* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 25 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 207 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 207 2020
25 Julai 2020M
4 Zulhijjah 1441H
Sabtu

BELAJAR DARIPADA KEHIDUPAN


Jangan berhenti belajar kersna kehidupan tidak pernah berhenti mengajar kita.
Namun, perlu diingat.. semasa kita sedang belajar, jangan salahkan sesiapapun.

Setiap hari adalah hadiah daripada Yang Maha Pencipta.
Hadiah itu adalah peluang untuk hidup, belajar dan terus berkembang.
Jadilah pelajar yang cemerlang kepada kehidupan. Nikmatilah dan seraplah segala pelajaran sebanyak yang boleh.
Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.
Tak mengapa, itu adalah perkara biasa.
Semua pengalaman adalah berharga dan penting untuk kita.
Tujuan hidup kita adalah untuk hidup dengan sepenuhnya, berfikiran terbuka, hati yang ikhlas dalam mencari redha Allah.
Insya Allah kita tidak akan menyesal menerima setiap pengalaman dan jalan hidup yang telah Allah tawarkan untuk kita.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Jumaat, 24 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 206 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 206 2020
24 Julai 2020M
3 Zulhijjah 1441H
Jumaat

Nilai kesabaran itu terlalu hebat.

Adakalanya kita perlu diam untuk tidak menyatakan apa yang ada di hati.
Kadangkala kita perlu pejamkan mata untuk tidak melihat sesuatu yang mengguris hati dan perasaan.
Adakalanya kita perlu bersendirian untuk kembali mencari kekuatan diri.

Namun... berhati-hati dengan permainan dunia.

Jangan jadikan diri kita seperti barang permainan.
Dicari ketika perlu.
Dibuang bila jemu.
Dipuji ketika sayang.
Dicaci bila benci.
Dimanisi ketika berdepan.
Dicukai di belakang.
Kerana semua orang mempunyai hati.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Khamis, 23 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 205 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 205 2020
23 Julai 2020M
2 Zulhijjah 1441H
Khamis

ADIK BERADIK


Jagalah hubungan adik beradik.. Zaman terus berlalu dengan laju tanpa henti.
Zaman kanak-kanak dan zaman dewasa jauh bezanya.
Bila Mak dan Ayah dah tiada nanti, merekalah yang menjadi pengganti tempat menumpang kasih.
Air dicincang tidak akan putus.
Darah yang mengalir dan daging yang menyaluti tubuh kita adalah daripada benih yang sama.
Sayang, benci, gaduh, bertikam lidah sekalipun, mereka tetap adik beradik kita di dunia dan di akhirat. 

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 

Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/
Rabu, 22 Julai 2020

TITIK POSITIF HARI 204 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 204 2020
22 Julai 2020M
1 Zulhijjah 1441H
Rabu

SEMAKIN JAUH... INILAH MASANYA



"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

74.  Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah : 74) 

Mungkin akan ada yang beranggapan, jika kita mahu memperbaiki diri, maka kita perlu tinggalkan semua perkara dunia yang kita ada. Karier, pelajaran, keluarga dan lain-lain. Jawapannya : Tidak. 

Sebaliknya, gunakanlah apa yang kita ada sekarang ini untuk menjadikan kita lebih dekat dengan kebenaran. Selagi ianya tidak menyalahi syariat, apa salahnya? Cuma kita kena sentiasa waspada kerana dunia ini sangat licik dan bijak menipu.

Jangan pula kita sendiri terjebak dengan tipu daya dunia.
Jangan pula kita menggandakan kesalahan demi kesalahan dengan mencipta kesalahan yang baharu bagi menutup kesalahan yang sedia ada.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA