* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Jumaat, 3 April 2020

TITIK POSITIF HARI 94 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 94 2020
3 April 2020M
9 Syaaban 1441H
Jumaat

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik untuk menarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil. Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita. Ia berbeza dengan cinta Allah,99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan sekali kita bertaubat, Allah akan melihat taubat yang satu  itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah cinta Ilahi, pasti kita akan jumpa cinta yang hakiki." (Syeikh At-Tantawi)

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Khamis, 2 April 2020

TITIK POSITIF HARI 93 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 93 2020
2 April 2020M
8 Syaaban 1441H
Khamis

Berlemah lembut kepada orang yang lemah itu adalah suatu perangai orang yang mulia. (terhormat)
Sebaik-baik manusia itu adalah yang terlebih baik budi pekertinya dan yang lebih bermanfaat bagi manusia.
Jangan menghina orang yang lebih rendah daripada kita kerana segala sesuatu itu mempunyai kelebihannya.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Rabu, 1 April 2020

TITIK POSITIF HARI 92 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 92 2020
1 April 2020M
7 Syaaban 1441H
Rabu

ITQAN (TEKUN) DALAM SETIAP TINDAKAN

Islam menggalakkan umatnya untuk bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang dilakukan.

Itqan (tekun) dalam beramal atau berkhidmat bermaksud menyempurnakan atau melaksanakan satu tuntutan sebagaimana yang dikehendaki tanpa kurang sedikitpun dengan sesempurna mungkin ... disertai dengan usaha yang kuat agar tidak terlewat daripada waktu yang telah ditetapkan.

Kepentingan Tekun :

1) Tekun di dalam melaksanakan sesuatu adalah wasilah untuk mendapatkan pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. 

2) Allah SWT kasih kepada orang-orang yang tekun.

3) Barangsiapa yang tekun dalam perkhidmatannya akan memudahkan urusan orang lain dan mengelakkan daripada keletihan.

4) Sifat tekun akan membezakan antara orang yang betul-betul berusaha dan juga orang yang sambil lewa.

5) Tekun juga akan menambakan keberkatan di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA