* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 18 Ogos 2017

Etika Berpakaian dan Penampilan Guru Pendidikan Jasmani

Reaksi :  
 

Khamis, 17 Ogos 2017

Info Grafik EDUWEB TV

Reaksi :  


Rabu, 16 Ogos 2017

Berpesan-pesan Dengan Kebenaran

Reaksi :  

Hakikat Satu Teguran

Reaksi :  

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS). Ia Bertujuan agar sekolah boleh membuat penarafan kendiri bagi menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing. Di samping itu, pihak sekolah dapat melaksanakan arahan-arahan keselamatan seterusnya menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan di sekolah.

3. Sehubungan itu, semua sekolah diminta menggunakan SPKS melalui laman sesawang http://spks.moe.gov.my untuk penilaian penarafan keselamatan sekolah masing-masing dengan mengisi dan melengkapkan instrumen sebanyak dua kali dalam setahun iaitu:

i) Fasa 1 : bermula 1 April 2017 hingga 30 April 2017.
ii) Fasa 2 : bermula 1 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan En. Nor Azmi bin Mohd Nor di talian 013-7676345

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh permohonan NPQEL dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2017. Bersama-sama ini disertakan surat makluman daripada pihak IAB yang jelas menerangkan maksudnya untuk rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian. Wassalam


Lampiran :
Pelanjutan_Tarikh_permohonan.pdf
NPQEL-ManualPengguna-Pemohon.pdf
Tatacara_Memuatnaik_BorangKesihatan_NPQEL.pdf
Ahad, 13 Ogos 2017

PEMATUHAN KEPADA PERATURAN PERMOHONAN LAWATAN MURID

Reaksi :  
Berikut dilampirkan surat berkenaan prosedur lawatan murid yang terkini. 
Sekian, Terima Kasih

Lampiran :
Circular_Lawatan_Terkini.pdf
Sabtu, 12 Ogos 2017

VIRUS ORGANISASI

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah, kali ini Si Kerdil ingin kongsikan coretan sahabat Cikgu Bagus bertajuk Virus Organisasi. Moga bermanfaat untuk semua..
Jariah berpanjangan kepada Cikgu Bagus.

“Sekiranya kita tak bersetuju dengan sesuatu usaha atau gerak kerja organisasi yang kita sertai, baik duduk diam sahaja. Tak perlulah kita pula menjadi VIRUS dan mempengarusi rakan sekerja yang lain. Ia tak memberi kebaikan untuk diri dan orang lain juga.” Begitulah pesanan seorang guru lama dan berpengalaman luas dalam kerjaya perguruan.
Saya yakin dan percaya, dalam sesebuah organisasi,tak semua suka atau setuju dengan apa-apa tindakan ketua mereka. Mungkin tujuan ketua itu baik, namun ia dirasakan kurang sesuai dengan iklim setempat. Lantas, ada sebahagian yang kurang bersetuju dan mula mempengaruhi rakan sekerja lain agar ikut serta mereka juga.
Antara perkara yang membuatkan sebilangan anggota organisasi kurang bersetuju adalah :
  1. Tugasan tersebut memenatkan.
  2. Tugasan tersebut sukar untuk dicapai.
  3. Sikap seseorang yang sentiasa tak bersetuju dengan ketua mereka.
  4. Malas.
  5. Banyak tugasan lain perlu dilaksanakan.
  6. Berada dalam organisasi zon selesa sebelum ini.
  7. Perlukan kos kewangan.
  8. Kurang jelas dengan matlamat hasrat ketua.
Sekiranya terdapat rakan organisasi yang sentiasa berusaha ‘menjatuhkan’ ketua organisasi, anda perlu bertindak segera bagi memastikan virus tersebut tidak merebak sehingga menjadi ‘barah’ yang sukar diubati. Ia bukan sahaja menyusahkan ketua organisasi, malah anda juga akan terpalit sama.
Antara usaha untuk menangani isu ini, soalan-soalan berikut boleh ditanyakan kepada mereka dan anda dengar apa jawapan daripada muliut mereka sendiri.
  1. Apa yang kamu mahu sebenarnya?
  2. Sekiranya kamu berada di kerusi ketua kita, apa tindakan kamu akan laksanakan demi organisasi.
  3. Kenapa idea ketua kita ini perlu dibantah?
  4. Bagaimana cara kita mahu bertindak dengan lebih baik untuk organisasi?
  5. Adakah ada cara kita bantu perkemaskan idea ketua kita itu?
Oleh itu, selagi kita masih berminat dengan kerjaya dan belum menjadi seorang ketua, kita perlu ikut apa jua arahan ketua selagi tak bercanggah dengan agama dan peraturan. Tunggu pada saat kita menjadi ketua nanti, dan rencanakanlah organisasi dengan acuan kita pula. Semoga bermanfaat.
Posted in Cikgu

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan majlis tersebut mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh : 14 Ogos 2017 (Isnin)
Masa : 8.00 – 10.00 pagi
8.00 – 8.30 pagi (Pendaftaran – Sila tepati masa)
Tempat : Dewan Al-Azhar PPD Mersing
Pakaian : Pakaian rasmi bertugas dan baju KRMJ

Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke majlis tersebut. Tuan/Puan juga diminta membawa bersama baju KRMJ dan memakainya semasa pelancaran Johor Showcase pada jam 11.00 pagi. 

Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi penyelaras program Cik Zalina binti Hussain di talian 07-7982743 / 013-7235984.

Segala tuntutan perjalanan hendaklah mengikut pekeliling yang sedia ada dan dasar penjimatan masih berkuatkuasa. Sebagai langkah penjimatan tuan juga diarah berkongsi kenderaan.

Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.


Lampiran :
perhimpunan_bulanan09082017.pdf

MESYUARAT PROFESIONAL PPD, PENGETUA DAN GURU BESAR BIL.2/2017

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan mesyuarat tersebut mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh : 13 Ogos 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 – 5.00 petang
8.00 – 8.30 pagi (Pendaftaran – Sila tepati masa)
Tempat : Dewan Al-Azhar PPD Mersing
Pengerusi : En Md Jais bin Samat
(Pegawai Pendidikan Daerah Mersing)

Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia mesyuarat Cik Zalina binti Hussain di talian 07-7982743/ 013-7235984.

Segala tuntutan perjalanan hendaklah mengikut pekeliling yang sedia ada dan dasar penjimatan masih berkuatkuasa. Sebagai langkah penjimatan tuan juga diarah berkongsi kenderaan.

Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih


Lampiran :
mesyuarat_profesional_pgb09082017.pdf

BAHAYA ISIS @ DAESH

Reaksi :  

KEMASUKAN KHAS KE SKIM PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa satu urusan kemasukan khas ke Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik akan dilaksanakan oleh Jabatan ini dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pengurusan Tertinggi dari Gred 41 dan ke atas.

Pelawaan ini meliputi penjawat awam di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan / Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) / Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengguna pakai sistem saraan Kerajaan yang berkhidmat secara tetap atau kontrak. Calon-calon yang memohon perlu melepasi syarat-syarat dan proses seperti yang telah ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web JPA (www.jpa.gov.my) atau SPA (www.spa.gov.my) bermula 9 Ogos 2017 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2017.

Bersama-sama ini disertakan surat makluman urusan kemasukan khas ke skim perkhidmatan Tadbir & Diplomatik untuk rujukan selanjutnya.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan surat JPNJ.HEM(36)/100-19/4/1JLD.6 ( ) bertarikh 20 Julai 2017 dengan sendiri menerangkan maksud dan tujuannya untuk makluman dan tindakan tuan.

Sebarang kesulitan sila hubungi Penyelia HEM PPD Mersing di talian 07-7982700

Sekian terima kasih

"SEHATI SEJIWA"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Lampiran :
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan surat JPNJ.HEM(36)/100-19/4/1 JLD. ( ) bertarikh 20 Julai 2017 dengan sendiri menerangkan maksud dan tujuannya untuk makluman dan tindakan tuan.

Sebarang kesulitan sila hubungi Penyelia HEM PPD Mersing di talian 07-7982700

Sekian terima kasih

"SEHATI SEJIWA"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Lampiran :
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS). Ia Bertujuan agar sekolah boleh membuat penarafan kendiri bagi menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing. Di samping itu, pihak sekolah dapat melaksanakan arahan-arahan keselamatan seterusnya menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan di sekolah.

3. Sehubungan itu, semua sekolah diminta menggunakan SPKS melalui laman sesawang http://spks.moe.gov.my untuk penilaian penarafan keselamatan sekolah masing-masing dengan mengisi dan melengkapkan instrumen sebanyak dua kali dalam setahun iaitu:

i) Fasa 1 : bermula 1 April 2017 hingga 30 April 2017.
ii) Fasa 2 : bermula 1 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan En. Nor Azmi bin Mohd Nor di talian 013-7676345

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.

Lampiran :
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, perkara diatas adalah berkaitan.

Sehubungan dengan itu, surat siaran dan panduan mengadakan ibadah korban disekolah ada dilampirkan di bahagian bawah makluman ini.

Sekian, terima kasih.

Lampiran :
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah, merujuk surat JPNJ. SPS. (04)/100-3/5 (36) bertarikh 31 Julai 2017

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta untuk memuat turun fail bahan berkenaan Garis Panduan Pengoperasian Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang disediakan dibawah.

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan dan sebarang pertanyaan mengenai Garis Panduan tersebut, silalah berhubung dengan Ketua Unit Akademik, PPD Mersing di talian 07-7991269


Lampiran : TS25.zip

KEMPEN KESEDARAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN (BPK) BAGI BULAN OGOS 2017

Reaksi :  

Isnin, 7 Ogos 2017

Peringatan Mesra : Permohonan NPQEL Sesi 2018

Reaksi :  
Ahad, 6 Ogos 2017

Info Grafik PBPPP

Reaksi :