* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 18 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 200 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 200 2020
18 Julai 2020M
26 Zulkaedah 1441H
Sabtu

KURANG SABAR

Satu pagi ketika bersarapan bersama keluarga.
anak telah menumpahkan kopi ke baju kita. 
KIta memarahi anak dengan kasar dan anak menangis.
…kita memarahi isteri kerana meletakkan cawan itu di tepi meja..pertengkaran berlaku.
Kita masuk bilik.. menukar baju, kemudian turun, dan anak tadi masih menangis, belum habis sarapan ... terlambat, lalu ketinggalan bas sekolah.
isteri yang dimarahi tadi terus ke tempat kerja dengan hati yang gundah.
Kita terpaksa menghantar anak ke sekolah dengan memandu laju dan .. kena saman pulak oleh polis trafik.
anak turun kereta, terus berlari ke kelas tanpa salam , tanpa pelukan, tanpa berkata apa-apa.
Kita sampai pejabat lewat , baru teringat tertinggal beg tertinggal....
stafpun terkena tempiasrosak kehidupan harian pada hari tersebut.

…balik rumah, bermasam muka dengan isteri dan…. lagi-lagi...

KENAPA ?

Adakah secawan kopi penyebabnya?
Adakah anak perempuan puncanya?
Adakah polis yang memberi saman punca angkara?
Atau
Adakah kita yang memulakannya?
  Jawapannya ….. KITA lah puncanya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 17 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 199 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 199 2020
17 Julai 2020M
25 Zulkaedah 1441H
Jumaat

LAGI-LAGI ... SABAR


Sabar... bukan hanya satu perkataan yang dituturkan.
Satu perkataan yang ringkas, tetapi mempunyai impak yang besar apabila diamalkan.
Sifat sabar berjaya memandu tindakan kita dalam kehidupan seharian.
Adanya sabar telah membolehkan kita hidup dalam aman dan damai.

Dengan sifat sabar, seorang guru mampu terus menjadi guru walaupun berhadapan dengan ragam murid yang bermacam-macam karenah.
Tanpa sabar, bilangan guru akan berkurangan kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah murid yang kadang-kadang mengundang rasa marah.

Dengan sifat sabar, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil sangat nakal dan tidak mendengar kata.
Tanpa sifar sabar, anak-anak kecil membesar dalam keadaan kurang kasih sayang kerana ibubapa yang kurang bersifat sabar dalam membesarkan anak-anak.

Dengan sifat sabar, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadangkala ianya sering diuji.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan menjadi keruh kerana tiada lagi sifat berlapang dada dan saling memaafkan.

Dengan sifat sabar, suami isteri terus melayari kebahagiaan hasil daripada sifat bertolak ansur, berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana sudah luntur sifat sabar dan bertolak ansur antara satu sama lain.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

TITIK POSITIF HARI 198 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 198 2020
16 Julai 2020M
24 Zulkaedah 1441H
Khamis

SABAR

Sabar mengandungi nilai yang tinggi dan utama di sisi agama dan budi pekerti.
Sabar bukannya sifat sampingan yang perlu dipilih tetapi suatu kemestian bagi mengangkat darjat agama dan akhlak diri sendiri.
Agama tidak akan mencapai kemenangan dan dunia tidak akan aman serta cita-cita tidak akan terhasil tanpa sifat sabar.
Semaikanlah sifat sabar dalam sanubari, kerana sifat sabar itu juga merupakan sifat para nabi yang menerima ujian dan dugaan dalam meneruskan dakwah kepada umatnya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA