* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Sabtu, 6 Jun 2020

TITIK POSITIF HARI 158 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 158 2020
6 Jun 2020M
14 Syawal 1441H
Sabtu

AJARI DIRI

Saat kita sakit hati dengan kata-kata atau tulisan orang lain.
Saat itu juga sebenarnya Allah SWT sedang mendidik kita supaya menjaga lisan dan tulis kita kepada orang lain.
Tidak semua orang boleh memahami tutur dan tulis kita kerana ia dipengaruhi oleh perasaan dan tanggapan yang berbeza.
Tafsiran dengan pengetahuan yang terhad dan andaian akan merosakkan diri dan pergaulan kita.
Merendah diri dan mengakui hakikat kelemahan diri, itu lebih baik daripada terus berdabik dada seolah-olah kita lebih tahu segalanya. 

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Jumaat, 5 Jun 2020

TITIK POSITIF HARI 157 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 157 2020
5 Jun 2020M
13 Syawal 1441H
Jumaat

ORANG BAIK

Mengapa orang baik sering menitiskan air mata?
Orang baik tidak ingin kongsikan kesedihannya. Dia dah biasa mengubati lukanya sendiri. Dia percaya bahawa satu masa nanti Allah SWT akan membalasnya.

Sifat orang baik tidak pernah membenci orang yang menyakitinya.
Kerana .. orang baik selalu memandang bahawa di atas semua itu, Allahlah hakikatnya.

Jika Allah yang menghendaki semua itu, bagaimanakah pula kita manusia ini mampu membantahnya?

Orang baik tiada dendam di dalam hatinya. Jika dibuka semua laci-laci hatinya, kita hanya menemui kasih sayang.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Khamis, 4 Jun 2020

TITIK POSITIF HARI 156 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 156 2020
4 Jun 2020M
12 Syawal 1441H
Khamis

LEBIH BAIK

Jadilah orang yang benar dan membenarkan, meskipun tidak pintar.
Sebab membuat orang pintar menjadi benar itu memerlukan hati yang jernih dan jiwa yang luas.

Jangan biarkan kalimah menyakitkan membuatkan kita patah semangat.
Tapi.. alirkan sahaja seperti aliran sungai yang indah, sungai tidak patah hati, tidak sakit hati bahkan terus mengalir.
Jadikanlah bagaimana orang sebelum kita berjuang, berdakwah dan membuat sesuatu yang berimpak sebagai inspirasi.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Rabu, 3 Jun 2020

TITIK POSITIF HARI 155 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 155 2020
3 Jun 2020M
11 Syawal 1441H
Rabu

BALING BATU

Biarlah orang membaling batu kepada kita sebanyak mana dia suka.
Ada baiknya kita pungut semula batu-batu tersebut dan bina sebuah tembok agar dia tidak dapat menyakiti kita lagi.

Jangan pernah menyesal mengenali sesiapapun dalam hidup kita.
Kerana.... andai yang kita kenal itu orang yang baik, maka dia akan memberikan kita sebuah kebahagiaan.

Dan.. andai yang kita kenal itu bukan orang yang baik, maka dia akan memberikan kita sebuah pengalaman.

Bahkan.. andai yang kita kenal itu adalah orang yang terburuk, maka dia akan memberikan kita sebuah pelajaran.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA
Selasa, 2 Jun 2020

TITIK POSITIF HARI 154 2020

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI 154 2020
2 Jun 2020M
10 Syawal 1441H
Selasa

HIKMAH ALLAH SWT TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH

1) Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya apabila bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kepada ketentuannya.
2) Allah sengaja temukan kita dengan orang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
3) Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya kta sedar bahawa kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolonganNya.
4) Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik.
5) Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
6) Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.
7) Allah sengaja temukan kita dengan sesuatu yang diluar jangkaan akal kita untuk mendidik kita menjadi lebih baik.

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1441H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA