* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 2 Mei 2020

MEKANISME TINDAKAN SEKTOR JPN JOHOR

Reaksi :  
MEKANISME TINDAKAN SEKTOR JPN

Slik klik untuk keterangan lanjut⬇️
http://online.anyflip.com/sldj/rhbg/

Untuk muat turun di portal JPNJ⬇️
https://jpnjohor.moe.gov.my/206-topik-utama/8030-muat-turun

#KPM
#PendidikanUntukSemua
#JPNJ
#PendidikanHolistik
#MengoptimumkanPotensi
#MemaksimumkanKeberhasilan

Youtube rasmi JPNJ :
Official JPN Johor
https://m.youtube.com/channel/UCkHRMXgLUin9aLYBkNJW6Ew

Facebook rasmi JPNJ :
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
@jpnjohormedia
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

NORMA BAHARU BUDAYA KERJA PERKHIDMATAN AWAM

Reaksi :  
NORMA BAHARU BUDAYA KERJA PERKHIDMATAN AWAM

Datuk Seri Mohd. Zuki bin Ali
Ketua Setiausaha Negara
2 Mei 2020
Jumaat, 1 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 122 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 122 2020
1 Mei 2020M
8 Ramadan 1441H
Jumaat

JUJUR TERANIAYA


Mungkinkah ada dalam sesebuah jemaah atau organisasi atau institusi?
Tidak mustahil di dunia akhir zaman.
Sejarah juga banyak yang membuktikannya.

Sekadar untuk SELF AUDIT. Positif di sebalik pengajarannya.



Orang yang jujur dan berkeupayaan adakalanya menerima nasib yang malang dalam sesebuah organisasi. Keberanian berkata benar kerap dilabel sebagai penderhakaan.  
Sebaliknya yang berpura-pura ....  'banyak kerja' dan berlagak pandai kerap dianggap paling berjasa dan setia kerana kepandaiannya mengampu.
Ramai pemimpin yang awalnya baik dan kompeten telah bertukar menjadi sebaliknya...angkara orang sekeliling yang menipunya dengan input-input palsu dan tidak berpijak di bumi nyata!
(Pahrol Mohamad Juoi)

Jauhilah sikap kepura-puraan yang diselubungi dengan kosmetik-kosmetik mewah.
Masa untuk membiasakan yang betul, betulkan yang biasa.


JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Khamis, 30 April 2020

TITIK POSITIF HARI 121 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 121 2020
30 April 2020M
7 Ramadan 1441H
Khamis

UBAH SANGKA

Setiap sangkaan itu akan lahir secara spontan. Itulah kebiasaan yang tercipta daripada normal yang kita sendiri yang membentuknya. Kebiasaan dengan kebaikan akan melahirkan sangkaan yang baik dan kebiasaan dengan keburukan akan berlaku sebaliknya.

Kita tidak mampu mengubah buruk sangka orang pada kita, tetapi kita mampu mendidik diri agar berbaik sangka kepada orang lain.
Didiklah hati kita dengan kebaikan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Rabu, 29 April 2020

TITIK POSITIF HARI 120 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 120 2020
29 April 2020M
6 Ramadan 1441H
Rabu

RAMUAN KEBAHAGIAAN

Kebahagian diri dan keluarga adalah satu anugerah besar yang Allah berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Antara ramuan yang pernah dititipkan oleh orang terdahulu ialah :

1) Takwa kepada Allah SWT.
2) Solah berjemaah dengan keluarga.
3) Bertolak ansu, juga berhikmah.
4) Jaga empat masa :  Secret Time, Private Time dan Public/Ummah Time
5) Tidak menyalahkan orang lain, sebaliknya menyalahkan diri sendiri dan cuba cari jalan nak jadi baik.
6) Tanamkan semangat untuk sentiasa membahagiakan orang lain.
7) Tenang dalam diri dan luar diri.
8) Hormat menghormati.
9) Jaga kerahsiaan.
10) Jaga pertuturan dan tindakan.
11) Berterus terang.
12) Tidak berpura-pura.
13) Menghargai potensi orang lain.
14) Sabar.
15) Doa berterusan untuk semua.
16) Sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain.
17) Jauhi maksiat.
18) Sedia dibimbing dan membimbing.
19) Rendah diri dan tidak ego.
20) Sentiasa memandang baik dan tidak menyalah sangka.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Selasa, 28 April 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4 : 29 APRIL - 12 MEI 2020

Reaksi :  



PATUHILAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

TITIK POSITIF HARI 119 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 119 2020
28 April 2020M
5 Ramadan 1441H
Selasa

JADILAH SEORANG DENGAN DIRINYA YANG SEBENAR (TRUE SELF)

Aku seorang hamba Allah yang taat.
Aku ikut hukum syariat.
Sayang semua orang tanpa syarat.
Mengharapkan syurga tanpa hisab.
(Prof.Dr.Muhaya)

Ciptalah identiti yang sebenar, bukan kepura-puraan atau lakonan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/


Isnin, 27 April 2020

TITIK POSITIF HARI 118 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 118 2020
27 April 2020M
4 Ramadan 1441H
Isnin



طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس
Beruntunglah bagi sesiapa yang sibuk dengan keaiban dirinya berbanding mencari keaiban orang lain. Biasakan memperbaiki diri dengan melihat apa yang boleh kita kawal.
Buatlah pilihan yang bijak untuk memperbaiki keadaan menjadi lebih baik. Rahsia orang yang berjaya ialah terus berusaha dan sedia berkorban demi masa depan yang lebih cerah.
Sibukkan diri kita dengan menggunakan semua kekuatan yang ada dalam diri kita bagi  mengenalpasti potensi diri dan tingkatkan keilmuan, kepakaran dan mengamalkannya.
Jaga aib orang untuk memperbaiki diri kita.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Ahad, 26 April 2020

TITIK POSITIF HARI 117 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 117 2020
26 April 2020M
3 Ramadan 1441H
Ahad

TERBIASA DENGAN KEBIASAAN

Ciptalah kebiasaan dengan mengiring perbuatan buruk dengan perbuatan yang baik.
Jika kesalahan itu adalah membicarakan keburukan orang lain, maka kebaikan itu adalah dengan memuji orang tadi di hadapan orang yang diajak berghibah sebelumnya.

Hapuskanlah pengaruh kejahatan dengan kebaikan. Lambakkan kebaikan mengatasi keburukan.
Jangan jadikan kebaikan yang dibuat menjadi buruk di sisi penilaian Allah SWT kerana Allah hanya menilai hati yang tulus dan benar.
Hati menjadi keutamaan dalam meletakkan nilai perbuatan itu baik atau sebaliknya.


Rasulullah SAW bersabda,
“Bertakwalah di mana pun engkau berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, niscaya ia akan menghapusnya, dan perbaikilah manusia dengan akhlak yang baik.“ 
(HR. Ahmad dan Tirmizi dari Abu Dzar. Tirmizi berkata: Hadist ini hasan sahih).

Perbuatan buruk atau maksiat yang dilakukan tanpa sengaja akan terhapus oleh perbuatan baik.
1. Jika kesalahan itu adalah membicarakan keburukan orang lain di hadapan seseorang, maka kebaikan itu adalah dengan memuji orang tadi di hadapan orang yang diajak berghibah sebelumnya, atau ia beristighfar kepada Allah.
2. Jika keburukannya itu adalah mencela seseorang di hadapan orang lain maka kebaikannya itu adalah menghormatinya, memuliakannya, dan menyebutnya dengan kebaikan.
3. Orang yang kejahatannya adalah membaca buku-buku yang buruk, maka kebaikannya adalah membaca Al-Qur’an, hadis, dan ilmu-ilmu yang bermanfaat.
4. Orang yang keburukannya mengherdik kedua orang tua maka kebaikannya itu adalah dengan berlaku sebaik-baiknya kepada kedua orang tuanya dan memuliakannya, serta berbuat baik kepadanya, terutama saat mereka di usia lanjut.
5. Orang yang keburukannya adalah memutuskan silaturahmi serta berbuat buruk kepada saudara maka kebaikannya adalah berbuat baik kepada mereka serta berusaha menjaga persaudaraan, walaupun mereka memutuskannya, dan memberi mereka walaupun mereka belum pernah memberi.
6. Jika keburukannya adalah duduk dalam tempat hiburan, main-main, dan melakukan yang haram maka kebaikannya itu adalah duduk di tempat kebaikan, dzikir, dan ilmu yang bermanfaat.
Keburukan harus dilawan dengan kebaikan, seperti dijelaskan oleh Imam al-Ghazali bahwa orang yang sakit diubati dengan lawannya penyakit itu.
Biasalah yang baik-baik.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA