* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 16 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 137 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 137 2020
16 Mei 2020M
23 Ramadan 1441H
Sabtu

GURU PERTAMA

Siapa guru pertama kita?
Mungkinkah ibu kita?
Kita telah banyak belajar sesuatu semasa masih dalam kandungan ibu lagi.
Bila kita lahir? Siapa yang kita cari?
Ayah atau ibu?
Ibu kita lebih lama berdampingan dengan kita berbanding ayah.
Kita belajar sesuatu daripada ayah.. dan kita juga belajar banyak perkara daripada ibu secara langsung atau tidak langsung.

Selepas itu kita belajar daripada guru-guru kita di sekolah atau halaqah atau usrah yang kecil atau di mana-mana institusi pendidikan formal atau tidak formal.
Hasil daripada semua yang kita telah lalui, kita menjadi apa yang kita jadi sekarang.
Semuanya bermula daripada ibu dan bapa kita.
Hadiahlah kebaikan yang kita buat hari ini, untuk ibu dan ayah kita. Doa dan amalan soleh anaklah yang akan menjadi bekalan dan cahaya buat mereka selepas mati.

Tarikh 16 Mei setiap tahun kita menyambut Hari Guru. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.


ANUGERAH PERTAMA TOKOH GURU (1975) telah diberikan kepada Cikgu Zainun bte Munshi Sulaiman, Cikgu Mohd. Nor bin Ahmad, Cikgu Ting Pin Sung, Cikgu A.V. Perumal dan Cikgu Tan Chong Bee.
  • Guru adalah seorang insan yang mulia dan tinggi kedudukannya.
  • Tugas guru atau mendidik adalah satu tugas yang mulia kerana ia juga adalah tugas para nabi dan rasul.
  • Di dalam al-Quran dan juga hadih Nabi SAW banyak menceritakan akan galakan untuk menuntut ilmu dan salah satu wasilah atau caranya adalah dengan berguru.
  • Para guru dan pendidik akan mendapat pahala yang besar dengan setiap ilmu yang diajarkannya.
  • Kesemua makhluk Allah SWT samada di langit atau di bumi sentiasa mendoakan kebaikan kepada para guru dan pendidik.
  • Mendidik atau mengajar akan terselamat dan bebas daripada laknat Allah SWT.
  • Setiap yang diajar itu akan mendapatkan pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.
Antara ciri-ciri atau sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar guru atau pendidik adalah:
  • Perlu ikhlas dan jujur dalam setiap perkara yang disampaikan.
  • Mestilah bersifat penyayang terhadap setiap anak didiknya.
  • Menjadikan Rasulullah SAWsebagai qudwah atau ikutan.
  • Menjiwai ilmu yang ada di dada dan menyampaikannya dengan sebaik mungkin.
  • Hendaklah mengikut tahap yang sesuai dengan umur dan akal pelajar dengan ilmu yang disampaikan.
  • Bersabar dalam setiap perkara.
  • Bersifat adil dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih.
  • Amanah dan memberi komitmen dalam setiap tugas yang diberikan.
  • Membuat persediaan yang secukupnya sebelum memulakan pengajaran.
  • Berketrampilan menarik dan kemas.
  • Sentiasa mendoakan kebaikan buat anak-anak didiknya.
  • Memberi pendidikan kepada murid sesuai pada zaman mereka.
“Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah SWT dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian dan tanpa mengharapkan rezeki daripadanya”. 

(Imam Al-Mawardi)

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2020
BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

"TERIMA KASIHH CIKGU"

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2020

Reaksi :  




Jumaat, 15 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 136 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 136 2020
15 Mei 2020M
22 Ramadan 1441H
Jumaat

DI KALA SUBUH

Jika subuhnya tiada dijaga
Pada wajahnya tiada cahaya

Jika subuhnya sengaja terlupa
Tanda imannya tiada bernyawa

Jika subuhnya terasa berat
Tanda munafik sudah mendekat

Jika subuh tiada dipeduli 
Tanda iman menghampiri mati 

Jika subuhnya tiada berjama’ah
Tanda hidupnya akan hilang barakah

Jika subuhnya tiada ke masjid
Tanda imannya ada penyakit

Jika subuhnya selalu terlewat
Tanda imannya semakin cacat

Jika subuhnya di akhir waktu
Tanda iman semakin kelabu

Jika subuhnya hari dah siang
Tanda rezekinya sudah hilang

Jika di subuh masih berdengkur
Tanda syaitan memeluknya tidur 

Perbaiki subuh kita.
Mulakan permulaan setiap hari kita dengan kebaikan terbaik.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA


12 Mei 2020 (Selasa)🗓
2.15ptg🕑

Melalui laman media sosial Youtube Jabatan Pendidikan Negeri Johor (secara dalam talian)📱💻

Url pautan adalah seperti berikut⬇️
https://bit.ly/MajlisMengetikAkhir-PPJ

#KPM
#PendidikanUntukSemua
#JPNJ
#PendidikanHolistik
#MengoptimumkanPotensi
#MemaksimumkanKeberhasilan

Youtube rasmi JPNJ :
Official JPN Johor
https://m.youtube.com/channel/UCkHRMXgLUin9aLYBkNJW6Ew

Facebook rasmi JPNJ :
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
@jpnjohormedia
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my
Khamis, 14 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 135 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 135 2020
14 Mei 2020M
21 Ramadan 1441H
Khamis

SALAH KITA


Salah kita jika tidak ikhlas.
Salah kita jika tidak jujur.
Salah kita jika sering terlepas pandang.
Salah kita jika tidak peka kepada info.
Salah kita jika sering alpa.
Salah kita jika selalu memandang remeh.
Salah kita jika memandang ringan.
Salah kita jika ego dalam kejahilan.
Salah kita jika sering berprasangka.
Salah kita jika hanya alim pada kata-kata dan tulisan, tapi tidak pada tindakan.
Salah kita jika sentiasa mengambil yang paling minima, tanpa berlebih.
Salah kita jika berkira-kira.
Salah kita jika hanya melihat, mendengar tapi tidak meresap.
Salah kita jika tidak menjiwai fungsi dan peranan.
Salah kita jika tiada rasa bertanggungjawab.
Salah kita jika sering berjanji, tapi mungkir.
Salah kita jika dalam penipuan dan kepura-puraan.
Salah kita jika berwajah hipokrit.
Salah kita jika diskriminasi dan membeza-beza.
Salah kita jika tidak mengambil peluang untuk kebaikan yang lebih besar, bukan untuk diri sendiri.
Salah kita jika sering membetulkan orang lain, tapi tidak kepada diri sendiri.
Salah kita jika selalu melanggar peraturan dan disiplin.
Salah kita jika mengatur peraturan untuk kepentingan sendiri.
Salah kita jika hanya tidak berbuat apa-apa.
Salah kita jika mendesak tika terdesak.
Salah kita jika tiada perancangan.
Salah kita jika tidak bergerak ke depan, tapi berundur ke belakang.
Salah kita jika tidak memberi peluang.
Salah kita jika tidak taat.
Salah kita jika merasa terlebih layak bukan melayakkan.
Salah kita jika menarafkan diri melebihi tarafan yang sebenar.
Salah kita jika tidak yakin.
Salah kita jika tidak bertawakal dan berserah kepada Yang Maha Esa.
Salah kita dan salah kita, bukan orang lain.
Salah kita jika tidak meminta maaf dan memaafkan.
Salah kita jika tidak menerima dan mengaku kesilapan.
Salah kita jika terus menuduh ketika tertuduh.
Refleksilah diri untuk menjadi lebih baik.
Dunia taubat terbentang luas. Kejarlah sebelum terlambat.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Rabu, 13 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 134 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 134 2020
13 Mei 2020M
20 Ramadan 1441H
Rabu

Bukan soal jauh atau megahnya tempat kita menggali ilmu, tapi bagaimana cara kita menggali dan mengamalkan serta menyampaikannya kepada orang lain itulah yang lebih penting.

Bukan soal pandai dan hebatnya guru tempat kita menggali ilmu, tapi bagaimana kita tangkap dan simpan ilmu mereka itu yang lebih penting. 

Bukan soal indah dan mahalnya tempat yang kita tinggal, tapi bagaimana kita hidupkan tempat tersebut dengan ilmu itulah yang lebih penting!

Ustaz Wadi Annuar Ayub

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Selasa, 12 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 133 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 133 2020
12 Mei 2020M
19 Ramadan 1441H
Selasa

SAHABAT KITA

Jika sahabat kita berbuat buruk terhadap kita, catat keburukannya di atas pasir agar angin dapat menghapusnya.

Jika sahabat kita berlaku baik terhadap kita, ukir kebaikannya di atas batu agar angin tidak dapat menghapusnya.

Kenanglah setiap kebaikan yang kita terima dan lupakanlah setiap keburukan yang kita terima, nescaya  persaudaraan kita tidak akan terputus.

* Kalau kita berbuat baik seribu kali, jangan harap seorangpun memberikan pujian. Kalau kita membuat kesalahan sekali, kita harus siap sedia menghadapi banyak kemungkinan.*

Teruskan kebaikan.. jadikan langkah-langkah kita di jalan kebaikan itu seperti melangkah di pasir yang basah. 
Tidak terdengar suaranya, namun bekasnya nampak dengan jelas.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Isnin, 11 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 132 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 132 2020
11 Mei 2020M
18 Ramadan 1441H
Isnin

LUPA DIRI

Kadang kita lupa ketika takabur.
Kadang kita lupa ketika sombong.
Kadang kita lupa ketika kita merasa diri hebat.
Kadang kita lupa ketika kita pongah berdiri, dagu terangkat.
Kadang kita lupa, kita hampir merampas peranan Tuhan.
Kita mula lupa siapa diri kita. Kita hanya seorang hamba.
Kita terus alpa dalam kemegahan makhluk yang tentunya tidak akan ke mana-mana.
Jauhilah diri kita daripada sikap tidak mahu mengaku kelemahan dan kesilapan diri.

Perbaikilah . Tertinggal bubur nasi, mungkin tidak akan menjejaskan kita, namun bila nasi telah menjadi bubur, mungkin kita tiada lagi peluang untuk berpatah balik.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Ahad, 10 Mei 2020

TITIK POSITIF HARI 131 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 131 2020
10 Mei 2020M
17 Ramadan 1441H
Ahad

SEDANG BERHIJRAH, BUKAN DAH BERHIJRAH 



Kita lupa...  rupanya salah satu guru yang terbaik kita adalah hari semalam kita.
Maka sebab itu, seandainya kita tidak dapat belajar daripada guru yang terbaik, maka siapakah lagi guru terbaik yang akan mengajar kita?
... kerana rupanya... dengarnya seperti sesuatu yag sangat simple... tetapi Rasulullah SAW berjaya membentuk sebelum manusia berhijrah. 
Kita tidak seperti duduk di zaman para sahabat .. Para sahabat seperti sentiasa ada api dalam diri dan persekitaran yang mendorong mereka untuk sentiasa berbuat lebih baik.
Dan.. mereka berlumba-lumba untuk sentiasa membuat lebih baik.. sentiasa buat lebih baik.

Maka berlakulah proses hijrah tersebut .. berterusan .. berterusan ... berterusan .. Grafnya meningkat dan tidak hanya mendatar.. Tidak menjunam turun ke bawah.
Sebab .. hijrah adalah proses .. hijrah itu bukan satu event .. bukan satu kejadian .. tetapi sebuah proses berpanjangan.

Tidak boleh kata kepada seseorang : " Saya dah berhijrah " .. itu perkataan yang tidak tepat.
Sebab .. hijrah ini adalah proses yang tak berhenti-henti.. proses setiap jam.. setiap 24 jam..
Bukannya.. maknanya... prosesnya .. " oo dulu saya dah berubah.. AlHamdulillah... Allah bagikan saya hidayah dan sekarang saya dah berhijrah. "

Istilah " Dah berhijrah " itu tidak tepat .. bukan dah berhijrah .. "saya sedang berhijrah".. "saya sedang berhijrah".. 

Bila berakhir ? sampai malaikat maut datang kepadanya, berakhirlah kisah hijrahnya. 
Inilah menjadi doa-doa kita : ....

YA ALLAH, TOLONGLAH YA ALLAH.. 
JADIKANLAH KAMI .. HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM.
DAN JADIKANLAH HARI ESOK KAMI LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI. 

Seolah-olah dalam Islam.. tarbiahnya mengajar pada setiap 24 jam perlu berlaku perubahan dan hijrah diri pada setiap orang. 

https://www.youtube.com/watch?v=7qPfMDr8HuY

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA