebahagian dan ketenangan di hati kita.
Terus berdoa.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

Khamis, 23 April 2020

TITIK POSITIF HARI 114 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 114 2020
23 April 2020M
29 Syaaban 1441H
Khamis

BINA JAMBATAN, BUKAN TEMBOK

Halangan boleh berlaku di mana-mana.. di dalam diri atau di luar diri kita.
Halangan juga boleh berlaku dalam organisasi atau di luar organisasi.

Jadinya... tukarlah cara berfikir dan cara pandang kita dalam menghadapi masalah atau isu atau halangan.
Tukarlah cara kita meletakkan tanggapan. Jika cara berfikir kita sama, tidak berubah, maka hasilnya juga akan sama.
Binalah  jambatan yang mungkin sebelum ini banyak halangan atau ada tembok pemisah. Jambatan akan menghubungkannya, manakala tembok akan memisahkannya.

Tidak salah mengalah dalam membina jambatan untuk maslahah yang lebih besar.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA