* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 20 Jun 2020

TITIK POSITIF HARI 172 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 172 2020
20 Jun 2020M
28 Syawal 1441H
Sabtu

Jagalah fikiran kita, kerana ia akan menjadi perkataan kita.
Jagalah perkataan kita, kerana ia akan menjadi perbuatan kita.
Jagalah perbuatan kita, kerana ia akan menjadi kebiasaan kita.
Jagalah kebiasaan kita, kerana ia akan membentuk karektor kita.

Seseorang itu akan mati sesuai dengan keadaannya ketika hidup.
Kebiasaan seseorang dalam kehidupannya akan mengingatkannya menjelang kematian.

Jika kita terbiasa melakukan ketaatan, maka itulah yang akan kita ingat ketika sakaratul maut.
Jika maksiat yang lebih banyak dilakukan, maka itulah yang akan kita ingat.
Sehinggalah ketika kematian kian hampir, maka kita akan dikuasai oleh syahwat atau hasrat untuk bermaksiat.

Keakraban dengan kemaksiatan akan menyebabkan kita selalu ingat dan cenderung kepadanya hatta di saat kematian.

Justeru.. perbaikilah urusan akhirat kita. Maka Allah akan memperbiki dunia kita.
Perbaikilah batin kita, nescaya Allah akan memperbaiki zahir kita.

"Sesungguhnya kuburan adalah tempat pertama dari hari akhir. Barangsiapa yang selamat di dalamnya, maka setelahnya akan lebih mudah baginya, dan barangsiapa yang tidak selamat, maka setelahnya akan semakin mengerikan baginya"
(HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan al-Hakim, hadits dari 'Utsman bin Affan, lihat Shahiihul Jaami' ash-Shaghiir no.1684)

"Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka ? Amat buruklah apa yang mereka sangka itu"
(QS. Al-Jatsiyah [45] : 21)

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 19 Jun 2020

TITIK POSITIF HARI 171 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 171 2020
19 Jun 2020M
27 Syawal 1441H
Jumaat

SEPULUH HAK

1. Hak kepada diri sendiri.
Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan bercakap dan berpada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat Maut.
Qada' segala kewajipan yang tertinggal atau tercicir. Memohon maaf daripada orang lain. Bersedia untuk mati dan cinta kepada Allah SWT.

3. Hak kepada kubur.
Membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir.
Tidak berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan.
Menahan kemarahan banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada Titian Sirat.
Membuang tabiat suka mengumpat, wara', bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik.
Menangis lantaran takutkan kepada Allah SWT, memperbanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan (Penjaga Syurga)
Redha dengan qada' Allah SWT, sabar menerima bala' dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah SAW.
Sering berselawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada Allah SWT
Mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah menausia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah."

(Imam Asyafie)

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

TITIK POSITIF HARI 170 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 170 2020
18 Jun 2020M
26 Syawal 1441H
Khamis

JAGA-JAGA

Jaga lisan daripada kalimah yang melukai orang lain.
Jaga tangan daripada menulis hal-hal yang boleh mengeruhkan keadaan.
Jaga hati untuk tidak mempunyai persepsi negatif atau buruk sangka pada orang lain.
Jaga tindakan ini agar kita termasuk golongan orang-orang yang tidak dipersoalkan Allah SWT.
Jaga mata untuk melihat perkara yang baik sahaja.
Sesungguhnya telinga, penglihatan dan hati masing-masing akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Khamis, 18 Jun 2020

TITIK POSITIF HARI 169 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 169 2020
17 Jun 2020M
25 Syawal 1441H
Rabu

ORANG STRES

Orang stres .. dia bukan menjalani kehidupan tetapi menjadi mangsa kehidupan.
Apabila sesuatu perkara berlaku, dia rasa tak berupaya nak lawan.
Dia jadi mangsa tak boleh buat apa-apa.
Jadi.. kita mestilah seperti orang 'kulit tebal'.
Apapun berlaku, kita tak akan biarkan beri kesan kepada kita.
Maknanya kita buat keputusan setiap hari untuk jadi orang yang tenang, bahagia dan gembira.
(Datuk Prof. dr. Muhaya Mohamad)


SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA