* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Ahad, 5 April 2020

TITIK POSITIF HARI 96 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 96 2020
5 April 2020M
11 Syaaban 1441H
Ahad

BERUNDUR SELANGKAH KE BELAKANG

Berundur selangkah ke belakang tidak bererti kita menyerah kalah sebaliknya memberi peluang yang sama kepada orang lain.
Kadang kala kita perlu melangkah ke belakang buat seketika sebelum maju dua langkah ke hadapan.

Tidak salah untuk kita tidak lagi menjadi paling pantas, sebaliknya memberikan peluang kepada orang lain supaya kelajuan pasukan dan organisasi boleh bergerak seiring.
Seiring dengan kelajuan yang sama mungkin akan mengambil masa, tapi akan memberikan manfaat yang besar kepada organisasi.

Jangan merasa putus asa jika kita berundur selangkah ke belakang...
Ingatlah bagaimana anak panah mengundurkan diri ke belakang seketika untuk bergerak dengan laju kehadapan.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Sabtu, 4 April 2020

TITIK POSITIF HARI 95 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 95 2020
4 April 2020M
10 Syaaban 1441H
Sabtu

KEKALKAN BERMOTIVASI


1) Tidak bertangguh kerana masa terus berlalu dengan pantas tanpa menunggu sesiapa.
2) Catat sasaran dan pamerkan agar kita boleh melihatnya setiap hari.
3) Buat perancangan yang baik dan menyemak status pelaksanaannya sekerap yang mungkin.
4) Mula dengan perlahan-lahan. Jangan mencabar diri perkara yang diluar kemampuan diri.  Mungkin ianya masih terlalu awal. Cabaran untuk diri sendiri juga perlu dirancang mengikut tahap. Letakkan cabaran atau sasaran yang berbeza secara harian atau mingguan.
5) Disiplin dan jujur dengan diri sendiri. Penting kerana semua perkara tidak akan tercapai tanpa disiplin.
6) Berserah dan bertawakal.

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 3 April 2020

TITIK POSITIF HARI 94 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 94 2020
3 April 2020M
9 Syaaban 1441H
Jumaat

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik untuk menarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil. Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita. Ia berbeza dengan cinta Allah,99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan sekali kita bertaubat, Allah akan melihat taubat yang satu  itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah cinta Ilahi, pasti kita akan jumpa cinta yang hakiki." (Syeikh At-Tantawi)

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA