* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Khamis, 18 Januari 2018

Permohonan UPU Online 2018

Reaksi :  

TITIK POSITIF HARI KE-17 2018 - 17/1/2018 29 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-17 2018 - 17/1/2018
29 Rabiul Akhir 1439H

RAKAN SETUGAS…SEORGANISASI

Dalam satu-satu organisasi, rakan setugas saling merangkai antara satu dengan yang lain.
Peranan dimainkan secara bersama ke arah satu halatuju yang jelas… dipandu dengan semangat kepemimpinan dan kepengikutan.
Setiap organisasi perlu ada seorang ketua sahaja, dan bukan semua orang mempunyai kelayakan menjadi ketua.
Umpama sebuah lori hanya dipandu oleh seorang pemandu dalam satu-satu masa.

Organisasi akan jadi lebih utuh bila mendapat kerjasama dan sokongan semua anggotanya.
Kepelbagaian pelbagai ragam, kerenah, budaya berfikir, budaya bekerja, pendekatan dan sebagainya akan lebih mematangkan kita bila kita melihat dari sudut pandang yang lebih luas dan positif.

Tetapkan halatuju dan sasaran utama organisasi, kenalpasti isu sebenar dan masalah, carilah punca sebenar, selesaikan dengan intervensi yang berfokus. Amalan kepimpinan pelbagai boleh diambil dalam didikan solat berjemaah kita…..lihat peranan imam dan makmum…ada rukun serta syarat.

Maaf kerana lewat kongsikan titik positif ini…sepatutnya semalam.
Moga bermanfaat..

BERKHIDMATLAH DENGAN HATI

#MersingHebat

#MengupayakanOrganisasi
Rabu, 17 Januari 2018

Pembatalan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015

Reaksi :  
Pembatalan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015
CUTI REHAT KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
 Muat Turun

Semakan tawaran NPQEL Ambilan 1 Tahun 2018

Reaksi :  
Semakan tawaran NPQEL Ambilan 1 Tahun 2018 boleh dilakukan melalui Sistem Dalam Talian NPQEL MPPS mulai 22 Januari 2018 hingga 4 Februari 2018. Layari Sistem NPQEL MPPS
Selasa, 16 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-16 2018 - 16/1/2018 28 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-16 2018 - 16/1/2018
28 Rabiul Akhir 1439H

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN
Apabila usia telah senja kita akan benar-benar menghayati dan menghargai kasih sayang sahabat, kejujuran & kesetiaan lantas hidup kita akan terasa sepi dan sunyi seandainya bersendirian tanpa rakan, teman dan sahabat.
Apabila sudah tua barulah tahu erti sahabat yang paling rapat kerana bukan saja menjadi seorang kawan, tetapi melebihi daripada itu kerana seorang sahabat lebih mengenali diri dan memahami hati kita.
Hidup bersahabat perlu mempunyai kesetiaan, keikhlasan dan kejujuran dalam apa juga keadaan sekalipun, malah sanggup berkongsi kesusahan, kesedihan, kesenangan dan kegembiraan.
Persahabatan yang erat semestinya perlu menjaga adab dan sopan dalam pergaulan seperti menjaga hati, amalkan sikap bantu membantu di samping menjaga tutur kata dan tingkah laku. Kita perlu mempertahankan nama, maruah dan diri sahabat kita daripada tercemar jika berlaku sesuatu pengkhianatan terhadap sahabat kita.

BERSAHABATLAH DARI HATI KE HATI

#MersingHebat

#TindakanSeAlimKata
Isnin, 15 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-15 2018 - 15/1/2018 27 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-15 2018 - 15/1/2018
27 Rabiul Akhir 1439H

UJIAN DAN MUSIBAH… KESULITAN TERPILIH
تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya kesulitan bersama kemudahan"

Hari ini Allah SWT uji kita dengan beberapa kejadian yang di luar jangka, tanah runtuh, kemalangan, hujan, banjir, kebakaran, kesakitan dll….semua tu kita tidak minta, tapi Allah datangkan juga.
Hanya orang yang berakal sahaja yang mampu menerima dan berfikir dengan waras.. apa lagi dalam masa yang sama banyak perkara yang perlu difikirkan dan diuruskan… tambahan pula kita juga tercabar dengan kerenah-kerenah manusia yang begitu kreatif.

Yang penting, kita jujur. Kami yakin bahawa warga Mersing Hebat mampu berfikir dengan waras dan boleh membezakan antara keutamaan...... terutama bila melibatkan anak-anak didik kita yang dahagakan ilmu dan bimbingan seorang guru.
Tahniah kepada semua.

Kita yakin bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kita telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.

POSITIF DENGAN MUSIBAH.
#MersingHebat

#TindakanSeAlimKata
Ahad, 14 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-14 2018 - 14/1/2018 26 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-14 2018 - 14/1/2018
26 Rabiul Akhir 1439H

KETULUSAN HATI.
AlHamdulillah, setiap orang mempunyai hati.
Tiada siapa mampu menduga ketulusan hati.
Ia umpama cerek yang muncungnya kecil.
Tiada siapa yang boleh melihat sehingga menerobos ke dalamnya.
Kejernihan isinya hanya dapat dinilai daripada apa yang keluar daripadanya.
Kata orang,  hati yang baik dan jujur adalah lebih baik daripada segala-galanya.

Peliharalah hati. Jauhi kerenah dan penyakit-penyakit rohani yang boleh merosakkan hati kita, sekaligus akan merosakkan amal kebajikan yang kita telah lakukan.
Kawallah hatimu sebelum kamu dipengaruhi oleh nafsu dan gundah gulana.
Wassalam.

#MersingHebat

#TindakanSeAlimKata
Sabtu, 13 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-13 2018 - 13/1/2018 25 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-13 2018 - 13/1/2018
25 Rabiul Akhir 1439H

Al-Hamdulillah.. Prihatin kepada orang lain. (Rahmah)
Kekalkan hati positf dengan musibah…

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ وَفُكُّوا الْعَانِيَ

Dari Abu Musa Al Asy'ari dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Berilah makan terhadap orang yang kelaparan, jenguklah orang sakit dan bebaskanlah tawanan." (HR Bukhari No: 5217) Status: Hadis Sahih

1.  Menjadi tanggungjawab setiap orang Muslim untuk memiliki sifat tolong menolong dan bantu membantu.
     Contoh :
a. Membantu mangsa banjir.
b. Memberi makan kepada orang yang kelaparan (orang yang susah),
c. Menziarahi orang sakit (bertanya khabar, mendoakan dan membantu apa yang perlu) 

2.  Jadilah kita orang yang prihatin dan menyayangi orang lain. Sifat kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain, bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada orang lain atau menjauhkannya daripada musibah atau bencana.

Menurut Al-Baghawi: Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula musibah yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninya hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau  Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya)” (Tafsir Al-Baghawi: 4/85)

Dan…. Setiap kesusahan mahupun keperitan itu sebenar sebagai penghapus dosa manusia.
Tahniah dan terima kasih kepada warga Mersing Hebat yang sentiasa bersiap sedia membantu mangsa banjir samada melibatkan warga sekolah atau masyarakat setempat.

#MersingHebat
#TindakanSeAlimKata
Jumaat, 12 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-12 2018 - 12/1/2018 24 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-12 2018 - 12/1/2018
24 Rabiul Akhir 1439H

Al-Hamdulillah.. Apa khabar semua?
Maaf kerana agak lewat menghebahkan perkongsian titik positif hari ini.. Jumaat, Penghulu segala hari.
Sucikanlah hati kita …
Imam al-Ghazali berpesan:

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Carilah hati, betulkan dan sucikan rohaninya. Hati juga ada penyakit…
Sebenarnya MATA boleh bertindak balas dengan keadaan hati.
Macam mana tu?

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

Positifnya … setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan musabbahnya. Qada’ dan Qadar …itu yang pasti.
Mata anugerah Allah…begitu juga hati.
Jihad yang paling utama bermula di hati.

#MersingHebat
#TindakanSeAlimKata
Khamis, 11 Januari 2018

Kenyataan Media KPM: Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) Tahun 2018

Reaksi :  

Katalog Senarai Buku Teks Baharu 2018

Reaksi :  
PEMBATALAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2015 Muat Turun

Halatuju Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Reaksi :  

Kembara Johor Showcase

Reaksi :  



Aspirasi Tuan PPD Mersing

Reaksi :