* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Isnin, 17 Februari 2020

TITIK POSITIF HARI 46 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 46 2020
15 Februari 2020M
21 Jumadal Akhirah 1441H
Sabtu

Apabila kita terlalu peduli tentang apa yang difikirkan oleh orang lain, kita tidak akan bebas untuk berjalan di jalan hidup sebagaimana yang kita mahukan.


#Mohd.RizalRais

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 

TITIK POSITIF HARI 45 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 45 2020
14 Februari 2020M
20 Jumadal Akhirah 1441H
Jumaat

Sesetengah orang terlalu banyak membuang masa hidupnya hanya mahu memikirkan apa orang kata bila mana mereka mahu melakukan sesuatu.

Pada dasarnya, apa yang mereka mahu lakukan itu perbaik baik dan manfaat buat diri dan keluarganya.

Apa yang lebih dasyat lagi apa yang mereka mahu lakukan itu halal dan tidak menyalahi hukum.

Tapi sayang.... akhirnya tidak dilakukan kerana takut dikecam, takut dipandang buruk, takut orang kata ketinggalan zaman, takut itu takut ini.

Adakah perlu dibazirkan masa begitu banyak hanya untuk berfikir apa orang kata?
Yakin lah!!
“Keyakinan tidak akan hilang dengan adanya sedikit syak”

#mohdrizalrais

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 

TITIK POSITIF HARI 44 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 44 2020
13 Februari 2020M
19 Jumadal Akhirah 1441H
Khamis

Kebencian hanya akan merugikan diri sendiri, senyumlah ketika disakiti.
Hati tanpa benci akan membentuk jiwa yang tegar dan damai.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 
Rabu, 12 Februari 2020

TITIK POSITIF HARI 43 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 43 2020
12 Februari 2020M
18 Jamadil Akhir 1441H
Rabu

JAUHI ORANG YANG NEGATIF


Kita sering terjumpa dengan orang yang sering melihat sesuatu dengan sisi yang negatif.
Mereka ini akan senang bila melihat kesalahan orang lain.
Mereka ini tergolong dalam kelompok orang perlu kita jauhi. Namun sekiranya kita mampu merubah keadaannya menjadi lebih baik dengan mendampingi mereka, maka itu lebih baik.

Siapa yang kita perlu jauhi ?

1) Orang yang suka negatif.
2) Orang yang suka mengeluh.
3) Senang mencari kesalahan orang lain.
4) Selalu mencari retak dalam cermin hidup.
5) Tidak melihat donut, tapi melihat lubangnya.
6) Mempercayai matahari muncul hanya untuk membentuk bayangan.
7) Hanya memadam lampu untuk mengukur kegelapan.

Orang yang tahu untuk sukses, perlu tahu untuk kerja keras. Namun mereka tetap tidak mahu bekerja keras lantaran malas.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif 

TITIK POSITIF HARI 42 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 42 2020
11 Februari 2020M
17 Jamadil Akhir 1441H
Selasa

Adab-Adab Ketika Berhujah

Ada sahabat-sahabat yang suka berhujah, namun apabila berhujah, mestilah beradab bagi menjaga hubungan ukhuwah sesama Muslim.

1. Niat Berhujah
Apakah niat kita ketika ingin berhujah? Adakah kerana ingin menunjukkan kehebatan diri, atau mengaibkan seseorang? Atau ingin menegakkan kebenaran? Kita sendiri tahu jawapannya. Fahamilah sebab musabab mengapa kita ingin berhujah terlebih dahulu.

2. Anggaplah Dia Sahabat
Penting bagi kita untuk setkan dalam minda bahawa orang yang kita hujahi itu merupakan sahabat kita. Ini demi menjaga perhubungan dan ukhuwah sesama Muslim. Dengan menganggap mereka saudara kita, maka kita akan mudah memaafkan mereka andainya mereka tersilap kata atau tersalah bicara.

3. Berbaik Sangka
Berbaik sangkalah terhadap orang yang kita hujahi. Mungkin persekitaran mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa. Atau mungkin juga atas kejahilan mereka, maka mereka berhujah sedemikian rupa.

4. Dengarilah hujah daripada pihak lain dan kemukakan hujah kita dengan sopan dan jangan memaksa orang untuk menerima hujah kita jika perkara tersebut merupakan perkara khilafiyah.

5. Tenang ketika menjawab hujah dan berhujahlah berdasarkan fakta dan bukti, bukan atas sentimen dan tuduhan.

6. Kemukakanlah hujah-hujah yang disepakati terlebih dahulu sebelum hujah-hujah yang ada perbezaan pandangan.

7. Petiklah kata-kata orang yang dipercayai agar ia menjadi nasihat dan pedoman buat kedua-dua belah pihak.

8. Ketika berhujah, nampakkanlah di depan mata syurga dan neraka. Ini bertujuan agar hujah yang dibawa sentiasa berfokus pada kebenaran dalam mencari keredhaan Allah.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [ QS 16:125 ]

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Channel Telegram 1TP1H : https://t.me/titikpositif