* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 15 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 228 2020

Reaksi :  

 

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah


TITIK POSITIF HARI 228 2020
15 Ogos 2020M
25 Zulhijjah 1441H
Sabtu

Kita tidak boleh ubah daripada muka buruk menjadi handsome atau cantik, tapi kita boleh ubah daripada perangai buruk jadi berakhlak mulia.
Dan dalam hidup ini, tidak ada siapa yang mengerti diri kita melainkan dua orang :
1) Seorang yang pernah mengalami kesusahan seperti kita.
2) Seorang yang betul-betul menyanyangi kita.

Carilah rakan yang boleh menyokong kita menjadi lebih baik.


JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 14 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 227 2020

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 227 2020
14 Ogos 2020M
24 Zulhijjah 1441H
Jumaat

Tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama mengingati sesuatu yang menyakitkan hati kita.
Ingatlah berjuta kebaikan yang patut kita syukuri.

Ambillah kesakitan itu sebagai vaksin penyembuh hati.
Kalau tidak kerana bala, kita semua miskin pahala.

Dengan ujian, Allah SWT mendatangkan juga hikmahnya.
Ujian itu adalah peluang untuk kita membersihkan hati daripada sifat-sifat munafik yang tersembunyi.
Ujian juga satu kesempatan untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa.
Ujian adalah satu tapisan untuk Allah melihat sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambanNya.
Ujian juga satu kesempatan mendidikan peribadi kita sehingga berbudi bahasa dan berakhlak mulia.
Ujian ini kesempatan untuk kita menjadi kuat kerana semua kesusahan menuntut kesabaran bersamanya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA

TITIK POSITIF HARI 226 2020

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 226 2020
13 Ogos 2020M
23 Zulhijjah 1441H
Khamis

Kegagalan hari ini, jadikanlah sebagai pendorong, namun kejayaan semalam bukan untuk dimegahkan.
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. 
Gantunglah cita-cita setinggi bintang di langit dan rendahkanlah dirim kita serendah rumput di bumi.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Rabu, 12 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 225 2020

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 225 2020
12 Ogos 2020M
22 Zulhijjah 1441H
Rabu

HATI IBARAT LILIN

Hanya lilin yang hidup sahaja mampu menghidupkan lilin yang lain. Lilin yang mati, pasti tidak akan mampu menghidupkan lilin lain.
Begitu jugalah hati kita.
Andai hati kita hidup, dakwah kita, tulisan kita, pertuturan kita, tingkah laku dan watak kita pasti akan menghidupkan hati orang lain, lalu menjadi asbab hidayah untuk diri mereka. 
Namun, andai kita kerap berdakwah, namun di satu sisi, kita sering bermaksiat, tidak menjaga ibadah, adab dan tingkah laku kita, maka dibimbangi ianya tidak mampu menyentuh.. apa lagi menembusi hati orang lain.
Akhirnya kita kecundang dibawah bayangan diri sendiri.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

Selasa, 11 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 224 2020

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 224 2020
11 Ogos 2020M
21 Zulhijjah 1441H
Selasa

SINGKAT

Hidup ini singkat... maka janganlah membuatnya lebih singkat lagi dengan sesuatu yang sia-sia. Jangan sia-siakan masa yang ada kerana masa tidak pernah menunggu kita.
Carilah kesempatan di celah kesingkatan masa. 
Hidup memang kena banyak belajar dan mendengar. Tapi tidak semua yang kita dengar itu benar dan harus dipraktikkan. Lupakan kata-kata mereka yang tidak tahu tentang diri kita yang sebenar. 
Yang paling tahu tentang diri kita ialah kita sendiri.. Apa yang kita perlukan dan apa yang kita mahu, cuma diri kita sendiri.
Jangan sampai kita menyesal kerana membiarkan masa terus berlalu dengan sia-sia.
Buatlah sesuatu ....

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

Isnin, 10 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 223 2020

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 223 2020
10 Ogos 2020M
20 Zulhijjah 1441H
Isnin

Perkara yang boleh mengangkat darjat seseorang walaupun kurang ilmunya :

1) Pemaaf
2) Pemurah
3) Rendah Diri
4) Akhlak yang baik.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Page Facebook 1TP1H : https://www.facebook.com/1Titik-Positif-1Hari-108331407335273/

Ahad, 9 Ogos 2020

TITIK POSITIF HARI 222 2020

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth

Salam Mahabbah


TITIK POSITIF HARI 222 2020
9 Ogos 2020M
19 Zulhijjah 1441H
Ahad


Jangan rasa hebat apabila pandai memutar belitkan cerita yang benar menjadi palsu.
Ingatlah satu masa nanti ianya akan menjerat leher kita sendiri hingga tidak mampu berkata-kata.
Bawalah kebaikan, bukan mencipta pembohongan.

Orang yang membawa kebaikan kepada kita ada tiga ciri :
1) Orang yang membantu ketika susah.
2) Orang yang meninggalkan kita ketika susah.
3) Orang yang menyebabkan kita menjadi susah.

Kebaikan lahir apabila mereka melatih potensi diri kita untuk bersabar dan menjadikan pengalaman bersama mereka semakin mendewasakan kita serta menjadikan kita lebih bijaksana untuk memilih, juga berwaspada dalam membuat keputusan.

Ketika ada seseorang berbicara di belakang kita, itu tandanya kita telah maju dan berada di hadapan mereka.

Ketika ada seseorang berbicara merendahkan dan menjatuhkan kita, itu tandanya kita telah berada tinggi di puncak kegemilangan dan kukuh dengan matlamat hidup.

Ketika ada seseorang iri hati kepada kita, itu tandanya kita telah jauh lebih baik daripada mereka.

PAYUNG TIDAK DAPAT MENGHENTIKAN HUJAN,TETAPI BOLEH MENYEBABKAN ANDA BERLINDUNG DARIPADA HUJAN DAN MENCAPAI TUJUAN..

Orang hebat boleh gagal dan jatuh. Tetapi orang yang merendah diri dan bersabar akan mendapat petunjuk serta pertolongan Allah SWT

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA